Akad nikah hanyalah gambaran persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah dan apa sahaja lafaz yang membawa maksud tujuan berkenaan maka secara automatiknya ia sah. Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, tiada dalil yang menyatakan lafaz ijab mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Lalu bagaimana pula ‘status’ akad nikah jika tersalah sebut nama pengantin atau ayah pengantin? Berikut penerangan lengkap seperti yang dipetik dari
SOALAN:
Saya ingin bertanya berkenaan lafaz akad nikah. Dalam kad pengenalan abah saya menyatakan namanya ABULLAH. Kemudiannya saya baru perasan dalam surat beranak nama ayah saya adalah ABDULLAH. Persoalan saya semasa lafaz akad nikah, yang mana saya perlu ikut sama ada nama di kad pengenalan atau surat beranak dan adakah akad tersebut terbatal jika saya atau jurunikah tersalah menyebut nama abah?
RINGKASAN JAWAPAN:
Sebuah perkahwinan dianggap sah apabila memenuhi syarat dan rukun-rukunnya. Kesalahan ketika menyebut nama pengantin perempuan atau nama bapa pengantin perempuan tidak menjejaskan akad perkahwinan tersebut. Bahkan ia dianggap sah di sisi syarak. Hal ini kerana menyebut nama pengantin bukan termasuk syarat-syarat sah perkahwinan. Antara syarat sah perkahwinan bagi pengantin perempuan adalah ta’yin iaitu penentuan seorang wanita sebagai isteri.
HURAIAN JAWAPAN:
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkah Baginda hingga Hari Kesudahan.
Ads
Setiap individu muslim yang ingin melaksanakan akad perkahwinan wajib memenuhi syarat dan rukun-rukunnya. Syarak menetapkan lima rukun yang wajib dipenuhi ketika akad nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, lafaz (ijab dan qabul), wali dan dua orang saksi. (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 4/226)[1]
Antara syarat sah perkahwinan bagi pengantin wanita adalah ta’yin iaitu penentuan pengantin perempuan di dalam akad. Suami wajib menentukan pengantin wanita ketika akad. Sama ada ditentukan melalui nama, atau isyarat, atau melalui sifat-sifat yang membezakan sekira terdapat persamaan atau tidak.
Dr Muhammad al-Zuhaili menukilkan perkara ini di dalam karyanya:
يشترط في الزوجة أن تكون معينة في العقد، وإلا بطل العقد، فوجب تعيينها في العقد، لأن المقصود في النكاح أعيان الزوجين إما بالاسم أو الإشارة أو الصفة المميزة
Ads
Maksudnya: “Syarat pengantin perempuan adalah ditentukan dalam akad, jika tidak (ditentukan) maka batal akad tersebut. Ini kerana maksud perkahwinan adalah ditentukan pasangan suami isteri sama ada dengan nama, isyarat atau dengan sifat-sifat yang dapat membezakan.” (Rujuk: al-Muktamad, 4/58)
Di sisi mazhab Syafi’i, sekiranya bapa melafazkan ijab dalam sesuatu pernikahan dengan tanpa menyebut nama atau tersalah sebut nama anaknya, maka pernikahan tersebut tetap dianggap sah. (Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 19/163)[2]
Tambahan pula, menyebut nama bukan syarat sah dalam akad perkahwinan sebagaimana contoh yang dinukilkan oleh imam al-Nawawi di dalam kitabnya:
Maksudnya: “Berkata wali: kahwini dia, maka kata suami: aku mengahwininya, sah.” (Rujuk: Minhaj al-Tolibin, hlm 207)
Oleh hal yang demikian, menurut pandangan dan kenyataan di atas dapat difahami bahawa akad perkahwinan yang dilaksanakan dalam keadaan tersalah menyebut nama wali atau nama pengantin perempuan tidak menyebabkan batal perkahwinan tersebut. Ini kerana syarat bagi pengantin wanita adalah ditentukan sama ada melalui sifat, isyarat atau namanya jika terdapat persamaan atau tidak mampu untuk membezakan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kesalahan menyebut nama pengantin perempuan atau nama walinya tidak membatalkan perkahwinan. Bahkan perkahwinan tersebut dianggap sah di sisi syarak jika memenuhi syarat dan rukun-rukunnya.
Sejak mendirikan rumahtangga, sudah jarang kita melihat pelakon jelita Mia Ahmad menghiasi kaca televisyen. Malah, ibu kepada tiga cahaya mata ini dilihat lebih selesa meneruskan kerjaya sebagai duta mahupun model khususnya bagi produk-produk muslimah.
Namun, Mia kini akui dia lebih memilih untuk mendalami ilmu agama dengan mentadabbur Al-Quran. Mia turut menzahirkan rasaya syukur ke hadrat ilahi diatas rezeki khatam Al- Quran sewaktu menanti kelahiran cahaya mata bongsu mereka dahulu.
Perkara berkenaan dimaklumkan Mia sendiri menerusi satu tangkap layar memaparkan perbualan mesej diantara dirinya dan ustaz yang banyak memberi tunjuk ajar sehingga dia berjaya menamatkan bacaan al-quran tersebut.
Terima Kasih Ustaz, Bantu Celikkan Ramai Insan Yang Masih ‘Buta’ Quran!
Selain menzahirkan rasa syukur, Mia turut mengucapkan jutaan terima kasih buat ustaz yang sanggup membimbing dirinya dan ramai lagi insan malang yang masih buta Al-Quran sehingga kini.
“Anyway ustaz saya nak inform saya dah khatam, saya khatam di dalam wad hari nak bersalin tu. Syukur ustaz… Saya bawa Al-Quran. Alhamdulillah dapat khatam kat sana.
“Finally ustaz selepas 34 tahun hidup Alhamdulillah… Lepas ni nak betulkan bacaan ya ustaz. Insyallah ustaz..
“Terima kasih banyak-banyak bantu saya, celikkan ramai yang masih buta Quran,” katanya.
Dulu Selalu ‘Ponteng’ Kelas Mengaji – Mia Ahmad
Mia yang juga isteri kepada pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi turut mengimbau zaman kanak-kanaknya dimana dia sering memberi alasan untuk ‘ponteng’ kelas mengaji.
“Dulu masa kecil selalu ponteng mengaji. Dah umur macam ini baru nak khatam. Boleh baca tapi banyak excuse. Lepas ni harapnya tak ada la excuse lagi.
“Terima Kasih guruku. Semoga Allah merahmati dan melipat kali ganda usahaustaz sebab mengajarkan Al-Quran. Ustaz sabar dan ajar sampai saya dan suami lancar membaca,” kongsinya.
Sekadar rekod, Hijabista baru-baru ini ada melaporkan berkenaan Tarmizi yanh berkongsi berita gembira bahawa isterinya itu telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 17 Januari lalu.
Bagi mereka yang meminati dan menonton film ‘Syurga yang tidak dirindukan atau di bawah lindungan ka’bah’ pasti mengenali pelakon utamanya iaitu, Laudya Cynthia Bella. Wanita cantik dari Indonesia ini bukan sahaja terkenal di Indonesia malah Bella terkenal juga di Malaysia dan mempunyai ramai peminat disini.
Menjadi pilihan hati ramai wanita muslimah diluar sana apabila Laudya Cynthia Bella mula berhijrah memakai hijab pada tahun 2015, Laudya Cynthia Bella juga terus berkarya di dalam industri dengan lebih semangat dan lebih menjadi diri sendiri.
Selepas perpisahan bersama Engku Emran pada Julai 2020, Laudya Cynthia Bella kini didakwa sudah berkahwin bersama kerabat diraja dan dikhabarkan Bella ingin bersara dari industri seni.
Bella Umum Bersara Dari Dunia Seni
Melalui kenyataan yang dihantar Laudya Cynthia Bella kepada pihak media Indonesia, yang mengatakan bahawa beliau mahu bersara dari dunia seni. Bukanlah perkara yang mudah buat Laudya Cynthia Bella akan tetapi niatnya ingin bersara dari bidang seni sudah lama timbul dan kini sampai masanya
Menurut Laudya Cynthia Bella “Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.” sumber Liputan6.
“Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga saya terus beristiqomah dan filem terakhir saya adalah ‘Buya Hamka”
Laudya Cynthia Bella juga turut memohon peminatnya akan terus mendoakannya. Dia juga mengatakan hasratnya ingin berjaya dunia akhirat dan banyak yang dia perlu belajar dengan statusnya sekarang.
Mungkin di sebalik pengakhiran mempunyai permulaan yang lebih baik. Dengan persaraan Laudya Cynthia Bella di dalam industri filem dapat membantu dirinya fokus sepenuhnya dalam bidang perniagaan.
Antaranya adalah, perniagaan tudung dan produk muslimah “L’ by Laudya Cynthia Bella yang terinspirasi dan mengikuti jejak bapanya yang berada di dalam bidang pembuatan tekstil.
Semoga Laudya Cynthia Bella diberikan kekuatan untuk terus beristiqomah dan peminat sentiasa menyokongnya walau apa pun.
Doa untuk mendapat kebaikan di dunia dan diakhirat ini seringkali kita lupa baca walaupun ia sebenarnya ialah doa yang ringkas dan muda untuk diingat. Banyak faedah yang boleh kita miliki apabila membaca doa ini.
Sebagai umat Islam, kita sering diingatkan untuk sentiasa berdoa mendapat keredhaan-Nya supaya proses perjalanan kita di dunia dan juga di akhirat akan berjalan lancar dan mudah. Ramai yang alpa tentang kesibukan di dunia sehinggakan terlupa untuk menyimpan pahala bagi hari akhirat kelak. Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama amalkan doa pendek ini yang banyak mnafaatnya kepada kita semua. Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua. InsyaAllah!
Rabbana aatina fidunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqina ‘azabannar
Terjemahan:
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.
Faedah doa diatas:
Ini adalah doa yang paling banyak dibacakan oleh Nabi sebagaimana yang disebutkan oleh sahabat Nabi, Anas bin Malik. Sudah tentu ianya doa yang sangat penting, agung dan mencakupi makna yang besar sekali sehingga Nabi berdoa banyak kali dengan doa ini.
Doa ini ringkas tapi meluas maknanya. Mencakupi aspek keduniaan dan akhirat serta perlindungan daripada azab api neraka. Inilah permintaan yang teragung daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Doa ini uga menunjukkan fiqh dalam berdoa menurut para ulama’ iaitu berdoa dengan doa yang ringkas tetapi mencakupi makna yang meluas di dunia dan akhirat. Sudah tentu doa-doa yang ma’thur (yang datang dari Al-Quran dan As-Sunnah) mempunyai kelebihan ini.
Perkataan “Al-Hasanah” secara literalnya bermaksud kebaikan. Sebahagian ulama’ mengatakan hasanah di dalam doa ini bermaksud kenikmatan. Maka yang terkandung dalam doa ini ialah segala nikmat yang baik di dunia dan akhirat bagi orang-orang yang beriman.
Kata Imam An-Nawawi dalam Al-Azkar, dibolehkan bagi wanita yang haidh untuk berdoa dengan doa ini (dan doa daripada Al-Quran yang lainnya) dengan niat untuk berdoa bukan untuk membaca Al-Quran.
Imam An-Nawawi dalam Al-Azkar juga menyebutkan bahawa digalakkan juga membaca doa ini pada takbir yang ke 4 dalam solat jenazah menurut pandangan sebahagian ulama’ Mazhab Syafie.
Semoga kita dapat meluangkan sedikit masa kita untuk mengamalkan sentiasa doa ini dan diberi kesempatan untuk mendapat manfaat daripadanya. Moga kita lebih bersemangat untuk mengamalkan doa ini khususnya di tempat yang mustajab seperti ketika sujud dalam solat dan sebagainya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...