Biasalah hidup sebagai suami isteri pasti ada turun naik dalam perhubungan.  Bukan sahaja yang lama, tetapi yang baru juga tak terlepas daripada dugaan berumah tangga. Ada masanya tidak salah bergurau manja dan ada kalanya juga berlaku ‘gaduh-gaduh manja’. Orang kata barulah merasai nikmati sebenar dalam berumah tangga.

Maklumlah orang perempuan ini kita tidak tahu sejauh mana merajuknya. Lebih-lebih lagi jika tidak dapat barang yang dihajati. Namun kuasa wanita ini sebenarnya terletak pada mulutnya yang manis tika berbicara. Hati lelaki boleh cair jika isteri memanggilnya dengan panggilan ‘abang’ dengan suara cukup lembut.

Seperti perkongsian Ustaz Abdullah Khairi yang mana menceritakan pengalamannya mengikut isterinya membeli belah selama berjam-jam. Walaupun tengah manis (ketika bulan puasa) tetapi dek kerana panggilan manja yang cair di telinga itu menyebabkan dia mengikut sahaja kehendak isteri tersayang.

Ads

Ads

Daripada cerita Ustaz ini, memang benar wanita ini daya penariknya adalah pada mulutnya. Jika dia bersuara cukup lembut dan menggoda pasti segala rasa marah (jika salah) akan lenyap begitu sahaja. Isteri disarankan menggunakan nada sayu ketika meminta pertolongan pada suaminya. Nescaya suami akan terus menuruti kehendak isterinya.

Ads

Jom dengar perkongsiannya yang boleh kita gunakan untuk dijadikan panduan dalam melayari kehidupan berumah tangga. Baik yang sudah lama atau baru berkahwin boleh ikut petua dimaksudkan Ustaz ini. Insya-Allah berkekalan hingga ke jannah.

SUMBER: THE ROHANI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI