Setiap individu bebas untuk hidup bahagia. Pilihan untuk hidup bahagia atau sebaliknya terletak pada tangan kita sendiri. Kita yang berhak untuk membuat pilihan dan bukannya ditentukan oleh orang lain.
Bahagia itu suatu yang subjektif. Kehidupan juga bersifat sementara dan kita tidak tahu selama mana kita mampu menikmatinya hayat yang ada kerana ajal bakal menjemput tanpa kita ketahui bila.
Oleh itu, jangan sesekali mensia-siakan hayat yang diberikan oleh Allah di muka bumi ini. Gunakanlah sebaik mungkin. Kita berhak untuk hidup bahagia.
Baca perkongsian penuh makna daripadaDzuriasikim Dzulkefli.
10 PERKARA UNTUK BAHAGIA
1. Whatever your day is, whatever your situation maybe….stay happy.
Ads
2. Sentiasalah mengira kesyukuran, bukan ujian. Kesyukuran memiliki mata, tangan, kaki, hidung, telinga. Bahkan apa sahaja yang kita ada.
3. Marah adalah musuh kepada bahagia. Marah yang berlebihan adalah sangat sia-sia. Tidak ada banyak masalah yang boleh diselesaikan hanya dengan marah.
4. Cemburu yang sedikit, tanda sayang. Namun cemburu tidak bertempat dan berlebihan adalah merugikan diri.
Ads
5. Usah menulis, meluahkan kata dan bertindak ketika marah. Sebaliknya cuba untuk diam dan bertenang seketika. Take a break.
6. Apa-apa pun dalam hidup, letak Allah dulu. Baru lain-lain perkara.
7. Don't beg for love. Don't beg for a friendship. Don't beg for money (from people). If you want to beg, beg to Allah for the things you want.
Ads
8. Apa sahaja perkara kecil yang sering kita fikirkan akan menjadi besar. Hati-hati dengan apa yang kita fokuskan dalam minda dan hidup.
9. Ketika disalah anggap atau difitnah dengan perkara yang tidak kita lakukan, usah sedih. Sebaliknya ajar diri kita untuk tidak berbuat perkara yang sama terhadap orang lain.
10. Do not overthinking. Usah terlalu memikirkan apa yang suami kita lakukan di luar rumah. Usah terlalu fikirkan apa yang orang lain kata tentang anda. Usah terlalu fikirkan perkara yang masih belum berlaku. Just relax and enjoy our present moment. Everything should be alright. Allah tidak pernah zalim.
Sumber kredit: Dzuriasikim Dzulkefli
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Solat itu tiang agama. Solat ialah amalan pertama dihitung apabila kita dihisab oleh Allah SWT, sekali gus kewajipan kepada setiap Muslim yang difardukan pada tahun kelima sebelum Hijrah.
Firman Allah SWT: “Benar-benar sangat beruntung orang yang beriman, yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.” (Al-Mukminun: 2)
Lalu bagaimana pula status amalan-amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim yang tidak solat? Bersedekah sana-sini tapi tidak solat.
SOALAN:
Baru-baru ini ada video seorang selebriti membacakan sebuah hadis mengatakan bahawa semua amal ibadat yang dilakukan oleh seorang yang meninggalkan solat adalah sia-sia dan tidak diterima oleh Allah SWT. Benarkah demikian meskipun seseorang itu hanya meninggalkan solat kadangkala sahaja?
JAWAPAN:
Meninggalkan solat adalah berdosa besar dalam Islam. Ini kerana solat merupakan salah satu rukun Islam justeru ia menjadi kewajipan bagi setiap muslim. Meninggalkannya akan mengundang kemurkaan dan azab daripada Allah SWT. Menurut pandangan mazhab al-Syafi’i, individu yang meninggalkan solat kerana malas pada masa yang sama tidak mengingkari kewajipannya maka ia dikategorikan sebagai fasik dan hendaklah bertaubat serta menggantikannya.
Namun dari segi ganjaran amalan baik yang lain, Allah SWT akan mengambil kira amalan tersebut walaupun sebesar mana sekali pun sama ada baik atau buruk. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Zalzalah ayat 8-9, maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (8)
Walaubagaimana pun, sememangnya ada sebahagian ulama yang menyatakan bahawa orang meninggalkan seluruh solat fardu dengan sengaja, maka amalan-amalan soleh yang lain tidak diterima oleh Allah.
IBADAH UTAMA
Solat merupakan ibadah yang utama di dalam agama bahkan solat juga merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA
Umat Islam wajib menjaga ibadah solat kerana ia merupakan ibadah yang pertama yang akan dihitung dan dihisab oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Berbalik kepada persoalan di atas, terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A menceritakan bahawa jika baik dan sempurna solat maka baiklah amalan lainnya, sebaliknya jika buruk solatnya maka buruklah amalan lainnya.
Maksudnya: Sesungguhnya amalan yang mula dihisab atas seseorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya baik solatnya maka baik segala amalannya, sekiranya buruk solatnya maka buruk segala amalannya. Riwayat al-Thabrani (1859)
Dalam hal ini, Imam al-Munawi menukilkan pandangan Imam al-Haithami menyatakan bahawa dalam jalur riwayat hadis ini terdapat seorang yang bernama al-Qasim bin ‘Usman dan menurut Imam al-Bukhari, hadis ini tidak mempunyai jalur riwayat yang lain. Selain itu, Ibnu Hibban menyatakan bahawa al-Qasim bin ‘Usman merupakan seorang yang thiqah (dipercayai) dan kadang-kala melakukan kesilapan. Di samping itu, hadis ini juga tidak terdapat di dalam enam kitab hadis yang muktabar.
Dalam riwayat yang lain, terdapat hadis menceritakan tentang perkara ini yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya amalan pertama yang dihisab seseorang hamba pada hari kiamat adalah daripada amalan solatnya. Jika baik solatnya maka berbahagia dan berjayalah ia. Jika buruk solatnya maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya solat fardunya tidak sempurna, maka tuhan ‘Azza wa Jalla berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku ini menunaikan solat-solat sunat untuk menampung kekurangan solat fardunya itu. Kemudian dihitung seperti ini jua pada amalan-amalan yang lain. Riwayat al-Tirmizi (413)
Imam Munawi dalam menjelaskan hadis di atas menyatakan bahawa (صلح له سائر عمله) memberi maksud bahawa jika amalan solatnya sempurna dan diterima oleh Allah, maka Allah akan mempermudahkan proses perhitungan dan pemeriksaan amalan-amalan yang lain. Begitu juga maksud (فسد سائر عمله) iaitu amalan-amalan yang selain solat akan rosak jika solat tidak sempurna dan tidak diterima yang mana membawa maksud Allah akan menyempitkan proses penilaian amalan-amalan yang lain selain solat lima waktu.
Menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi sesiapa yang meninggalkan keseluruhan solat fardu maka segala amalannya tidak diterima hal ini kerana solat itu adalah tiang agama.
Hal ini menjelaskan bahawa peri pentingnya ibadah solat sehingga Allah SWT mengancam dengan azab yang sangat berat. Imam al-Ghazali menukilkan hadis Nabi SAW sabdanya, mereka yang meninggalkan solat maka Allah SWT sahaja yang akan menentukan nasib mereka, sama ada diberi ganjaran syurga atau balasan api neraka.
Meninggalkan solat sama ada dengan sengaja atau tidak merupakan satu dosa yang sangat besar dan diberi amaran dengan ancaman yang berat di sisi syarak bahkan mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja dan mengingkari kewajipannya, para ulama bersepakat bahawa mereka itu terkeluar daripada agama Islam dan dihukum sebagai kafir.
Selain itu, sekiranya meninggalkannya kerana malas tetapi tidak mengingkari kewajipannya, maka para ulama berbeza pandangan berkenaan dengannya. Menurut mazhab Maliki dan al-Syafi’i serta jumhur para salaf berpandangan tidak dihukum kafir akan tetapi fasik dan wajib bertaubat. Sekiranya enggan bertaubat setelah diberi peluang maka hendaklah dijatuhkan hukuman hudud iaitu hukuman bunuh.
Berdasar kepada penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa meninggalkan solat merupakan perkara yang sangat berat dalam Islam. Ini kerana solat merupakan salah satu rukun Islam dan menjadi kewajipan bagi setiap individu muslim.
Begitu juga solat sebagai tanda keimanan dan ketakwaan seseorang hamba kepada Allah SWT. Dengan meninggalkannya akan mengundang kemurkaan dan azab daripada Allah SWT. Menurut pandangan mazhab al-Syafi’i, individu yang meninggalkan solat kerana malas pada masa yang sama tidak mengingkari kewajipannya maka ia dikategorikan sebagai fasik dan hendaklah bertaubat serta menggantikannya.
Namun dari segi ganjaran amalan baik yang lain, Allah SWT akan mengambil kira amalan tersebut walaupun sebesar mana sekali pun, sama ada baik atau buruk.
Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Surah al-Zalzalah: 7-8)
Walaubagaimana pun, sememangnya ada sebahagian ulama yang menyatakan bahawa orang meninggalkan seluruh solat fardu dengan sengaja, maka amalan-amalan soleh yang lain tidak diterima oleh Allah. Wallahu’alam.
Allah menjanjikan kelebihan dan pahala yang amat besar kepada orang-orang yang membaca Al-Quran. Tentunya pahala lebih besar jika anda menjadikan Al-Quran sebagai bacaan utama di dalam kehidupan seharian.
Di dalam Al-Quran, terkandung surah Al-Mulk iaitu surah ke-67 di dalam Al-Quran dan mempunyai 30 ayat. Al-Mulk bererti kuasa pemerintahan. Secara umumnya, surah ini mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaanNya.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sebahagian daripada Al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadis hasan)
Surah Al-Mulk ternyata punya manfaat dan kelebihan bagi individu yang mengamalkannya. Antaranya ialah:
1. Dilindungi daripada azab kubur
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Surah Al-Mulk itu memelihara dan melindungi pembacanya daripada azab kubur.”
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, diselamatkannya daripada azab kubur.”
2. Dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al-Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.”
3. Diberi wajah yang berseri seperti nabi Yusuf
Sayyidina Ali berkata:
“Barangsiapa mengamalkan surah Al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf."
4. Disayangi orang sekeliling
Ulama berkata:
“Sesungguhnya surah yasin dan surah Al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Allahuakbar, begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya. Jadi mulai hari ini, jom kita rebut pahala dengan membacanya sebelum tidur.
Sumber kredit: Sumber: Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Apabila kita terlupa rakaat dalam solat dan terlupa untuk membaca doa Qunut maka kita disunatkan untuk melakukan sujud Sahwi. Amat beruntung kepada orang yang mendirikan solat dengan penuh khusyuk sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Mukminuun ayat 1 dan 2 bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.”
SOALAN:
Difahamkan sujud sahwi dibuat kerana terlupa rakaat sembahyang. Jika kita terlupa sujud sahwi, bagaimana kedudukan sembahyang tersebut? Terlupa disebabkan faktor umur.
JAWAPAN:
Maksud sujud sahwi dan hukumnya yang dinukilkan daripada kitab al-Fiqh al-Manhaji secara ringkas seperti berikut:
*Maksud sahwi dari segi bahasa ialah lupa atau lalai akan sesuatu.
*Manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini ialah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa.
Oleh itu sujud ini – yang dilakukan di penghujung solat – akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut.
*Ia dilakukan dengan cara sujud sebanyak dua kali sepertimana sujud-sujud di dalam solat dengan niat sujud sahwi. Tempatnya ialah pada akhir solat sebelum salam.
*Hukum sujud sahwi adalah sunat apabila terjadi salah satu daripada sebab-sebabnya. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/443)
Menjawab persoalan di atas, jika terlupa hukumnya adalah dimaafkan. Ini juga kerana hukum asalnya adalah sunat. Hal ini sepertimana disebut dalam firman Allah SWT:
عَفَا اللَّـهُ عَمَّا سَلَفَ
Maksudnya: “Allah maafkan apa yang telah lalu.” (Surah al-Maidah: 95)
HIJABISTA: Sebagai seorang Muslim, belajarlah untuk menjadikan hati senang ketika berzikir, suka mendengar nasihat, gemar menghayati al-Quran serta khusyuk ketika solat.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...