Dunia tanpa sempadan mendedahkan kepada kita pelbagai perkongsian dari pengguna media sosial terutama dalam dunia kecantikan. Namun tidak semua produk yang dihasilkan elok untuk kulit kerana ada antaranya boleh menyebabkan masalah kulit wajah. Perkongsian dari doktor ini mengingatkan betapa bahaya hasil DIY penjagaan wajah yang dibuat sendiri. Menurut Dr Norbaizura Mohd Ismail memberitahu terdapat pelbagai kesan negatif yang boleh merosakkan kulit wajah seseorang. Malah lebih teruk ada yang menyebabkan kulit bernanah dan terbakar.

TAKUTNYA Bahaya Petua Cantik ‘HOMEMADE’, DOKTOR Kata Boleh Akibatkan Wajah Jerawat, NANAH & Terbakar

Jadi dia menasihatkan mereka yang membuat campuran bahan sendiri ini agar jangan sebarang tempek produk ini pada kulit wajah. Malah bahan berasaskan natural juga tidak semestinya tiada kesan sampingan. Justeru dia menasihatkan agar mendapatkan nasihat doktor sebelum letakkan sebarangan bahan pada muka.

TAKUTNYA Bahaya Petua Cantik ‘HOMEMADE’, DOKTOR Kata Boleh Akibatkan Wajah Jerawat, NANAH & TerbakarHati2 ketika menggunakan skincare DIY!

Apa tu skincare DIY?

Ads

Mesti ramai yang pernah cuba kan skincare DIY ni? Amek yogurt, lps tu cmpur timun la keledek la bayam la budu la (ok, over!), pastu tempek kat muka… Haaaaa kalau biasa buat mcm ni, hati2 tau!!

TAKUTNYA Bahaya Petua Cantik ‘HOMEMADE’, DOKTOR Kata Boleh Akibatkan Wajah Jerawat, NANAH & Terbakar

Ads

Terdapat byk kes peradangan/burn (contact dermatitis) yg saya terima di klinik akibat skincare DIY ni. Yang paling sering adalah burn sebab letak kunyit, bawang putih, limau, baking soda etc pada muka. Smpi terbakar hitam kulit, bengkak dan ada yg penuh naik jerawat nanah2 di muka!

Skincare DIY ni bukannya semua tak bagus. Tapi ada bahan2 termasuk yang natural atau alami ni sebenarnya dapat menyebabkan alergik, iritasi atau kulit terbakar.

Ads

TAKUTNYA Bahaya Petua Cantik ‘HOMEMADE’, DOKTOR Kata Boleh Akibatkan Wajah Jerawat, NANAH & Terbakar

So, jangan letak sebarangan benda kat muka! Even alami/natural pun tak semestinya tiada kesan sampingan/kesan allergik! Dapatkan nasihat doktor sebelum meletakkan sebarangan bahan di muka.

Towards healthy, radiant skin

KREDIT GAMBAR: GOOGLE IMAGE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI