Seperti juga dunia fesyen terutama dalam pembikinan pakaian yang mengetengahkan pelbagai tema, hijab juga turut mengalami evolusinya yang tersendiri. Selain selendang dan juga tudung bawal, apa yang dapat diperhatikan trend tudung terkini, penggemar lebih suka menggayakan tudung empat segi dari fabrik satin. 

Dengan pelbagai corak sama ada floral, abstrak, geometri atau lukisan tangan, sememangnya tudung jenis ini paling hit masa kini. Sangat sesuai digayakan dengan baju polos tanpa corak yang mampu menyerlah seri penampilan seseorang.

Namun begitu, bukan mudah sebenarnya tudung fabrik satin ini mahu terletak elok di atas kepala. Kalau tidak kena gaya memakainya, tudung boleh jadi senget dan akan membuatkan mood kita jadi tak tentu arah. Maklumlah sebagai wanita berhijab, penampilan yang sangat dititikberatkan adalah pemakaian tudung selain riasan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Lokek Ilmu, Didiyana Ehsan Seronok Bila Dapat Kongsi Hijab Tutorial Percuma Di IG

Ads

Hijabista berkongsi trik mudah dari Penata Gaya Hijab Popular, Didiyana Ehsan yang memberi tip berguna bagi memastikan tudung satin yang dipakai terletak cantik dan tak senget di kepala.

Ads

Menurut Didi, kunci utama bagi pemakaian tudung satin seperti ini adalah perlu tahu kedudukan untuk meletak jarum peniti yang sesuai.

Letak di bahagian tertentu supaya hijab terletak cantik di atas mahkotamu. Jadi selepas ini, hijab satin digayakan tidak bergerak hingga boleh menganggu konsentrasi dirimu sepanjang beraya di rumah saudara mara atau kenalan. Selain Neelofa selebriti lain yang gemar menggayakan hijab dari fabrik satin adalah Sherry Ibrahim, Mira Filzah, Vivy Yusof dan juga Bella Dally.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: Tudung ‘Favourite’ Pudar Dan Kusam? Ni Tip Agar Tudung Hijabi Sentiasa Kelihatan Seperti Baharu!

 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/JhZapDtSG2w

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI