Menjadi kelaziman majlis konvokesyen di sambut dengan kegembiraan dan kebanggaan. Namun, tidak buat penyanyi Datuk Nora Ariffin yang mewakili Allayarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan, bagi penerimaan skrol diploma miliknya.

Meskipun berasa sedih kerana tidak dapat saksikan arwah mengambil skrol miliknya itu. Dia menzahirkan rasa bangga kerana arwah berjaya menamatkan pelajarannya dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.

Menjadi Semangat Buat Adik-adiknya

Terima Skrol Diploma Arwah Anak, Datuk Nora Ariffin Percaya Ini Menjadi Pembakar Semangat
Sumber dari Laman Facebook Media Rasmi UiTM

Penyanyi terkenal tanah air, Wan Norafizah Wan Ariffin atau cukup dikenali sebagai Nora, 49, berkata walaupun ketiadaannya membuatkan suasana serba kekurangan namun itu menjadi titik semangat buat dua adiknya.

Datuk Nora juga berkongsi bersama orang ramai menerusi temu bual yang dimuat naik di laman Facebook Media Rasmi Universiti Teknologi Mara. Ianya cukup membuatkan ramai yang tersentuh dengan kisah dan perkongsian darinya itu.

Artikel berkaitan: Biarpun Tak Dapat Melihat, Pasangan OKU Bangga Rai Kejayaan Anak Di Hari Konvokesyen

Ads

“Ini adalah semangat untuk adik-adiknya yang lain. Tengok abang tak sempat nak berjaya, adik-adiklah ambil semangat tersebut untuk teruskan legasi saya dan Allahyarham Johan.” katanya.

 Pelantun suara bagi lagu Di Persimpangan Dilema itu turut menceritakan Allayarham banyak membantunya mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah dalam penghasilan video untuknya.

Kehilangan Allahyarham Alif sangat memberikan kesan buatnya dan keluarga. Antara individu yang banyak memberi semangat kepadanya adalah arwah Alif juga selepas pemergian suaminya, Allahyarham Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.

Ads

“Setiap hari Alif pasti akan menghantar Whatsapp bertanya sama ada saya okay atau tidak. Memang pemergiannya satu kehilangan besar buat keluarga kami,

“Selepas kematian Johan, kami reda dengan pemergian Alif kerana macam mana kami sayang padanya, Allah SWT lebih menyanyanginya.” ujarnya lagi.

Artikel berkaitan: Hadiah Buat Arwah Ayah, Graduan Politeknik Terima RM80 Ribu Lepas Cemerlang Dapat Anugerah Dekan

Ads

Arwah Alif pergi meninggalkan Nora sekeluarga pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah sewaktu  di rumah. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya.

Sumber: mStar dan Laman Facebook Media Rasmi Universiti Teknologi Mara

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI