Kontroversi video pendek temu bual pelakon, Fauzi Nawawi bersama beberapa rakan artis lain termasuklah Khir Rahman dan Shuk Sahar di sebuah rancangan televisyen telah menjadi tular di media sosial hinggakan ahli keluarganya turut menerima tempiasnya.
Walaupun telah meminta maaf, namun netizen masih belum boleh melupakannya dan ada segelintir yang turut mengaitkan sama isterinya iaitu Lisdawati serta anak perempuannya, Hanna Faresha dalam hal ini.
Tidak menyebelahi sesiapa, Hanna tampil memuat naik keterangan di laman Instastory dan memohon maaf kepada semua di atas keterlanjuran kata oleh ayahnya itu.
Hanna juga mengakui dia tidak bersetuju dengan kata-kata ayahnya sewaktu temu bual tersebut dan berharap netizen berhenti mengecam dia dan keluarga yang langsung tidak terlibat dalam situasi tersebut.
Assalamualaikum, saya dengan merendah hati memohon maaf atas kesilapan ayah saya. Sebagai seorang wanita, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dan terkesan. Saya berharap kesilapan ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua, terutamanya buat keluarga kami.
Saya tiada di tempat kejadian dan tidak terlibat secara langsung dalam hal ini.
Oleh itu, biarlah beliau selesaikan hal ini dengan pihak yang terkesan. Harap tidak lagi diperbesarkan.
Buat semua, tolong hentikan komen dan DM yang tidak sepatutnya, cacian dan makian kepada saya dan ahli keluarga yang lain. Terima kasih.
Jika marah sekalipun, janganlah lemparkannya kepada yang tidak terbabit. Bertindaklah dengan matang agar kita tidak menyesal di kemudian hari.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ingin Pasangan Yang Stabil Bukan Tanda ‘Materialistik’, Fahami Ciri-ciri ‘Financial Red Flag’ Sebelum Lebih Serius…
Setiap pasangan yang ingin melanjutkan sesuatu hubungan kearah yang lebih serius harus peka dengan kelebihan dan kekurangan kedua-dua pasangan. Mungkin tempoh jangka masa 4 tahun atau lebih itu anda tidak perasan satu perkara yang dikaburi cinta.
Ya, cinta itu penting namun untuk kearah lebih serius seperti kahwin dan mempunyai keluarga, kewangan juga faktor utama untuk permulaan hidup bersama. Jangan sampai anda terlebih cinta tapi pasangan pula ada ‘financial red flag‘.
Artikel berkaitan: Tanda-tanda Kewangan Kita Dalam Bahaya; Belanja Selagi Ada Gaji, Gagal Bezakan Antara Keperluan & Kehendak
Wang perlu dititikberatkan sebelum serius…
Bukanlah kami ingin anda menjadi seorang yang materialistik namun ia satu perkara penting dalam permulaan hidup bersama. Ada juga yang sanggup utamakan cinta dari berfikir dengan jauh pada masa akan datang.
Dilaporkan oleh CNBC Indonesia, penulis kewangan CNBC Indonesia, Aulia Akbar, mengatakan financial red flag dalam perhubungan menunjukkan cara pemikiran pasangan anda dari segi pemikiran dan tingkah laku dalam menguruskan wang.
“Kalau pasangan anda sering memandang ringan mengenai cara mendapatkan wang dan menghabiskannya tanpa rasa sebersalah, itu sudah di kira sebagai ‘financial red flag’ dalam perhubungan.” katanya.
Apa tanda-tanda ‘financial red-flag‘ dalam hubungan?
Terdapat beberapa ciri-ciri yang dijelaskan oleh Aulia Akbar yang boleh anda perhatikan kepada pasangan dan juga diri sendiri. Antaranya adalah:-
1. Perancangan dan pengurusan kewangan yang teruk
Mereka atau anda yang tidak mempunyai perancangan dalam kewangan atau tidak tahu bagaimana ingin menguruskan kewangan. Aulia Akbar menyatakan jika anda atau pasangan memberikan senario seperti tengah bulan sudah kehabisan wang sehinggakan meminjam pada sesiapa. Ini adalah salah satu tanda ciri ‘financial red flag‘.
2. Berhutang
Mempunyai hutang dalam jumlah yang wajar tidaklah menjadi masalah. Namun, apa yang menggusarkan lagi apabila jumlah hutang itu semakin bertambah dan tidak berkurang walhal wang yang sedia ada tidak mencukupi untuk membayar hutang yang sedia ada.
Situasi ini kebiasaannya terjadi akibat beberapa faktor dan salah satunya seperti kos sara hidup yang mewah. Lebih mementingkan ‘tampak mewah’ berbanding memikirkan rasional untuk hidup sederhana dan menyimpan wang juga ‘red flag’!
3. Suka membuat pembelian impulsif
Impulsif membawa erti terlalu mengikut kata hati. Sudah tentu anda pernah dengar kebanyakan orang menyatakan ‘ikutkan kata hati juga membawa padah’, itu adalah satu amaran untuk kita berfikir rasional.
Seseorang yang suka membuat pembelian secara impulsif sering memikirkan wang senang sahaja untuk diperolehi tanpa berfikir apa yang bakal terjadi tanpa sedar. Ini jelas menunjukkan pemikiran yang kurang rasional boleh memberikan kesan buruk dalam membina keluarga suatu hari nanti.
Ada solusi untuk masalah ‘financial red flag‘?
Aulia Akbar juga menerangkan ada solusi untuk permasalahan ini iaitu dengan berkomunikasi. Kenapa komunikasi? Ia kerana apabila kedua pasangan serang berinteraksi dan membincangkan sesuatu perkara, misalnya membeli barang dan sebagainya, boleh membuatkan seseorang individu itu untuk berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.
Artikel berkaitan: Kewangan Terganggu Kerana Pandemik? Amalkan Langkah-Langkah Bijak Ini!
Oleh kerana itu, komunikasi dalam perhubungan itu sangat penting sebelum mengutamakan kata hati untuk menjalinkan satu hubungan yang sihat. Ya, wang tidak mampu memberikan kebahagiaan namun ia menjadi satu keperluan buat kehidupan kita. Berbelanja dengan jimat dan urus kewangan anda dengan bijak!
Sumber: CNBC Indonesia
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenali RAVENA WULANDARI Satu-Satunya Finalis Berhijab Di Miss Universe Indonesia 2024
Ravena Wulandari merupakan satu-satunya finalis berhijab di Miss Universe Indonesia 2024.
Wanita dari Aceh ini meluahkan rasa bangga menjadi satu-satunya finalis berhijab yang berjaya mara ke pusingan akhir bagi merebut mahkota Miss Universe Indonesia.
Terdahulu, wanita berusia 23 tahun ini menjadi antara 30 terbaik dalam sesi uji bakat Miss Universe Indonesia 2024 yang dilakukan secara langsung.
Kemudian, Ravena menjadi salah seorang daripada 16 peserta yang terpilih ke pusingan akhir Miss Universe Indonesia 2024.
Ravena akui, dia terpaksa berdepan dengan beberapa cabaran ketika menyertai Miss Universe Indonesia 2024 termasuk menyediakan pakaian untuk uji bakat.
“Dan juga persiapan lain untuk meningkatkan keyakinan diri serta penampilan seperti pengucapan awam dan sukan,” katanya.
Bakal mengharungi malam final, Ravena mengakui dia sangat optimis dan yakin dengan keunikan tersendiri.
“Saya boleh tunjukkan kekuatan yang dimiliki melalui keunikan yang ada. Dan sudah tentu, saya perlu menjaga nama baik keluarga serta agama,” katanya.
Ravena Wulandari
Memetik laporan portal missuniverseindonesia.id, Ravena bekerja sebagai model dan jurusolek. Dia juga pernah bergelar duta pelancongan.
Ravena mempunyai minat yang tinggi untuk meningkatkan sektor pelancongan tempatan termasuk kampung halamannya.
Pengalamannya sebagai duta pelancongan mengukuhkan lagi komitmennya untuk menonjolkan keunikan Indonesia di mata dunia.
Dia percaya industri pelancongan bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi dan perkembangan kerjaya, tetapi juga memperkasakan wanita.
Ravena juga sering menyertai aktiviti pemuliharaan alam sekitar berkaitan advokasi pelancongan, termasuk penanaman bakau dan Pembersihan Pantai Indonesia.
Perubahan Kriteria Peserta Miss Universe Indonesia 2024
Selaras dengan peraturan baharu Miss Universe Global yang dilaksanakan mulai tahun ini, Jawatankuasa Miss Universe Indonesia 2024 membuat perubahan pada kriteria peserta.
Perubahan ini membolehkan wanita yang sudah berkahwin, memiliki anak dan berhijab untuk menyertai pertandingan berprestij ini.
“Ia bukan sekadar pertandingan atau acara kecantikan. Konsepnya adalah kepelbagaian. Kami ingin memberi peluang kepada wanita yang mempunyai status apa pun untuk menyertai pertandingan ini,” kata Teuku Jordan Zacky selaku Pengarah Kebangsaan Miss Universe Indonesia 2024.
“Memang ada yang mendaftar memakai tudung tetapi kita juga melihat semua aspek seperti profil, akaun media sosial dan sebagainya,” jelas Teuku Jordan Zacky.
BACA JUGA: Khadija Omar, Wanita Berhijab Pertama Tampil Di Pentas Miss World
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Untunglah Dapat Mak Mertua Kelakar” – Sharifah Shahira Sempat Mengusik Menantu, Buat Netizen Terhibur
Pelakon, pengacara dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah telah selamat menerima menantu apabila puteri sulungnya, Allisya Tahir disatukan dengan jejaka pilihannya, Mohd Zulhisyamuddin semalam. Puteri sulungnya turut menerima mas kahwin berjumlah RM80 daripada pengantin lelaki, beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Pasangan tersebut telah disatukan di sebuah dewan di Kuala Lumpur. Majlis ijabkabul tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat. Terdahulu, pasangan ini telah bertunang pada bulan Mac.
Dimaklumkan, Alisya telah dinikahkan sendiri oleh bapanya, iaitu Jatt Ali (Tahir bin Ali) disamping bapa tirinya iaitu pelakon, Ijoy Azhari. Allissya terlihat sangat ayu dan manis berhijab serta menggayakan busana serba putih sedondon dengan suami tercinta semasa majlis tersebut.
Artikel berkaitan: Mahu Terus Perbaiki Diri, Sharifah Shahirah Mula Berhijab Sejak Hari Pertama PKP
Sempat mengusik menantu
Majlis pernikahan telah berlangsung dengan sangat santai dan Sheira juga sempat ‘mengusik’ menantunya sebelum masuk ke dewan. Hantaran video yang dimuat naik oleh Shiera sendiri telah menarik perhatian dan menghiburkan netizen disertakan kapsyen pantun;
Buah geduak tepi pagar
Datang kucing mencakar cakar
Hati ini berdebar debar
Dapat mak mertua yg klakar
Di dalam video tersebut, Sheira sempat berpesan dan berseloroh kepada menantunya; “Menantu I, Jaga baik-baik anak I…I beranakkan dia bil mahal you!”. Ha, memang untung sangat dapat mak mertua yang kelakar dan sporting!
“mana ada mak mertua terus direct je cakap masa kawin…😂😂😂memang kelakar ..mak mertua…”
“Tak prnh tak kelako..tahniah kak shiera n family.Semoga perkahwinan mereka bahagia till jannah”
“Wakakaka masak lahhh dpt mak mertua kelakoo”
Shiera juga akui bersyukur dan tersentuh apabila ramai kenalan yang berkata bahawa tidak menduga dirinya sudah menerima menantu hingga ada yang menitiskan air mata pada majlis itu. Turut hadir meraikan pasangan pengantin ialah Sharifah Sakinah, Marsha Milan dan sahabat baik Shiera yang juga merupakan pelakon era 1990an, Azah Aziz.
“Syukur dan seronok apabila majlis anak saya berjalan lancar. Ramai yang ingatkan saya menangis apabila anak bernikah tetapi itu semua tidak berlaku.
“Sebaliknya, rakan-rakan artis yang hadir pula mengalirkan air mata apabila saya perlu melepaskan anak dan menerima menantu,” katanya melalui Mstar
Dibanjiri komen tahniah
Usai daripada hantaran tersebut, ramai selebriti dan netizen yang turut bergembira dan mengucapkan ucapan tahniah buat kedua mempelai.
“Alhamdulillah, congratulations dear @shieraijoy. Saya doakan dari Taman Raudah, semoga Allah pelihara mereka hingga sampai akhir hayat. 🥰⭐️🌙. Aamiin”
“Alhamdulillaah!!! Tahniah Shiera terima menantu,,,Smoga bahagia dan kekal hingga Jannah”
“Tahniah shieraijoy..elok mnantu pon..semoga bhgia till jannah ank u🤲🤲🤲💐”
Artikel berkaitan: 11 ADIK-BERADIK Selebriti Cukup ‘HOT’ & TRENDING, No 11 Paling Banyak CARIAN Di Google
Untuk rekod, Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shiera menerusi perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt pada tahun 1993; sebelum mendirikan rumah tangga bersama Ijoy Azhari pada tahun 2003. Tahniah diucapkan buat kedua mempelai! Semoga ikatan yang dibina kekal ke Jannah.
Sumber info dan gambar: Mstar, Instagram shieraijoy
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI