Isteri kepada penyanyi terkenal, Tomok iaitu Rahayu Abas berharap tiada yang mempersoalkan tindakannya menjadi seorang suri rumah tangga walaupun memiliki pendidikan di tahap tinggi.
1. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Major : Rangkaian Komputer) -UTM Skudai-
2. MRSM Pengkalan Chepa .
“Jangan tanya dibu kenapa dibu jadi suri rumah dengan sijil-sijil yang diperoleh.
“Pengalaman bekerja memang banyak daripada pekerjaan professional sampailah orang bawahan. Tetapi dibu seronok dengan segala pengalaman dan sekarang menjadi suri rumah yang menjaga suami, anak-anak dan juga ibu bapa.
“Walaupun hanya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, ingat ILMU itu penting. Ia merupakan INSURANS hidup kita. Tidak kiralah di mana kita berada, ilmu itu berguna. Kita tidak tahu masa depan tapi kita mampu merancang.
“Saya tidak membuang segala yang telah dipelajari tetapi menggunakannya untuk mengajar anak-anak pula, menolong suami dan memberi nasihat kewangan kepada keluarga saya.
“Tanpa ILMU, saya tak rasa saya boleh menguruskan kehidupan dengan lancar. Ini apa yang telah saya belajar dan alami sendiri.
“Perkara yang lebih penting adalah apabila kita belajar menambah ilmu di dada actually kita menggerakkan otak kita supaya berfikir kerana kita perlu melatih otak supaya cepat berfikir dan bertindak dan tidak lemah dan hanya berfikir perkara-perkara remeh dan negatif. Ini untuk mengelakkan daripada kita kemurungan, cepat nyanyuk atau menjadi seorang pelupa.
“Nasihat dibu untuk semua di luar sana,belajarlah dan timbalah ILMU setinggi mana yang kamu mampu tanpa memikirkan apakah yang akan kamu jadi pada masa depan. Tidak kira apa jantina atau status kamu, tapi juga tidak bermakna kamu tidak mempunyai matlamat dan impian dalam kehidupan.
“Whatever you’ll be will be..the future not our to see…what will be..will be…” jelasnya yang kini sedang hamil cahaya mata ketiga.
https://www.instagram.com/p/CAHrpbZlA-Y/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Solekan Segar & Tak ‘Cakey’, Rupanya 2 Benda Ni Yang Rihanna Pakai Di Persembahan Super Bowl
Semasa memberikan persembahan separuh masa di Super Bowl 2023, Rihanna berehat sebentar untuk merias wajahnya, menggunakan jenama sendiri. Mogul kecantikan Fenty, di tengah-tengah set 13 minit yang luar biasa. Dia bukan sahaja sebagai ahli muzik, tetapi sebagai ahli perniagaan dan usahawan yang berjaya.
Produk yang dimaksudkan, dipanggil Fenty Beauty Invisimatte Setting + Blotting Powder, adalah penting untuk sesiapa sahaja yang ingin menyerap kilauan. Hebat untuk tetapan harian, digunakan semasa pertunjukan separuh masa yang melelahkan di televisyen di tengah padang sambil mengumumkan kehamilan kedua anda pada masa yang sama.
“Saya memerlukan serbuk yang tidak akan kelihatan seperti solekan merekah pada kulit, menghilangkan minyak dan menjadi kabur,” kata juru solek artis solek Rihanna, Priscilla Ono. Yang ini khususnya adalah kegemaran peribadi kerana kemasannya yang sempurna. “Ia seperti penapis tanpa sebarang penapis sebenar.” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Gaya Solekan Rihanna Sepantas 10 Minit, Inspirasi Solekan Percutian Hijabi Kaki Travel.
Koleksi terbaharru sempena Super Bowl
Tingkatkan kecantikan anda ke peringkat seterusnya di dalam dan di luar padang dengan koleksi Fenty Beauty yang sangat terhad ini untuk memperingati Pertunjukan Separuh Masa Super Bowl Muzik Apple di Super Bowl LVII yang dibintangi oleh Rihanna pada 12 Februari 2023, di Glendale, Arizona. Jenama yang mengubah permainan kecantikan itu membawa keperluan kecantikannya ke Super Bowl LVII, warna baharu dan aksesori permainan terbaik.
GLOSS BOMB UNIVERSAL LIP LUMINIZER IN RIRI
Gloss Bomb Fenty Beauty ialah pengilat bibir yang paling laris dan sentuhan penamat yang penting dengan kilauan sengit yang terasa secantik rupa. Gloss Bomb edisi hiper-terhad ini didatangkan dalam warna baharu, dicipta oleh Rihanna dan didatangkan dalam pembungkusan NFL eksklusif. Warna baharu, Riri, nude ungu muda berkilauan, Rihanna mempunyai bibir yang bersinar di Pertunjukan Separuh Masa Super Bowl. Satu sapuan tongkat XXL menjadikan bibir kelihatan lebih penuh serta-merta dan rasa dipelihara dengan formula tidak melekit yang dibungkus dengan mentega shea dan bau pic-vanila yang tidak dapat dilawan.
EKSKLUSIF BEG STADIUM PASUKAN NFL X FENTY
Temui beg Stadium NFL x Team Fenty eksklusif, dicipta untuk Super Bowl LVII. Simpan semua keperluan Fenty Beauty anda dalam beg edisi terhad yang diluluskan stadium ini, untuk dibawa bersama anda, di dalam dan di luar padang.
Sesuai untuk permainan besar dengan jenis matte baharu. Fenty Beauty menambah sentuhan Fenty pada kategori gincu cecair dengan formula perubahan permainan ini yang membuatkan bibir terasa mewah dan selesa. Baru! Gincu Cecair Fenty Icon Velvet menawarkan tekstur berkrim yang mewah dengan hasil warna yang kaya dan pemakaian yang selesa. Formulanya memberikan tekstur yang sangat licin yang mengekalkan garis-garis halus dan bibir kering. Dengan hanya satu sapuan aplikator doe-foot yang tepat, bibir akan menikmati liputan penuh yang kaya dengan kemasan baldu-matte yang ringan dan tahan lama.
Paling penting, untuk prapermainan sebelum pertunjukan besar, Fenty Beauty memperkenalkan inovasi bibir terbaharunya lebih awal supaya semua orang boleh memiliki bibir ikonik untuk hari permainan. Untuk memperingati detik ini, Gincu Cecair Fenty Icon Velvet di Riri – neutral lembayung mawar yang menyanjung universal– akan tersedia untuk masa yang terhad dalam pembungkusan khas yang menampilkan logo bola sepak holografik pada penutupnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Dengan 3 Kunci Utama, Rutin Penjagaan Kulit Wajah Rihanna Yang Ringkas Tetapi Berkesan
Mendahului perlawanan besar itu, jenama solek Rihanna meraikan persembahan Super Bowlnya dengan koleksi Game Day Essentials yang diinspirasikan oleh bola sepak yang menampilkan barangan daripada Fenty Beauty dan Fenty Skin. Pelancaran ini termasuk produk bertema comel seperti span solek bola sepak dan rantai kunci lip gloss Super Bowl. Semasa persembahan itu, Rihanna turut memakai pelbagai produk daripada jenamanya sendiri, termasuk Gincu Cecair Fenty Icon Velvet di bawah naungan “The MVP” dan Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation. Lihat gelagat bos Rihanna di Super Bowl dan teruskan membaca untuk mengetahui tempat anda boleh membeli daripada jenama itu sendiri.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tetap Setia Sebagai ‘Bawal Lover’ YB FADHLINA SIDEK Nampak Manis Pada Usia 46!
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek sememangnya sinonim dengan tudung bawal yang menjadi pelengkap dalam setiap penampilan formal mahupun kasualnya.
Biarpun nampak ringkas dan sederhana namun gaya Ahli Parlimen Nibong Tebal serta Ketua Wanita ini sering menjadi perhatian ramai.
Lebih-lebih lagi ketika beliau menggayakan kurung pesak mahupun moden, penampilannya nampak sangat manis dan ‘awet muda’ pada usia 46 tahun!
Sebelum ini, beliau pernah berkongsi hantaran di akaun media sosialnya di mana beliau menyarungkan pakaian hasil jahitan pelajar Kolej Vokasional (KV).
Biarpun berstatus VIP beliau tetap memilih tudung, baju dan beg karya pelajar kolej kemahiran itu. Malah, beliau juga adalah peminat setia kepada hasil-hasil jahitan institusi tersebut.
Terbaharu, beliau telah memuat naik satu hantaran di mana beliau menyarungkan tudung bawal keluaran kolej tersebut.
Dalam hantaran itu, beliau mengenakan kemeja polos berwarna biru muda dilengkapi dengan tudung bawal warna senada. Ia digayakan dengan kemas mengikut syariat.
“Kemas. Ringan. Elok terletak. Labuh, sebagaimana aspirasi syariat.
“Begitulah eloknya kejadian tudung bawal yang dikeluarkan oleh Kolej Vokasional ini apabila dipakai.
“Ada pelbagai warna dan corak dikeluarkan oleh Kolej Vokasional bagi koleksi bawal mereka.”
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan hasil produk inovasi keluaran Kolej Vokasional KPM yang sangat berpotensi untuk pasaran komuniti.
“Di Kolej Vokasional KPM, kami sentiasa berbangga dengan produk inovasi keluaran KV kerana ia adalah hasil tangan anak tempatan yang sebenarnya sangat baik untuk pasaran komuniti.
Malah, menurut beliau ia juga mampu memberi inspirasi keusahawanan untuk lepasan Kolej Vokasional meneruskan perniagaan sendiri selepas tamat graduasi.
Warga maya tertarik dengan penampilan beliau dan meluahkan rasa bangga dengan hasil keluaran Kolej Vokasional.
“Semoga keluaran KV terus cemerlang.”
“Sejak YB berkongsi berkenaan baju-baju yang YB pakai adalah hasil pelajar-pelajar KV.. saya sangat terinspirasi.. dan sekarang tudung pula.. tahniah YB kerana usaha murni YB menaikkan nama KV.. semoga dipermudahkan semua urusan YB.. Aamiin.”
“KV antara produk KPM yang berharga di pasaran kerja dan masyarakat..”
Sumber: Facebook Fadhlina Sidek
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walaupun Dah 1 Tahun 8 Bulan Johan Nawawi Pergi, Nora Masih Belum Bersedia Terima Kehilangan Imamnya
Memang sukar dan sakit sekali rasanya apabila orang yang kita sayang telah pergi meninggalkan kita. Walaupun reda dengan takdir itu, tetapi sukar untuk mengikis segala memori indah ketika bersama. Seperti penyanyi Nora yang telah muat turut video menyatakan kerinduan pada arwah suaminya, Johan Nawawi yang semalam genap satu tahun lapan bulan meninggal mereka sekeluarga. Biarpun sudah lebih setahun kehilangannya, namun sukar untuk Nora menidakkkan rasa rindu yang dikongsi di laman sosialnya hingga mengundang rasa sedih dan terharu netizen.
Dalam tulisannya itu Nora menulis semalam tarikh 24 September genap satu tahun lapan bulan arwah suaminya itu kembali ke rahmatullah. Ternyata pemergian Johan memberinya banyak erti kehidupan, hakikat dan takdir hidup yang sebenarnya.
Hari ini 24/Sept/ 2018
Genap 1 tahun 8 bulan suami tercinta Johan Nawawi telah kembali kerahmatullah.
Sesungguhnya pemergian Johan telah byk mengajar saya erti kehidupan, hakikat & takdir hidup yg sebenarnya.
Tidak pernah terfikir akan pergi dengan begitu cepat.
Saya tak pernah terfikir dia akn pergi begitu cepat. Saya belum bersedia…. Ayah saya meninggal sewaktu saya berumur 15 tahun…dikala waktu remaja yg perlukan perhatian & kasih sayang seorang ayah…
Pergi ketika mereka merancang untuk menyambut ulang tahun ke 25 tahun bersama. Dan kerinduan yang memang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.
Johan pergi diwaktu kami sedang bahagia dan merancang utk anniversary yg ke 25 tahun kami.Rindu mmg tak terkata….Kita hanya mampu merancang….Yg menentukan….bukan kita.Allah saja yg tahu.
Hadapi segala cabaran dan dugaan. Harus kuat demi anak-anak dan tak harapkan bantuan sesiapa. Allah sentiasa bersama.
Hingga kini,pelbagai cabaran, dugaan & ujian yg harus ditempuhi……saya tiada pilihan.
Semuanya harus diredah dgn penuh kesabaran, ketabahan & senyuman utk menutup segala keperitan. Demi anak- anak…..saya harus kuat. Saya tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa pun…..apatah lagi meraih simpati. Cukup lah Allah bersama saya.
Tak kisah apa orang lain kata kerana mereka tidak berada di tempatnya.
Apa orang nak kata….katalah. Saya tak kisah… Kerana orang berhak berkata- kata & menulis apa saja. Mereka tidak berada di tempat saya….mereka tidak tahu bagaimana rasanya… Saya sudah maafkan semua.
Terima kasih semua. Baginya Johan tidak pernah mati dan akan sentiasa di hati.
Terima kasih buat semua sahabat & peminat yg sentiasa positive, memahami, sering membantu saya dlm apa keadaan sekalipun. Alhamdulillah…segala puji hanya bagi Allah.
Johan tak pernah mati.. Dia sentiasa dihati & jiwa selamanya. DOA kan yang baik- baik utk saya & keluarga. Al- Fatihah buat Johan Nawawi
Perkongsian video ini mendapat tontonan sebanyak 24K dan rata-rata netizen turun memberikan kata-kata semangat padanya agar terus tabah dan kuat.
aida_safie Be strong kak nora
idawatimohammad Hugs @itsnoraariffin ..Al Fatihah ..May Allah give you strength and blessings to you and your family
amniamin_ardiniarfan Semoga k.nora semakin.kuat.tabah.dugaan hidup manusia tdk sma
sugaida_oewil Isteri yang kuat dan sbar..smoga Allah memberi kekuatan untuk kak nora
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA ARIFFIN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI