Tampil dengan memakai niqab pada majlis ilmu tempoh hari, pelakon Aprena Manrose terima pujian dari orang ramai. Namun, Aprena cuba untuk menjelaskan bahawa penampilannya belum sampai ke tahap itu bagi menjawab dakwaan orang ramai.

Meski pun begitu, Aprena akui dia masih dalam proses untuk mempelajari agama ini sebaik-baiknya. Ramai jua yang mendoakan atas percubaannya untuk menutup aurat dan semoga dia kekal istiqamah.

Masih belajar dan cuba-cuba sahaja

Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 29, terima banyak pujian apabila dia muncul ke majlis agama baru-baru ini dengan berniqab. Ramai yang terkejut dan mendakwa Aprena sudah mula berniqab meski pun dia belum lagi membuat keputusan tersebut.

Namun, pelakon yang berasal dari Kelantan itu mengucapkan terima kasih atas semua yang sudi menitipkan doa buatnya untuk mencuba dengan penampilan tersebut. Dia tidak menafikan bahawa masih dalam proses untuk belajar dalam mendidik diri menjadi muslimah sebenar juga mendalami agama dengan sebetulnya.

Menerusi temubual bersama Kosmo! Online, Aprena menjelaskan lagi perkara ini khuatir ada yang salah anggap. Tambahan pula, dia sempat mengucapkan rasa terharu oleh kerana ramai yang memuji dan mengeluarkan kata-kata semangat dari mengeji penampilannya.

“Terima kasih atas doa yang di beri tetapi saya masih lagi belum berniqab sepenuhnya. Berpakaian begitu kerana belajar ilmu agama,

“Masih belajar dan hanya cuba-cuba sahaja, teruskan doa yang baik-baik,” katanya.

Ads

Artikel berkaitan: “Ada Kalanya Pernah Terdetik Nak Buka Tudung, Tapi…” – Kisah Hijrah Hijab Sharifah Sofia

Perbualan mengenai perubahan imejnya yang mula berniqab terjadi apabila ada berlaku salah faham oleh kerana kemunculannya di sebuah majlis agama.

“Foto tersebut di ambil ketika saya ke sebuah majlis agama. Mungkin ada yang salah faham tetapi doakanlah saya berubah ke arah itu.

“Bagusnya ialah ramai mendoakan dan ada menyuarakan hasrat untuk mengikuti kelas agama yang saya pergi.

Ads

“Saya sangat terharu dengan respons ramai dan berharap mereka terus doakan saya kekal istiqamah melakukan benda baik insya-Allah,”  ujarnya lagi.

Sebelum ini, telah tular foto dan videonya yang menggayakan pakaian sopan bertutup dan berniqab dalam persalinan berwarna hitam melalui aplikasi TikTok. Perkara tersebut meraih ramai pujian warganet dan juga mendoakan yang baik-baik buatnya.

Titipan doa dan pujian semoga istiqamah dengan penampilan

Apabila melihat reaksi warganet di sosial media, ramai yang memuji tentang keterampilan yang menggayakan niqab itu. Walaupun dia menidakkan imejnya yang di dakwa memakai niqab sepenuhnya dan hanya sekadar untuk pergi ke majlis ilmu, titipan doa tetap di berikan oleh semua.

“Masa I preggy duka tengok muka you kadang-kadang ulang tengok story ke video dekat TikTok! Sampai anak pun ikut dagu terbelah macam you,

“Alhamdulillah muslimah sejati insya-Allah,

Ads

“Terima kasih kerana menjadikan perjalanan hijrah saya lebih bermakna,

“Tak minta banyak cuma nak perempuan zaman sekarang macam ini sahaja.” begitulah komen-komen yang di berikan oleh warganet terhadap penampilan Aprena.

Apa-apa pun kami dari Hijabista turut merasakan imej Aprena menjadi inspirasi buat mereka di luar sana supaya istiqamah dalam permulaan penghijrahan. Semoga kita kekal mengenali dan ingin mempelajari lebih banyak tentang ilmu agama.

Sumber: Kosmo! Online dan Aprena Manrose

Artikel berkaitan: Pernah Terima Mahar Al-Fatihah Dari Suami, Kisah Hijrah Tasha Manshahar. “Dulu Pendek tapi lama-lama…”

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI