Pengarah Drama Cina Buta, Shahrulezad (Budak Ijat) memaklumkan bahawa tayangan perdana teaser drama berkenaan sudah mula ditayangkan mulai jam 10 malam semalam di saluran Astro Ria.
Perkara berkenaan diumumkan secara rasmi oleh Shahrulezad menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya. Pelakon gandingan serasi Nad Zainal, Ungku Ismail Aziz turut mengumumkan perkara sama di laman Instagram miliknya.
“Jangan lupa malam ni layan Tayangan Perdana Cina Buta : Kisah Talak Tiga!” tulis Ungku Ismail diruangan kapsyen pada hantaran tersebut.
Bagaimanapun, kedua-dua hantaran Instagram itu telah dibanjiri dengan persoalan adakah pelakon utama, Nad Zainal sudah beransur pulih sepenuhnya?
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata peminat begitu ‘concern’ dengan perkembangan semasa pelakon jelita yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu.
Berikut merupakan beberapa komen yang telah ditinggalkan warga maya.
Ads
“Dah lama tak update pasal Nanad, macam mana dia sekarang.
“Okay noted, lama sangat dah tertunda siarannya, macam mana keadaan Nad Zainal sekarang?
menjawab kepada persoalan yang diutarakan Netizen, dalam hantaran lain, Ungku Ismail sempat membuat satu lagi muat naik video khusus berkenaan perkembangan semasa rakan lakonanya itu.
Sebelum ini, Nad dilaporkan mengalami jangkitan kuman dan pendarahan kronik pada bahagian paru-paru hingga terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) dan berada di bawah pemantauan doktor di Hospital Ampang Putri.
Malah, setelah seminggu ditidurkan, Nad hanya sempat berjaga kurang dari 24 jam sebelum doktor memutuskan bahawa Nad perlu ditidurkan semula.
Ini demikian kerana, paru-paru Nad belum cukup kuat untuk bernafas sendiri tanpa alat bantuan pernafasan dan pendarahan dalam paru-paru menambah buruk keadaan.
Ads
Justeru, Hijabista mendoakan agar aktress jelita, Nad Zainal diberi kesembuhan segera oleh Allah SWT dan tidak lagi perlu diuji dengan kesakitan yabg berpanjangan serta kembali semula ke pangkuan keluarga dan anak-anaknya.
Siapa tak kenal dengan isteri kepada aktor kacak, Zain Saidin yang juga usahawan yang terkenal dengan jolokan ‘diva inai’, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta ni.
Terbaharu, namanya kembali menjadi fenomena dan sebutan ramai apabila perniagaanya di bawah jenama by RCW mengeluarkan tudung bawal eksklusif bertatahkan ‘permata laut’ iaitu mutiara.
Menerusi hantaran video di laman Tik Tok miliknya, Che Ta telah memperkenalkan tudung bawal mutiaran keluaran terbaharu by RCW berkenaan.
Di dalam video tersebut dapat dilihat Che Ta yang kelihatan anggun malah tampak lebih muda berbanding usianya disaat menggayakan bawal mutiara yang didatangkan dengan beberapa rona warna pastel yang sememangnya bakal menawan hati Hijabis!
Malah, apa yang lebih menarik perhatian lagi adalah harga yang ditawarkan bagi sehelai tudung berkualiti tinggi by RCW adalah harga mampu milik dan bukanya berharga ‘kayangan’ sepertimana tudung jenama lain di pasaran.
Meninjau keruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya khususnya kaum hawa memuji tindakan Che Ta yang tidak mengaut keuntungan yang berlebihan serta menawarkan harga yang mampu milik, cantik serta berkualiti kepada pembeli. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
“pandai cari duit bijak….letak mutiara kat tudung dengan harga murah. terbaik che ta…awak bakal jutawan tahniah 🥰
“tudung cik ta like bawal aidijuma laa😁 mampu milik👍
Penampilan luaran secara fizikal adalah suatu benda yang sukar kita hendak jaga. Setiap perincian di tubuh badan ini seperti kuku, rambut, dan muka tidak dapat hendak kita pastikan ia dalam keadaan baik.
Tapi itu bukanlah alasan anda untuk tidak menjaga penampilan diri. Ramai juga yang sudah mula untuk menjaga rupa paras tetapi selalu lupa untuk menjaga kuku.
Perkongsian di LeSalonmenyatakan kekuningan yang terjadi pada kuku adalah disebabkan infeksi daripada kulat. Pelbagai juga gejala atau simptom jangkitan kulat pada kuku antaranya:
Muncul bintik-bintik kuning
Kuku menggelupas
Ada bau yang kurang enak
Ada juga kondisi yang lebih teruk jika kuku tidak di jaga dengan baik dimana ia boleh menebal dan hancur! YaAllah, sudah tentu kita mahu elakkan perkara ini bukan?
Ada beberapa cara untuk elakkan jangkitan kulat pada kuku, nak tahu? Ikuti sahaja langkah-langkah ini:
Pastikan kuku anda sentiasa di potong untuk elakkan kotoran masuk
Pastikan anda tukar stoking untuk elakkan jangkitan kerana keadaan lembap
Kurangkan penggunaan nail polish
Jika keadaan menjadi lebih teruk, anda boleh sahaja bertemu dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Pastikan juga keadaan kuku anda dalam 2-3 hari, jaga kuku juga ya sis!
Gadis kelahiran Kelantan ini, apa sahaja yang dilakukan menjadi trending dan pasti mendapat perhatian sehingga beberapa kali mencetus fenomena. Bahkan fesyen pakaian dan tudung yang Neelofa gayakan pasti menjadi ikutan.
Tidak hairanlah jenama tudung Naelofa mempunyai pengikut yang ramai bukan kerana tren yang di bawa oleh beliau malah personaliti yang menarik menidolakan segenap usia di dalam dan luar negara.
Baru sahaja meraikan sambutan hari lahir pada 10 Februari lalu, selebriti popular Neelofa muncul menyerlahkan identiti baru. Nafas segar itu diterjemahkan oleh Neelofa menerusi penjenamaan semula jenama hijabnya, Naelofar dimulakan semenjak tahun 2014.
Menyifatkan perkara terbabit sebagai hadiah hari jadi untuk dirinya, Neelofa memberikan sentuhan yang lebih edgy, feminist dan juga moden seiring dengan kehendak wanita sekarang.
“Ini hadiah hari jadi saya yang paling bermakna. Dengan arah tuju baru ini, saya berharap jenama hijab saya dapat memberi inspirasi untuk merubah persepsi masyarakat terhadap pilihan wanita dalam era dan zaman moden ini.
“Saya juga mahu mereka tahu bahawa mereka tidak perlu takut untuk maju ke hadapan dan tidak membiarkan jarak membataskan mereka kerana satu-satunya halangan untuk berjaya adalah diri sendiri,” kata Neelofa.
Dalam pada itu, peminat berpeluang untuk berjumpa dan bermesra dengan Neelofa serta mengambil foto menarik dengan ‘art installation’ di Level 1, Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail, Damansara dalam acara Naelofar Go Far Event pada Ahad, 16 Februari ini!
Berlangsung pada jam 10 pagi sehingga 5 petang, Neelofa bakal mengadakan sesi ‘meet and greet’ pada pukul 2 petang dan anda turut berpeluang melihat koleksi terbaru jenama hijab ini yang diberi nama Go Far!
Lagi Fakta Menarik Mengenai Neelofa
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Kolej University Sunway di Bandar Sunway.
Anak ketiga daripada 9 adik beradik (lima adik berlainan bapa)
Neelofa yang disapa Lofa di kalangan keluarga, diilhamkan daripada nama “Niloufar’ membawa maksud bunga teratai.
Pernah meraih 5A dalam UPSR, manakala sewaktu melanjutkan pengajian di sekolah menengah di Maktab Rendah sains MARA (MRSM) Langkawi, beliau mendapat 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.
Menjuarai Pertandingan DEWI REMAJA 2009/2010 mengalahkan beberapa nama antaranya seperti Izara Aishah, Anzalna Nasir dan Ramona Zamzam.
Menempah nama sebagai pelakon di dalam filem popular seperti Azura, SAM: Saya Amat Mencintaimu, Hantu Kapcai dan Pilot Café. Pernah juga berlakon di dalam drama popular seperti Jiwa Dan Lara, Tahajjud Cinta, Kau Yang terindah, Suri Hati Mr.Pilot, Red Velvet dan Til Amo Sweetheart 100 Hari.
Sebagai anak seni pencapaian terbaik beliau dengan meraih beberapa anugerah antara yang terbesar termasuk Pengacara TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke -27, 28 dan 29, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, Top Top MeleTOP (Wanita) di Anugerah MeleTOP Era ke-4 dan ke-5 dan banyak lagi.
Pada Disembar 2017, beliau dilantik sebagai Pengarah Bebas bukan Ekskutif di Syarikat Air Asia Bhd.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...