Aurat adalah satu perkara yang sering menjadi topi utama kerana kita perlu menjaga kehormatan diri daripada hawa nafsu orang lain. Banyak juga hadis yang tercatat di dalam al-Quran menegaskan bagi golongan wanita terutama sekali untuk menutup aurat.
Melalui surah An-Nisa ada tercatat secara terperinci mengenai aurat wanita yang harus ditutup. Namun, ada juga dinyatakan hadis yang palsu mengenai hukuman dikenakan bagi wanita, apakah ia benar?
Dihukum sehingga mendidih otak, Subhanallah!
Seperti yang dinyatakan di atas, Surah An-Nisa ada menerangkan tentang aurat wanita yang harus ditutup. Apa yang boleh terlihat adalah hanya tapak tangan dan bahagian muka sahaja seperti yang diterangkan melalui hadis sahih Rasulullah SAW.
Setibanya turun surah An-Nur ayat 31, Allah SWT telah memerintahkan kepada kaum wanita untuk melabuhkan tudung mereka. Ini kerana untuk lebih memelihara aurat wanita dengan lebih sempurna.
Kehormatan dan menutup perhiasan adalah kunci utama bagi menjaga kemuliaan seseorang wanita itu. Sebagaimana dalam firman Allah SWT:
Mafhum: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”
(Surah An-Nur, 24:31)
Sudah tentu ada yang mendengar tentang hukuman serta azab yang dikenakan pada wanita yang enggan menutup aurat dengan sempurna. Ia telah tercatat melalui riwayat seperti dibawah:
Ads
Maksud: “Ada sebuah hadis yang menceritakan mengenai Fatimah dan Ali yang telah melihat Rasulullah menangis kerana terkenangkan peristiwa isra mikraj kerana di dalam neraka terdapat golongan wanita yang diseksa antaranya rambut mendidih sehingga terkeluar otak kerana tidak menutup aurat, perempuan yang tergantung kedua kakinya kerana tidak taat kepada suaminya, iaitu keluar rumah tanpa izin suaminya dan perempuan yang tidak mahu mandi hadas ketika ia suci dari haid dan nifas.“
Setelah dinilai secara menyeluruh, ulama’ mendapati hadis ini adalah hadis palsu yang diriwayatkan tanpa sanad. Riwayat ini ada disebut oleh Al-Zahabi dan ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitabnya al-Kabair.
Ads
Ada juga pendapat yang menyatakan sanad bagi hadis palsu itu adalah dari kalangan perawi yang tidak diketahui kedudukannya, iaitu Ali bin Abdullah al-Warraq dan Abdul ‘Azmi al-Hasani. Ada seorang lagi perawi yang lemah kedudukannya, iaitu Abu Said Sahal bin Ziyad al-Azmi.
Maka, ulama’ bersependapat untuk mengatakan status hadis ini adalah palsu. Ada wujud hukuman buat wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna atau mendedahkan dengan sengaja, tetapi tidaklah seperti hadis diatas.
Setiap pasangan berkahwin pasti ingin memiliki rumah tangga yang bahagia dan saling memahami antara satu sama lain.
Namun, ikatan perkahwinan tidak indah seperti dalam drama. Pasti ada pasang surutnya. Kuncinya, saling berkomunikasi agar pasangan memahami apa yang diinginkan pasangannya.
Gambar hiasan
Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian tentang pentingnya Al-Quran dalam menghidupkan rumah tangga. Wanita ini berkongsi bagaimana dia bertadarus bersama suaminya setiap hari. Pasangan suami isteri ini tinggal berjauhan dan hanya berjumpa pada hujung minggu.
Menariknya, mereka akan bertadarus bersama melalui Skype sama ada selepas Subuh atau pun malam. Ikuti perkongsian oleh Ummu Furqan ini.
Gambar hiasan
Saya tak pandai nak menulis. Tapi terasa nak berkongsi tentang keberkesanan tips yg kami amalkan. Sebab bila baca luahan, rata-rata masalah rumahtangga sebab komunikasi yg kurang berkesan.
Bukan kata kami ni tak pernah gaduh, pernah juga namun Alhamdulilah mudah nak selesai. Insyaallah moga bermanfaat pada semua, samada sudah berkahwin atau belum.
Aku dan suami berusia 30 tahun dan baru mempunyai seorang anak. Kami kahwin waktu masih belajar, sekarang baru 3 tahun melayari bahtera rumahtangga, cewah. Suami kerja dah sekarang. Kerja aku uruskan anak, suami dan rumah, suri rumah lah tu. Okey, Terus pada cerita.
Pesanan Tok Imam
Semuanya bermula sebelum kami berkahwin lagi. Tok kadi merangkap imam taman panggil kami ke rumahnya. Kami borak-borak dan minum- minum macam biasa. Lepas tu tok imam tu pun minta bakal suami baca Al-Fatihah.
Kemudian tok imam pesan pada kami. Katanya “jangan lupa hidupkan Al-Quran dalam rumahtangga, Al-Quran ni mengeratkan hubungan suami isteri dalam rumah tangga”.
