Umum sedia maklum tanah suci Mekah dan Madinah merupakan tempat yang paling mudah untuk sebarang keinginan termakbul dan menjadi kenyataan, malah ramai yang pernah berkongsikan detik-detik dimana doa mahupun keinginan mereka dimakbulkan Allah dengan sekelip mata.

Bagaimanapun, seorang jemaah wanita Malaysia telah menghadapi satu situasi ‘luarbiasa’ dan tidak dapat ditafsirkan dengan akal dan fikiran ketika menunaikan umrah ziarah di Masjid Nabawi, Madinah.

Swafoto Sendirian, Tapi Ada ‘Kelibat’ Suami Sedang Memeluk Di Sebelah

@shasha_starting Replying to @lailyrosliofficial ♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator

Perkara berkenaan tular di aplikasi TikTok sebaik sahaja, satu muatnaik foto video dibuat menerusi akaun pengguna @Shasha_Starting yang dipercayai adik kepada wanita berkenaan.

Menurut Shasha, kejadian menakjubkan itu berlaku ketika dia dan kakaknya sedang berswafoto sebagai kenang-kenangan di menjadi tetamu Allah sewaktu menjejakkan kaki di Masjid Nabawi.

Artikel berkaitan: Umrah Harga ‘Kayangan’ Dan Layanan ‘Double-Standard’ Adalah Rezeki Masing-Masing!

Malah, ketika keajaiban itu berlaku suasananya hanya seperti biasa, tiada sebarang kejanggalan berlaku di sekitar mereka ketika berswafoto. Namun, sebaik sahaja melihat semula gambar yang diambil menerusi telefon pintar miliknya itu, pelbagai persoalan bermain di fikiran.

“Pada 26 Februari, aku, mak, ayah, kakak dan adik aku berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Sebagai makluman, kakak aku pergi tanpa suami dia.

“Suami kakak aku cuma hantar dia sampai airport sahaja sehari sebelum berlepas.

Ads

“Ini kali pertama kakak aku pergi ke mana-mana tanpa suami, selalunya asyik berkepit sahaja. Tapi sebab ada mak ayah dan adik-beradik lain, kakak aku boleh ikut sekali.

“Memang sangat terkejut bila kami tengok foto bergambar di hadapan makam Rasulullah, ada nampak kelibat abang ipar (yang tidak ikut) di belakang kakak,” jelas Shasha, dalam video berkenaan yang turut menzahirkan rasa terkejut dengan pengalaman tidak masuk akal itu.

Menurutnya lagi, gambar itu diambil betul-betul di hadapan makam Rasulullah, dan kawasan itu adalah kawasan yang dikawal dengn ketat kerana terdapat kawasan di belakang mereka yang dihalang dengan tali merah supaya tiada siapa boleh melalui atau berada terlalu hampir dengan makam baginda nabi.

“Tapi Subhanallah dengan izin Allah, bila kami balik hotel tengok gambar tu, nampak betul-betul ada suami dia dekat belakang kakak, seolah-olah tengah peluk dia dari belakang. Memang muka mirip suami kakak.

“Kakak pun ada cakap walaupun suami tak dapat ikut tapi dia sentiasa dapat merasai kehadiran suaminya di sisi.

Ads

“Sungguh cantik perancangan Allah, Dia tahu perasaan kakak macam mana bila berenggang dengan suami,” tambahnya yang mengagumi kebesaran dan kekuasaan Allah terhadap situasi berkenaan.

Menerusi muatnaik video lain, Shasha berkata, perkara aneh itu telah dimaklumkan kepada ustaz (mutawif) yang bertanggungjawab membimbing dan menjaga kumpulan mereka ketika berada di tanah suci.

Tunai Umrah Tanpa Suami, Wanita ‘Terkejut’ Allah Hadirkan Kelibat Suami Di Sisi Ketika Berswafoto Sendirian

“Mutawif pun terkejut bila kami tunjuk gambar itu dan dia hanya boleh cakap itu ia kebesaran Allah.

“Kalau fikirkan pun, tak akan ada orang nak peluk kakak saya dari belakang. Kakak saya masih ada di Tanah Suci setakat 27 Februari (Isnin),” ujarnya lagi.

Ads

Malah, dia juga berkongsikan momen luarbiasa itu ke dalam grup WhatsApp yang menghimpunkan ahli keluarganya, hingga membuatkan mereka terkesima sebelum masing-masing menzahirkan rasa takjub terhadap kebesaran Allah SWT.

“Bila zoom, macam muka Pidoh (abang ipar Shasha) pun ada.

“Ya Allah meremang bulu roma tengok. Sebijik macam Pidoh. Kami semua tengok pun takut, ini kuasa Allah,” antara respon yang diberikan oleh ahli keluarga Shasha sebaik sahaja melihat gambar itu.

Sumber: TikTok @Shasha_Starting

Artikel berkaitan: Dua Hari Setelah Peluk Islam, Aktres Perancis Marine El Himer Jejak Kaki Ke Tanah Suci Tunaikan Umrah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI