Setiap tahun ada sahaja rekaan tudung yang tumbuh macam cendawan di pasaran. Tetapi tahun lalu menyaksikan tudung bawal kembali diminati. Ini kerana cara pemakaian yang senang dan user friendly.
Malah seorang hijabi akan kekal cantik dan menawam dengan hanya menggayakan bawal. Terutama bagi mereka yang mempunyai pipi tembam. Di sini ada beberapa tip menggayakan hijab bawal bagi mereka yang berpipi tembam.
Step 1:
Ambil tudung bawal dan pakai sama panjang.
Step 2:
Pin bawah dagu dan ambil tudung sebelah kiri dan bawa ke belakang.
Step 3:
Ambil tudung yang dibawa ke belakang tadi dan terus ke hadapan. Pinkan di sisi sebelah kiri dengan kemas.
Step 4:
Bawa pula tudung sebelah kanan ke kiri dan selitkan sahaja ke belakang. Boleh juga pakai dengan pelbagai gaya lain mengikut cita rasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Ini Menghidap Kanser Tahap Empat Berjaya Menerima PhD Di Konvokesyen UiTM
Walaupun disahkan menghidap kanser kolon tahap empat baru dua minggu lalu, Dr Anis Mardiana Abdullah tidak membenarkan penyakitnya itu menghalangnya menerima Doktor Falsafah (PhD) pada majlis konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95.
Anis Mardiana, 45, yang tidak dapat berdiri lama akibat sakit, gagah berdiri untuk menerima PhD dalam bidang Pengangkutan dan Logistik daripada Pro-Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
ARTIKEL BERKAITAN: Hijabi Ini Tak Kekok Langsung Sekelas Dengan Bapa Sendiri. Seronok Sambut Hari Graduasi Bersama!
Dua anugerah hebat
Ibu kepada seorang anak itu berkata dia tidak mahu menyusahkan pegawai universiti tentang keadaannya dan dengan berani menahan kesakitan untuk menyempurnakan majlis pada hari bersejarahnya. Beliau juga berkata tidak menyangka akan terpilih sebagai penerima Anugerah Buku Inovasi Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).
“Semasa saya membuat PhD, saya tidak mengalami simptom serius, saya perasan tangan saya menggigil ketika menulis yang saya fikirkan kerana tekanan.
“Selepas tamat belajar, saya pergi membuat pemeriksaan dan mendapati saya menghidap kanser tiroid. Bagaimanapun, apabila kesihatan saya merosot, saya buat pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan saya menghidap kanser kolon tahap empat,” katanya kepada pemberita. ketika ditemui selepas konvokesyen.
ARTIKEL BERKAITAN: OKU Bukan Halangan Untuk Berjaya, Kisah Hijabi Ini Cetus Inspirasi
Tidak lepaskan peluang walau sarat mengandung
Anis Mardiana berkata, dia akan menjalani pembedahan bagi memerangi penyakit itu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM di Cheras, Kuala Lumpur, minggu depan.
Sementara itu, Dr Siti Shakinah Sobri, 36, yang menerima Ijazah Sarjana Patologi dan Anatomi berkata, walaupun dia sarat mengandung anak pertama, dia tidak mahu melepaskan peluang menghadiri konvokesyen itu. Dr Siti yang kini bertugas di bahagian patologi Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, Perlis berkata pada mulanya suaminya membantah dia menghadiri konvokesyen.
“Saya kini hamil 36 minggu, tetapi saya mahu datang kerana ingin berjumpa dengan rakan-rakan (rakan sekerja). Jadi suami menemani saya ke konvokesyen hari ini,” katanya.
Tengku Permaisuri Norashikin menganugerahkan ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Perubatan kepada 116 graduan. Konvokesyen bermula hari ini hingga 21 Disember ini melibatkan 31,220 graduan yang akan menerima ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: BERNAMA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dulu Bila Tonton Ceramah, Tak Berapa Minat,” – Kilafairy Kenang Perjalanan Hijrah, Titip Rasa Syukur
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy mengakui kini dia lebih tertarik untuk untuk mengetahui apa sahaja mengenai ilmu agama, sejak mengambil keputusan untuk mengenakan hijab empat tahun lalu.
Berkongsi mengenai perbezaan dirinya dulu dan sekarang, dia yang mesra disapa Kila turut mendedahkan, dia semahunya cuba untuk menjaga ibadah sebaiknya.
Kini Lebih Berminat Dan Sentiasa Tertarik Dalami Ilmu Agama – Kila Fairy
“Cuba untuk jaga amal ibadah dengan sebaiknya. Minat saya untuk dalami ilmu agama itu orang kata lebih bersemangat dan lebih tertarik untuk ikuti.
“Sebelum ini, kalau tonton ceramah sikit je macam alihlah pada saluran lain, saya macam tak berapa berminat. Tapi sekarang bila saya ikuti sesi usrah anjuran rakan, Neelofa misalnya, buatkan saya lebih tertarik.
Artikel berkaitan: Hadiri ‘Usrah’ Bersama Kilafairy, Penampilan Janna Nick Bertudung Litup Jadi Sorotan!
“Malah ada kawan lain yang umpamakan agama ini sama seperti telefon. Kalau kita tak cas, akan habis bateri. Jadi kita kena terus belajar.
“Kalau tidak memang ia akan terbantut di situ,” katanya yang mendapat sokongan padu dari ahli keluarga untuk menjadi insan yang lebh baik.
Tak Pernah Sesali Perjalanan Hidup, Namun Titip Rasa Syukur!
Sementara itu, bintang berusia 32 tahun ini juga menambah, dia tidak pernah menyesal atas perjalanan hidup yang dilalui sebelum ini.
Malah, Kila menyifatkan sejarah lama mendorongnya untuk memperbaiki diri, seterusnya cuba menjadi individu yang lebih baik.
“Saya cuba untuk ‘tanamkan’ ia di masa lalu. Kalau nak kata sama ada saya menyesal atau tidak… sebenarnya kalaulah saya ada peluang untuk pakai tudung lebih awal, saya akan pakai. Akan tetapi jalan hidup saya seperti ini.
“Saya tidak pernah menyesal atas apa yang telah berlaku. Kalau saya tidak laluinya, saya tidak akan jadi seperti hari ini.
“Saya rasa, pengalaman itulah yang membentuk saya untuk ke sini hari ini. Saya bersyukur, dengan pengalaman yang lepas,” katanya yang sering menitipkan doa, meminta petunjuk dari Yang Maha Esa.
Foto: Instagram Kilafairy
Artikel berkaitan: Anggun Berhijab Ajar Qari & Qariah Teknik Pernafasan Tarannum, Penampilan Syafinaz Selamat Buat Netizen Terpaku
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susu EMAS, Minuman Kecantikan Paling TRENDING Untuk Kecantikan Kulit, Rambut & Kuku. RUGI Tak Amalkan!
Apabila usia sudah bertambah, pasti akan ada garis halus atau kedutan yang terbit pada wajah. Selain menggunakan rawatan sapuan seperti masker, anda juga sebenarnya boleh cuba mengamalkan minum susu emas atau kunyit. Resipi susu ini berdasarkan resepi Ayurvedic (India Kuno). Jika anda bertanyakan kepada rakan-rakan India anda, mereka pasti akan tahu mengenai resepi ini. Bahan utama minuman ini adalah kunyit dan bahan ini sememangnya penuh khasiat dan tidak boleh disangkal kebaikannya.
Kebaikan Susu Emas (Kunyit)
1. Menghilangkan jerawat/eczema dan menjadikan kulit lebih sihat, bersinar dan bebeas cela kerana ia memiliki properti anti-bakteria, anti-septik dan anti-radang.
2. Efek anti-penuaan – mengurangkan kedutan dan garis-garis halus pada wajah.
3. Membakar lemak dengan mempercepatkan sistem metabolisme, membaiki sistem penghadaman dan mengurangkan angin dalam badan.
4. Menghalang peningkatan berat badan di masa hadapan.
5. Membantu pertumbuhan rambut dan merapikan kulit kepala dengan menghilangkan kelemumur.
6. Menghalang keguguran rambut berlebihan.
7. Mengurangkan kesakitan senggugut.
8. Meningkatkan imunisasi untuk menghalang radikal bebas menyerang sistem tubuh.
Susu emas ini juga dapat mengurangkan kekerapan anda sakit (selsema atau demam). Jadi apa anda tunggu lagi? Mari lihat resepi ini di bawah.
Sumber: Youtube (The Happy Pear)
Anda boleh sesuaikan mengikut citarasa anda tetapi pastikan bahan yang anda gunakan itu organik dan bukan bahan diproses. Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI