Sebuah penghijrahan itu pastinya memerlukan sebuah hati yang kuat serta bermula dari niat yang ikhlas. Baru-baru ini, Datuk Fizz Fairuz berkongsi sebuah klip video pendek isterinya yang juga seorang pelakon, Almy Nadia berimej baru dengan memakai hijab.
Perkongsian di laman Instagramnya itu disertakan dengan sebuah kapsyen ringkas namun bermakna, menzahirkan rasa syukurnya apabila isterinya mula berjinak-jinak menyarungkan hijab. Ternyata, ia merupakan salah satu doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT yang membuatkan dirinya berasa sebak.
Pelakon Almy Nadia yang pernah popular dengan drama Dunia Baru ini kelihatan ayu dan molek dalam video berkenaan. Video tersebut juga menunjukkan bahawa Fizz Fairuz sekeluarga berlibur di taman tema, Legoland, Johor Bharu.
Ads
Bukan sahaja Fizz Fairuz, malah warganet juga turut berkongsi rasa teruja dan gembira apabila melihat imej baru Almy Nadia yang dikongsikan oleh suaminya itu di laman media sosial. Rata-rata pengguna media sosial memuji wajah Almy yang kelihatan comel dan berdoa agar Amly terus istiqomah dengan penampilan yang terbarunya itu.
“Comeiii..macam permaisuri agong pula…,” komen Luvajin77.
“Alhamdulillah..cantik Datin pakai tudung..Moga terus istiqomah,” komen Umie_leyla.
“Alhamdulillah..muka datin iras-iras Tuanku Permaisuri Agong..MasyaAllah..,” komen Aidil_Puteri_ Syantik.
Ads
Di samping itu juga, ada yang turut memuji Fizz Fairuz kerana berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan begitu cemerlang sehingga isterinya itu sudah mula menyarungkan hijab.
“MasyaAllah, suami yang berjaya menjaga isteri dengan sempurna, yang sabar, yang ikhlas menyayangi, Berkat kesabaran Allah kurniakan hidayah paling indah. Cantik sangat. Love,” komen Cikanna25.
Sekadar info, Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Pasangan sejoli ini dikurniakan empat orang puteri hasil dari perkahwinan tersebut.
Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah tanggungjawab anak-anak. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibu bapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka.
Tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan, kedua-duanya punya tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa. Pakar motivasi dan pendakwah, Noor Laila Aniza Zakaria, berkata hukum menjaga ibu bapa terutama yang uzur terletak bukan sahaja di bahu anak lelaki, bahkan anak perempuan.
Tanggapan anak perempuan terlepas daripada tanggungjawab menjaga ibu bapa selepas berkahwin tidak benar sama sekali. Setiap anak wajib berbuat baik bukan sahaja terhadap ibu kandung, bahkan mentua, ibu angkat, ibu tiri mahupun sekadar ibu susuan.
Tidak ada sesiapa yang terlepas sekalipun wanita itu sudah berkahwin. Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan menjaga ibu bapa yang sakit. Malah kerana tanggapan ‘wajib’ itu, tugasan berkenaan diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya yang sama sekali tidak benar.
SUAMI TIDAK BOLEH HALANG
Seandainya ibu bapa kandung isteri uzur atau terlantar sakit dan isteri ingin menjaganya, suami tidak boleh menghalang sebaliknya perlu membantu dalam menyediakan keperluan serta kebajikan mentua.
Apabila perempuan berkahwin, memang isteri dan segala dibawa adalah di bawah tanggungjawab suami termasuk nafkah ibu bapa isteri sekiranya mereka dalam kalangan orang miskin atau memerlukan bantuan perubatan. Nafkah itu perlu ditanggung menantu lelaki mengikut kemampuannya.
Ia menunjukkan keadilan Islam termasuk kepada ibu bapa yang tidak mempunyai anak lelaki. Bayangkan sekiranya anak lelaki sahaja dituntut menjaga ibu bapa, mungkin ramai dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin mengabaikan orang tua mereka.
Di sinilah ditunjukkan pembelaan Allah SWT terhadap ibu bapa yang tidak berbelah bahagi dan saksama kerana ia tidak mengira sama ada kewajipan menjaga ibu bapa kandung atau mentua.
BERBUAT MAKSIAT
Suami yang menghalang isteri menjaga ibu bapanya apatah lagi dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan, ia bermakna golongan itu memerintahkan pasangannya berbuat maksiat.
Maksud berbuat maksiat di sini adalah perbuatan suami memutuskan hubungan ibu bapa dan anak yang hukumnya jelas haram. Malah suami itu sendiri sudah pun berbuat maksiat kerana tidak berbuat baik kepada kedua-dua mentuanya.
DOSA BESAR DERHAKA TERHADAP KEDUA ORANG TUA
Ini turut ditekankan Rasulullah SAW yang menjelaskan antara salah satu dosa besar, selain mensyirikkan Allah SWT adalah bagi orang derhaka terhadap kedua orang tua.
Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kalian mahu aku beritahu mengenai dosa besar?” Sahabat kemudian menjawab: “Kami mahu, wahai Rasulullah SAW.” Rasulullah berkata: “Menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua.” (HR Bukhari dan Muslim)
Begitu juga dalam situasi suami ingin menjaga ibu bapanya yang sakit, jatuh hukum haram kepada isteri yang tidak membenarkannya. Bagaimanapun, keadaan berbeza bagi menantu perempuan yang tidak diwajibkan menjaga ibu bapa suami yang sedang sakit.
Tanggungjawab menjaga ibu bapa suami yang sakit terletak sepenuhnya kepada tangan suami tetapi boleh berbincang dengan isteri atau jika mampu sediakan pembantu rumah bagi meringankan tugasan isteri.
Mengikut hukum, isteri wajib diberikan upah jika suami ingin pasangan menjaga ibu bapanya yang uzur. Oleh itu masyarakat supaya tidak sesekali bertindak melabelkan menantu perempuan yang menolak menjaga mentua sebagai kejam atau tidak berhati perut kerana ia hukum asas dalam agama.
JANGAN TERLALU BERKIRA
Amat pelik bagi sikap sesetengah pasangan suami atau isteri yang sengaja tidak mahu menjaga ibu bapa masing-masing. Hierarki membezakan ibu bapa kandung dan mentua sebenarnya tanpa berasaskan dalil sahih daripada al-Quran dan hadis, sekali gus mendorong kita berpecah-belah, bertelagah, terlalu berkira serta saling cemburu dan meragut sifat kasih-sayang mukmin sebenar.
Apabila diuji menjaga ibu bapa sakit, apa lebih penting adalah melakukan persiapan mental dan emosi dengan rapi. Ibu bapa yang tinggal bersama perlu diutamakan keselesaan mereka dengan menyediakan keperluan sepatutnya termasuk tempat tidur kondusif dan aktiviti harian yang diisi dengan perkara bermanfaat.
Perbuatan mencela, menghamburkan kata kesat atau memperlekehkan ibu bapa atau mentua perlu dielakkan dengan sentiasa mengingati azab Allah SWT kepada setiap hamba-Nya yang derhaka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka
Sumber kredit: Berita Harian Online (Rencana)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejuk mata memandang. Itulah yang boleh dikatakan apabila melihat wajah redup pelakon, Mawar Rashid berhijab. Mawar Rashid mengumumkan telah berhijrah bersempena hari Jumaat, 2 Muharram (semalam).
Tulis Mawar di laman Instagram miliknya.
Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula.
Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Aamiin.
Terdahulu Mawar yang juga ibu kepada seorang cahaya mata lelaki dan kini hamil anak kedua mula perlahan-lahan melatih diri untuk memakai tudung sepanjang Ramadan lalu sebelum terus berhijab.
Sementara itu, suami Mawar, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob turut menitipkan rasa kesyukuran atas perubahan yang dilakukan oleh isterinya di laman Instagram peribadinya semalam.
BAKAL KETUA BIDADARI SAYA DI SYURGA
Persoalan yang sering timbul daripada golongan2 isteri tentang “Jika suami mereka diganjarkan syurga dan bidadari, maka adakah di syurga kelak mereka tidak akan bersama?”
Menurut jumhur ulama, jika suami dan isteri menjadi penghuni syurga dan diganjarkan bidadari, maka taraf isterinya adalah lebih tinggi, iaitu ketua kepada bidadari syurga tersebut. (Riwayat Imam Al-Qurtubi)
Ada jugak beberapa dalil yang menyebutkan bahawa segala permintaan wanita akan dikurniakan dan taraf mereka adalah lebih tinggi berbanding bidadari.
Pesanan pada para suami, ajaklah isteri, anak-anak dan ahli keluarga untuk sama-sama mengerjakan amalan yang soleh dan mentaati perintah Allah SWT supaya keluarga yang kita bina di dunia ini kekal sehingga ke syurga. Insyaa’Allah. SELF REMINDER FOR ME TOO
Salam Jumaat semua. Semoga kita sentiasa beristiqamah dalam mencari redha Allah Swt. Aamiin Allah Humma Aamiin Ya Mujibassailin
Kajian mendapati bahan kimia penyebab kanser dalam kosmetik lebih berbahaya daripada yang disangkakan sebelum ini. Satu kajian baru telah mendedahkan kaitan dengan kanser payudara dan dos rendah bahan kimia biasa yang terdapat dalam syampu, sabun dan produk kecantikan lain.
Kajian terdahulu telah mengaitkan paraben dengan penyakit itu, tetapi penyelidikan baru mencadangkan jumlah yang lebih kecil juga boleh berbahaya. Pengawet kimia juga terdapat dalam banyak losen dan krim badan, termasuk krim matahari.
Pusat penyelidikan yang berbeza di seluruh AS mendapati bahawa pendedahan kepada bahan kimia ini boleh memudaratkan, terutamanya semasa akil baligh dan semasa kehamilan.
Paraben menggalakkan penghasilan estrogen, yang meniru hormon estradiol yang semulajadi. Kedua-dua estradiol dan estrogen telah dikaitkan dengan kanser payudara dan masalah pembiakan. Pakar sakit puan dan ahli biologi molekul (dalam artikel yang disiarkan Daily Report), berkata “walaupun paraben diketahui meniru kesan pertumbuhan estrogen pada sel-sel kanser payudara, ada yang menganggap kesannya terlalu lemah untuk menyebabkan kemudaratan.
Paraben terdapat dalam banyak losen badan, termasuk krim matahari. “Tetapi ini mungkin tidak benar apabila paraben digabungkan dengan agen lain yang mengawal pertumbuhan sel.”
Kajian itu meneliti pelbagai bahan kimia meniru hormon yang orang ramai hubungi setiap hari dan bagaimana mereka mungkin berinteraksi. Walaupun kajian ini memfokuskan pada paraben, kemungkinan juga potensi peniruan estrogen lain telah dipandang remeh oleh pendekatan ujian semasa.
Adalah penting bagi wanita untuk ingat bahawa semasa membuat perubahan pada gaya hidup anda boleh membantu mengurangkan risiko anda, kita tidak dapat mencegah kanser payudara sepenuhnya.
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...