Berkongsi foto terbaharu di Instagram, pelakon filem Paskal, Jasmine Suraya Chin dihujani pelbagai komen positif di laman sosialnya apabila dia kelihatan sangat manis dan versatile bila menggayakan hijab bersama blazer.
Ramai yang memuji penampilan gadis yang berasal dari Sarawak ini termasuklah rakan-rakan artis iaitu Sufian Suhaimi dan Ramona Zam Zam yang mengatakan dia hampir tidak mengenalinya kerana Jasmine kelihatan begitu berbeza.
View this post on InstagramYour favourite ustazah but make it fashunn ✨
A post shared by Jasmine Suraya (@jasmine_suraya) on
Cantiknya sis!
Untuk makluman semua, Jasmine merupakan seorang pelakon, pengacara dan model berbangsa Cina yang berasal dari Kuching,Sarawak. Dia terkenal dengan lakonannya di televisyen seperti drama Hero Seorang Cinderella, Alamatnya Cinta dan Adellea Sofea.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asyik Mengantuk Ketika Berpuasa? Ini Cara Mudah Untuk Segarkan Semula Badan Di Bulan Ramadan!
Isi Kandungan
ToggleSatu dugaan besar ketika berpuasa selain menahan lapar dan dahaga adalah MENGANTUK! Tidak dinafikan agak sukar untuk menahan mata tambahan pula perlu menghabiskan kerja yang ada.
Kami ada cara untuk anda elakkan dari mengantuk dan lemah ketika nak habiskan kerja yang semakin bertimbun itu! Ingat, kena konsisten dan yakin pada diri.
Artikel berkaitan: Mahu Kekal Aktif Dan Sihat Meski Berpuasa? Ini Dua Waktu Terbaik Untuk Bersenam Ketika Ramadan!
Mudah Sahaja Nak Hilangkan Mengantuk Ketika Puasa!
Pelbagai cara yang boleh diikut untuk menghilangkan rasa mengantuk yang teramat ketika puasa. Permulaannya dari bilik tidur anda sehinggalah di pejabat!
#1. Jauhkan Diri Dari Bilik Tidur
Bilik tidur adalah sebuah tempat yang agak ‘menyeramkan’ kerana setibanya anda di dalam bilik, secara automatik badan akan mula rasa mengantuk dan penat.
Ini kerana anda telah menetapkan bilik tidur sebagai zon selesa anda. Inikan pula penat berpuasa menjadikan anda mudah terlena untuk mengelakkan rasa lapar dan dahaga.
#2. Cukupkan Tidur
Beribadah sehingga larut malam sudah menjadi kelaziman buat para muslimin muslimat untuk mengejar pahala yang berganda. Namun, kesihatan diri seperti tidur yang mencukupi perlu dititikberatkan supaya anda kekal bertenaga di waktu siang dan malam.
Artikel berkaitan: Berseri Menjelang Raya, Cara Penjagaan Kulit Wanita Jepun. Wajah Kusam Menjadi Cerah!
#3. Perlu Aktif Bergerak
Cara ketiga ini mudah untuk kita praktikkan kerana anda hanya perlu berjalan dan bergerak aktif untuk elakkan menagntuk. Ini kerana jika anda terlalu berdiam diri, sudah pastinya anda akan mula rasa mengantuk dan lesu.
Jadi rajinkan diri untuk anda gerakkan badan dan berjalan untuk memberikan satu pengaliran darah yang baik. Anda juga dapat menjana satu idea yang lebih menarik.
#4. Regangan Badan
Jika anda mulai rasa lenguh-lenguh dan penat, lakukan regangan badan. Dengan melakukan regangan badan, anda dapat menyegarkan semula badan dan menghilangkan rasa mengantuk dan juga sengal-sengal di badan!
#5. Ambil Makanan Yang Sihat
Anda perlu seimbangkan diet pemakanan ketika sahur dan berbuka dengan kandungan protein, karbohidrat, dan sumber lemak yang sihat! Contohnya:
- Protein: ikan, kekacang, ayam, tauhu, daging lembu, dan juga greek yoghurt
- Karbohirat: Buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, oat, beras perang, roti, dan bijirin
- Lemak: Alpukat, Salmon, telur, kacang, minyak zaitun, minyak kelapa, dan mentega kacang.
Seperti yang kami katakan, cara yang kami syorkan ini sangat mudah tetapi semuanya bergantung kepada bagaimana anda mengawal diri sendir. Ingat, kalau terus mengantuk banyak perkara anda terlepas!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Dedah Bahan Palsu Yang Sering Dicampur Oleh Penjual Jamu Dalam Produk Mereka
Isi Kandungan
ToggleRamai perempuan yang obses mahu kelihatan cantik tapi tidak mahu berusaha di jalan yang betul dan lalu memilih jalan yang singkat seperti suplemen dan sebagainya. Jalan singkat yang dipilih ini selalu besar risikonya kerana akan membahayakan tubuh individu seseorang kerana bahan yang terkandung dalamnya kadang kala dicampurkan dengan bahan terlarang.
Mari kita ikuti perkongsian oleh Dr.Rusyainie Ramli yang diharap dapat memberi kesedaran kepada pengguna mengenai jamu yang sudah dicampur dengan bahan palsu yang dijual di pasaran.
Apakah bahan aktif dalam sesebuah produk itu?
Banyak jenis jamu yang dijual sekarang lebih-lebih lagi di media sosial yang entah berdaftar ataupun tidak produknya itu.
Contoh seorang pengguna facebook yang hanya tahu mengecamdan tidak mengambil tahu sesebuah perkara itu sedalamnya.
Dr. Rusyainie juga telah berkongsi ciri-ciri ubat berdaftar yang selamat untuk dibeli.
Diharap pengguna di luar sana tidak mudah tertipu lagi dengan segala jenis produk yang dikatakan bagus untuk kesihatan namun tidak mendaftar kelulusan daripada pihak yang sepatutnya. Sayangilah tubuh anda. Jadilah pengguna yang bijak bukan hanya untuk harini, malah esok dan selamanya!
sumber : facebook Rusyainie Ramli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lama Sorok Kisah Cinta, Hannah Delisha Kini Bergelar Isteri Kepada Jejaka Pilihan
Pelakon cantik manis, Hannah Delisha telah melakukan suatu kejutan buat pengikutnya di media sosial apabila memuat naik fotonya bernikah hari ini.
Duduk di samping seorang lelaki dan berpakaian sedondon serba putih, Hannah telah mengucapkan syukur kerana akhirnya disatukan bersama pasangannya, Imam Shah selepas lima tahun bercinta.
Finally, after 5 years. Alhamdullilah.
I love you @imamemy#imampadahannah🤍🕋
It’s always you. In the name of the Most Gracious, Most Merciful.
I love you @hannahdelisha #imampadahannah
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai ini. Pandai betul Hannah sorokkan kisah cintanya. Tahu-tahu je dah menikah. Moga pasangan ini dapat melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia dan penuh keberkatan. Amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI