Sejak drama bersiri Nur bersiaran di TV3 awal Ramadan lalu, popularitinya meniti di bibir peminatnya. Ternyata drama yang sarat dengan mesej ini berjaya menarik perhatian ramai sehinggakan menjadi trending di kaca TV. Selain dibintangi oleh Amyra Rosli dan Syafiq Kyle, pelakon Noorkhiriah yang memegang watak Aishah juga turut menjadi perhatian. Wataknya yang dilabelkan wanita memakai tudung labuh bidang 60 tetapi hati begitu busuk dan penuh hasad dengki begitu menjadi.
Malah pelakon ini juga turut menerima pesanan dari netizen yang mengakui begitu membenci dirinya dalam drama berkenaan.
Namun sebenarnya itu bukanlah sikap sebenar pelakon serba boleh ini. Noorkhiriah yang terkenal sebelum ini dengan watak komedi adalah seorang pelakon yang sangat komited dengan kerja
Sebelum melakukan penghijrahan pada tahun 2011, dia memang dikenali sebagai pelakon berimej seksi dan jahil mengenai bab agama. Apa yang dia ketika itu tahu hanyalah dunia lakonan.
Walaupun ketika itu sudah berkahwin dan disuruh suami untuk memakai tudung, tetapi dia mengambil sikap acuh tak acuh. Ini kerana memikirkan tiada orang yang akan mengambil dirinya berlakon nanti.
Namun hidayah Allah itu belum terlambat walaupun dia menerimanya ketika berusia 35 tahun. Menurutnya dia berfikir positif kenapa Tuhan berikan detik penghijrahan di usia lewat.
Hikmahnya mungkin kerana tidak mahu dirinya terperanjat dengan perubahan dilakukan dan menanggalkan semua tudung kerana tidak puas dengan dunia lakonan ketika itu.
Penghijrahan ini menurut Noorkhiriah kerana merasakan dosa bagi mereka yang tidak memakai hijab itu akan ditanggung oleh ayah (jika belum berkahwin) dan suami jika sudah mendirikan rumah tangga.
Namun sejak berhijrah sekitar tahun 2011 itu Noorkhiriah terus kekal istiqomah berhijab. Walaupun tahu peluang bagi pelakon bertudung agak berkurangan, tetapi dia tetap merasakan rezeki Allah itu ada di mana-mana.
Ads
Setelah melakukan penghijrahan, dia dilihat sering menyampaikan dakwah bermesej kepada followernya di laman instagram.
Sebelum ini dia yang sudah hampir 20 tahun lebih dalam bidang seni memang ada mengumumkan untuk bersara dari dunia lakonan kerana kecewa dipermainkan. Tetapi drama Nur di bawah produksi Radiusone mengembalikan semula namanya.
Rutin perawatan kulit anti-penuaan yang komprehensif dan berkesan adalah pelaburan, yang bermaksud anda tidak perlu memaksa pembelian produk baru tanpa melakukan usaha sewajarnya.
Terdapat banyak pembersih, toner, serum, losen, rawatan dan ramuan untuk dipilih. Oleh itu, sebelum membuat komitmen, anda perlu memutuskan untuk berunding dengan beberapa pakar. Oleh itu, jika anda ingin memulakan atau menyelaraskan rutin penjagaan kulit anti-penuaan anda, baca amalan dan langkah penting, serta cadangan produk.
Rutin Pagi
Pembersihan
Tidak kira jenis kulit anda, perlu menggunakan pembersih berkualiti setiap pagi dan petang. Kulit matang memerlukan lebih banyak khasiat, jadi gunakan pembersih krim dan bukannya pembersih berbuih. Pembersih krim membantu mengekalkan kelembapan dan mengekalkan penampilan yang segar.
PRODUK CADANGAN:
L’Oreal Paris Revitalift Bright Reveal Brightening Daily Scrub Cleanser
Elakkan toner berasaskan alkohol. Oleh kerana kulit matang kehilangan kelembapan dengan cepat, lebih baik menggunakan toner penghidratan. Gunakan toner berasaskan air yang mengandungi bahan-bahan yang menenangkan seperti ekstrak chamomile dan timun, panthenol dan vitamin B.
Serum yang ringan, tidak berminyak dan anti-penuaan adalah yang diperlukan oleh kulit anda. Pilih yang mengandungi bahan seperti asid hyaluronik dan vitamin C.
Pelembap yang berfungsi pada usia 20-an tidak akan berfungsi sekarang. Gunakan pelembap penghidratan yang mengandungi bahan seperti asid hyaluronik, lidah buaya dan gliserin. Pilih yang dirumus khas untuk kulit matang, bebas wangian dan hypoallergenic.
Kulit matang memerlukan perlindungan keseluruhan. Gunakan pelindung matahari spektrum luas yang melindungi kulit anda daripada sinar UVA dan UVB. Pilih yang mempunyai rating SPF dan PA + yang tinggi dan tahan air.
Gunakan pembersih yang sama seperti pada waktu pagi.
Toning
Gunakan toner yang sama dengan yang anda gunakan pada waktu pagi.
Serum
Gunakan serum yang mengandungi bahan anti-penuaan, seperti retinol, asid glikolik, asid hyaluronik, dan vitamin C. Cari serum yang disasarkan untuk mengatasi masalah seperti garis-garis halus, kedutan, hiperpigmentasi, dan pencerahan kulit.
Pilih krim mata yang mengandungi bahan-bahan anti-penuaan yang menjadikan kulit sentiasa terhidrasi, mencegah bengkak dan mengurangkan garis-garis halus.
Gunakan skrub pengelupasan ringan untuk mengelupas kulit anda seminggu sekali. Anda juga boleh menggunakan minyak wajah sekali atau dua kali seminggu sebagai pengganti pelembap agar kulit sentiasa terhidrasi.
Tujuan rawatan DIY adalah untuk menenangkan kulit anda dan menjadikannya selesa. Anda boleh menggunakan bahan-bahan seperti madu, yogurt, air mawar, atau teh hijau yang baru diseduh sekali atau dua kali seminggu.
Tidak kira jenis dan usia kulit, ada beberapa peraturan untuk menjaga kulit yang bersih dan bersinar sepanjang hidup anda. Inilah asas-asas rutin penjagaan kulit yang mesti diikuti oleh setiap individu.
Petua Tambahan Untuk Memelihara Kulit Yang Sihat
Basuh Muka Anda Dua Kali
Mencuci muka dua kali sehari akan menjadikannya bersih dan mengelakkan jerawat. Penting untuk tidak mencuci muka secara berlebihan kerana ini akan menyebabkan kekeringan dan merosakkan penghalang kelembapan kulit. Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, jangan cuci muka lebih dari tiga kali sehari.
Tanggalkan solekan anda
Jangan lupa menanggalkan alat solek anda sebelum tidur. Mekap boleh menyumbat liang pori anda dan tidak memberi peluang kepada kulit anda bernafas. Ini boleh menyebabkan jerawat dan kulit bertambah teruk.
Melembapkan kulit
Tidak kira jenis kulit anda, pelembap mesti menjadi bahagian penting dalam rutin penjagaan kulit anda.
Elakkan mandi air panas
Hujan panas membuka liang kulit, yang menyebabkan kehilangan kelembapan. Untuk mengelakkan ini, cuba gunakan air sejuk atau suam untuk mandi dan mencuci muka.
Kekal Terhidrat
Tetap terhidrat akan memberikan kelembapan pada kulit anda agar tetap sihat. Sekiranya anda mengalami dehidrasi, jumlah pelembap tidak dapat membantu menghidupkan semula kulit anda.
Dapatkan 8 Jam Tidur
Tidur membantu menjaga sel-sel di dalam badan anda sihat. Kurang tidur boleh menyebabkan proses pergantian sel mengakibatkan kerosakan kulit.
Pelindung Matahari
Matahari adalah faktor kerosakan terbesar ketika datang ke kulit anda. Oleh itu, selalu gunakan pelindung matahari atau pelembap SPF dengan faktor perlindungan cahaya matahari minimum 30.
Menjaga kesihatan kulit anda kadang-kadang kelihatan seperti tugas yang mustahil, tetapi caranya adalah untuk mengetahui apa yang paling sesuai untuknya. Menyesuaikan rutin anda untuk memenuhi keperluan kulit anda adalah salah satu langkah paling produktif yang dapat anda lakukan untuk mengoptimumkan rutin penjagaan kulit anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak suka apabila pipi tampak kemerah-merahan. Ha! Bukan merah disebabkan jerawat ataupun masalah kulit ya, tapi merah seakan-akan memakai ‘blusher’ di pipi! Sebenarnya, apabila pipi kita merah, ia adalah faktor yang menjadikan wajah kita lebih comel dan berseri. Dalam kata lainnya, bahan daya penarik!
Pasti ramai yang tertanya-tanya, ada ke cara untuk memerahkan pipi secara semula jadi tanpa menggunakan produk-produk tertentu? Jom lakukan amalan mudah ini hanya dengan menggunakan bahan semula jadi yang sememangnya dah ada di dapur! Tak memerlukan kos yang tinggi, murah dan selamat.
1. Beras Pulut
Kandungan asid amino dan vitamin di dalam beras pulut berfungsi untuk memerahkan kulit wajah!
Caranya: Ambil sedikit beras pulut yang sudah dibasuh dengan bersih. Kemudian, kisar halus dengan sedikit air suam atau air mawar. Sapukan pada wajah sebagai masker. Malah, anda boleh jadikannya sebagai skrub dengan menggosok perlahan. Anda boleh cuba tips ini seminggu sekali.
2. Tomato
Bukan sahaja boleh dijakan sebagai bahan untuk mencantikkan kawasan mata malah tomato juga boleh menaikkan seri wajah dengan memerahkan pipi anda! Warna merah pada tomato disebabkan oleh likopena. Likopena ialah sejenis pigmen yang menghasilkan warna merah pada sayur-sayuran. Pigmen ini merupakan antioksidan semula jadi yang baik. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin yang baik untuk kulit.
Caranya: Ambil 1 hirisan tomato dan sapukan pada pipi. Biarkan hingga kering. Wajah anda bukan saja menyerap khasiatnya, bahkan menjadikan pipi anda merah.
3. Strawberi
Sedapnya strawberi! Ha! Sambil kamu beli untuk dijadikan pencuci mulut, apa kata kamu cuba untuk jadikan sebagai bahan memerahkan kulit kamu secara semula jadi! Warna merah pada buah strawberi disebabkan ia sangat kaya dengan pigmen antosianin. Ia juga mempunyai antioksidan dan vitamin C yang sangat tinggi.
Caranya: Anda boleh ambil sedikit isi strawberi yang dihancurkan menggunakan sudu. Sapukan pada pipi.
4. Lemon
Buah lemon memang terkenal dengan fungsinya untuk aspek kecantikan. Bukan sahaja boleh merawat masalah jerawat, malah ia juga boleh menjadikan pipi gebu anda merah seperti memakai ‘blusher’! Asid sitrik yang terdapat di dalam buah lemon sangat baik untuk kecantikan kulit.
Caranya: Sapu jus lemon ke wajah untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan pudarkan parut. Oleh kerana sifatnya yang berasid, dinasihatkan agar tidak menggunakan masker jus lemon dengan kerap. Risau ia akan mengeringkan kulit. Cukuplah setakat seminggu sekali.
5. Cuka Epal
Tahukah anda bahawa cuka epal sering digunakan sebagai pengganti toner atau penyegar wajah? Cuka epal mudah didapati dan harganya juga murah. Biasanya dijual di dalam botol yang besar. Jadi, anda boleh menggunakannya dengan lama.
Caranya: Campurkan sesudu cuka epal dengan 2 sudu air suam. Sapukan ke arah wajah dengan kapas muka. Anda juga boleh menggunakan penyembur. Ia dapat membersihkan wajah dan melancarkan peredaran darah pada pipi.
6. Buah Naga
Nak pipi merah semerah buah naga? Ha! Mudah sahaja caranya! Disebabkan warna merahnya pekat dan tahan lama, ia boleh dijadikan pemerah pipi yang semula jadi. Selain mampu memerahkan pipi, khasiat antioksidannya juga bagus untuk kulit dan kesihatan.
Caranya: Sapu sahaja buah naga ini di bahagian pipi sekerap yang boleh. Kemudia basuh dengan air suam. Lakukan cara ini berulang kali untuk pastikan pipi kamu semerah buah naga!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Untungnya menjadi seorang wanita bernama Neelofa. Bukan sahaja cantik, bijak dan berpeluang memperaga fesyen digemari, tetapi juga turut berpeluang bercuti di kepulauan Maldive yang sangat cantik dan mendamaikan. Lebih mengujakan, pelakon serta pengacara popular ini juga berpeluang tinggal di villa mewah bawah laut yang mana harganya mencecah RM200,000 semalaman (tidak termasuk cukai). Nyata netizen bersetuju pelakon cantik ini memang layak untuk menginap di tempat mewah ini dan jadi inspirasi kepada hijabi di luar sana.
@scha_jimbai You inspiring more people to be successful just like you..❤️❤️ without any hard work it’s impossible to achieve our dreams.
@eshacher You are such an inspiration to all woman. Thankyou for your journey.
@heattyishak tahniah atas kejayaan awak hari, lepas apa yg you dah usaha, you should enjoy it
@nsa.shafika Lawa nya… very inspired every one to succes like you..
Dalam satu posting yang dimuat turut, Neelofa memberitahu dia sangat beruntung kerana menjadi orang ketiga merasai pengalaman menginap di sini.
Dia juga bersyukur kerana diberikan peluang merasai perjalanan yang cukup indah. Bidang kerja dilakukan membuatkan impiannya untuk ke destinasi menarik jadi kenyataan.
Melihat gambar-gambar yang tular di media sosial menggambarkan betapa indahnya pemandangan di dasar laut berkenaan. Istimewanya menurut carian di google penginapan mewah The Maruka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Island. Villa di bawah air itu merupakan yang pertama dibina di dunia sejak 2016.
Bakal beroperasi November ini, The Maruka yang membawa erti batu karang dalam bahasa Dhivehi dibina di bawah 16.4 kaki dari paras laut.
Tetamu yang datang juga berpeluang merasai pengalaman menginap di dasar laut dan di kelilingi hidupan akuatik.
Selain kamar tidur, ruang dasar laut The Maruka ini juga turut dilengkapi dengan ruang tamu dan bilik air.
Selain itu menurut pengacara Meletop ini juga, penginapan mewah ini juga menyediakan perkhidmatan pelayan 24 jam sehari selain kelengkapan bot persendirian untuk menjelajah sekitar pulau.
Oleh kerana Neelofa juga dikenali Queen Of Trend dan seorang yang bijak berselfie, jadi #OOTD yang dikongsi sepanjang percutian di sana memang cukup menarik. Dia juga turut bercuti bersama salah seorang adiknya.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...