Perghh, Memang menusuk ke hati masa ni. Bila dengar ayat ni rasa biasa je kan. Tapi sebab ucapan dari tok imam yg ikhlas tu yang buat terasa dalam sangat. Aku tak akan lupa kata-kata ni insyaallah. Petuanya Al–Quran… Tok imam tak cakap pasal jamu ke, wang ke, makanan ke, movie ke.
Azam Untuk Istiqamah
Jadi kami berazam nak cuba istiqamah dengan Quran. Tapi apa yang kami buat ni sikit saje, ramai lagi yang buat lebih dan dengan cara yang berlainan. Memang tak banyak, tapi alhamdulillah dapat istiqamah.
Lepas kahwin kami tak dapat duduk sekali. Aku baru habis buat lab, jadi aku tulis thesis kat rumah mak aku. Manakala suami ada sikit lagi yang nak dihabiskan. Perhubungan jarak jauh ni suami kena travel 2 jam untuk jumpa aku, jadi kami jumpa hujung minggu sahaja.
Dalam kesibukan suami siang masuk lab. Malam mengajar tuisyen dan kadangkala kerja katering. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk tadarus bersama setiap hari. Samaada selepas subuh atau malam.
Tadurus Melalui Skype
Kami jumpa melalui skype dan tadarus Quran sama-sama. Ya, kami guna skype untuk tadarus sama-sama. Kalau Line internet hampeh. Aku call suami guna telefon rumah dengan izin mak. Biasanya sehari kami baca setengah juzuk (10 muka surat), 5 muka surat seorang.
Bila suami balik, baru dapat tadarus sama depan-depan. Dan lepas mengaji kami buat meeting sikit berkenaan rumahtangga kami, kewangan dan lain-lain. Kalau jumpa dapatlah selak tafsir. Biasanya untuk tafsir kami baca dan cari kat youtube untuk lebih faham lagi.
Rezeki Hamil
Alhamdulilah lepas sahaja 2 bulan, aku mengandung. Dan alhamdulillah, syukur sangat dapat khatam Quran 3 kali waktu mengandung walaupun aku dan suami PJJ.
Gambar hiasan
Bila anak dah lahir, kami masih PJJ waktu ini agak mencabar sebab kadangkala waktu mengaji anak memangis nak susu, nak peluk nak macam-macam si comel ni. Tapi kami cuba juga. Walaupun bilangan muka surat kurang. Tapi berjaya juga istiqamah.
Bila anak dah 6 bulan kami dapat semula tadarus setengah juzuk sehari. Sebab anak makin rileks. Masuk umur anak 2 tahun. Kami dapat hidup serumah. Suami dapat kerja yang dekat sangat dengan rumah, 5 minit je.
Setiap pagi lepas suami balik subuh kami tadarus sama-sama. Lepas tu aku masak bekal suami, sempat dhuha dan pergi kerja.
Saling Memahami
Apa hikmahnya ya. Sebenarnya memang banyak cabaran hidup kami ni. Bila fikir balik ada menitiskan air matalah. Cuma syukur, walau cabaran datang, aku masih menghormatinya. Aku tak terdaya nak angkat suara padanya. Dah duduk serumah pun rindu padanya.. Suami pun cepat memahami aku. Subhanallah, rasa bahagia dalam hati yang paling dalam ni.
Tipulah tak gaduh, cabaran ada, cabaran memedihkan. Aku tak nak cerita yang tu lebih. Cuma aku makin faham kenapa tok imam cakap macam tu. Bila kita tadarus dengan suami. Bila suami baca tersalah. Isteri akan tegur. Isteri tegur benda yang betul, suami tak boleh nak ego. Sebab fakta itu lah cara bacaan. Begitu juga bila isteri salah bacaan suami tegur dan ajar.
Turunkan Ego
Sekaligus tadarus ini berjaya menurunkan ego suami isteri. Bila ego dah kurang, rasa hormat dan menghargai tu makin bertambah. Kemudian bila sama-sama tak sure bacaan. Kami akan rujuk buku, YouTube, atau suami akan tanya kawan-kawan dia. Di sini dah ada unsur musyawarah, perbincangan. Dalam rumahtangga kena mudah diajak berbincang dan pandai berbincang.
Gambar hiasan
Kemudian bila kita dengan bacaan pasangan kita, boleh melatih kita menjadi pendengar yg baik. Jangan lupa letakkan segelas air. Lepas mengaji tu minum sama-sama. Niatlah apa-apa pun. Tambah lagi dengan solat tahajjud sama-sama.
Aku jarang dapat jemaah dengan suami sebab Alhamdulilah suami akan berjemaah di masjid. Dan kalau anak behave baru aku pergi masjid atau suami bawa anak.
Istiqamah ini tidak lah menjanjikan tiada ujian pada kita. Hidup akan ada ujian. Tapi macam mana cara kita menanganinya. Fuh.. Allah itu maha kuasa.
Maaf sangat andai ada yg terasa. Aku bukan niat nak riak. Cuma nak berkongsi. Aku sendiri tak dibesarkan dalam keluarga yg tahu baca Quran. Mak abah aku merangkak juga awalnya.
Aku dengar sendiri macam mana budak kecik gelak dengar abah aku baca muqaddam. Aishh. Rasa panas hati ni. Tapi alhamdulillah. Berkat usaha mak abah. Mak sekarang dah jadi ustazah kat taman. Ajar mengaji.
Ayuh Dalami Al-Quran
Ada ceramah yang aku dengar, bila belum lancar membaca Quran. Jangan target berapa muka surat dulu. Target berapa minit kita baca. Mungkin boleh set dengan pasangan. Setiap hari 15 minit ke, setengah jam ke. Hanya untuk Quran. Mendalami Quran. Lagi elok kalau berguru dengan sesiapa.
Mungkin boleh berguru seminggu sekalikan. Maybe kita selalu fikir waktu tak ada nak baca Quran ni. Tapi kita ingatkan diri kita, Allah yg kawal waktu tu, kalau ada masa untuk Allah, pasti Allah mudahkan kerja kita (ya.. janji ini pasti). Yang penting kita usaha buat.
Maaf andai nampak macam aku mendesak. Aku nak kita sama-sama rasa indahnya perasaan ini. Dan ini lah salah satu kunci bahagia rumahtangga. Ramai lagi yg buat lagi banyak dan elok dari kami. Jom kongsi ya.
Seorang wanita Islam diwajibkan menutup auratnya kecuali muka dan tapak tangan. Namun, jika dilihat semakin ramai hijabi yang seakan-akan mengabaikan penjagaan auratnya. Ada yang memakai tudung hingga menyerlahkan dada dan ada juga yang memakai seluar yang pendek serta menampakkan bentuk kakinya.
Rasanya semua sudah arif dengan aurat wanita. Tetapi mengapa masih ada lagi hijabi yang tidak menunaikan suruhan Allah yang satu ini?
Dan tanpa disedari, rupa-rupanya ada 13 lagi aurat wanita yang perlu dijaga selain muka dan tapak tangan.
1. Bulu Kening
Menurut Bukhari, Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta ia dicukur.
– Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
2. Kaki
Memakai gelang kaki yang mempunyai loceng.
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
– Petikan dari Surah An-Nur, ayat 31
3. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada mereka.
– Petikan dari Surah An-Nur, ayat 31
4. Wangian
Wanita yang memakai wangian kemudian lalu di hadapan suatu kaum agar mereka boleh mencium baunya telah dianggap melakukan zina.
– Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban
5. Gigi
Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mengiki gigi atau meminta supaya giginya dikikir. Dilaknat perempuan yang menjarangkan gigi supaya menjadi cantik yang mengubah ciptaan Allah.
– Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani
6. Muka & Leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. Antaranya adalah bersolek dan melakukan ikatan tudung yang menampakkan leher.
7. Muka & Tangan
Asma binti ABu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja.
– Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari
8. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.
– Petikan dari Surah An-Nur, ayat 31
9. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
– Petikan dari Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi
10. Mulut (Suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehinga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya. Tetapi, ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
– Petika dari Surah Al-Ahzab, ayat 32
11. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaii dan Ibn Majah
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
12. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
13. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
– Petikan dari Surah An-Nur, ayat 31
Apabila seorang wanita itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
Perut yang buncit memang memalukan dan boleh buat anda hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Walaupun sudah mengawal pemakanan, perut tetap tidak kempis. Malah, badan pun semakin naik. Produk-produk menguruskan badan yang ada di pasaran sememangnya tidak elok untuk kesihatan.
Daripada anda mengambil produk yang belum tentu elok untuk kesihatan, apa kata cuba minum air rebusan yang boleh membantu anda mencairkan lemak. Petua ini telah dikongsi oleh Nurul Arija menerusi laman Facebooknya. Dia telah mengamalkan air rebusan ini dan ternyata ia memberi kesan yang baik pada tubuhnya.
Jom kita baca perkongsian Nurul Arija:
Cara Nurul pecah lemak tang perut dan maintain 45kg.
Selain jamu Nurul amalkan air rebusan ni sangad elok untuk yang nak cairkan lemak tepu.
Bila anak makin bertambah ni Nurul lebih memilih untuk menjaga kesihatan dan dalaman bila badan dah terlampau banyak lemak energy pun sendu.
Ni nurul nak share air rebusan untuk detoks cairkan lemak dengan senang. Sangat ajaib bagi yang nak menurunkan berat badan. Rasa dia sedap, tak pahit ada hawa hawa masam suwit.
Bahan-bahan:
Lemon
Serai
Halia
Kulit Kayu Manis Ceylon
Bunga Cengkih
Foto: Facebook Nurul Arija
Cara-Cara:
Masukkan air, serai, halia, 7 biji bunga cengkih dan kulit kayu manis ceylon ke dalam periuk.
Rebus dan biarkan ia mendidih selama lebih kurang 20 minit.
Tuang ke dalam cawan dan perahkan lemon. Selepas itu, masukkan madu ke dalam cawan tersebut.
Yatie Sendayu Tinggi bukanlah nama asing dalam dunia perniagaan. Kakak sulung kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ini seorang yang sangat ligat berniaga.Selain...