Tragedi banjir yang berlaku di negeri Selangor sehingga kini amat terkesan di sudut hati setiap insan yang melihatnya dari jauh apatah lagi yang berada di dalam situasi sebenar.
Bukan mudah untuk melengkapi apa yang telah hilang dihanyut bah, tetapi dengan adanya badan-badan NGO, sedikit sebanyak meringankan bebanan mangsa bencana alam. Tidak terkecuali di perkampungan Orang Asli di Sg Lui, Hulu Langat, boleh dikatakan sebahagian besar kawasan hapus dan rosak.
Elakkan pembaziran, ketahui situasi sebenar
Di awal tragedi ini ada juga yang bersuara, banyak barang bantuan yang datang membazir oleh kerana bukan semuanya diperlukan diketika itu. Dalam program yang berlangsung pada 30 Disember iaitu Munawwareen Prihatin mereka mengambil langkah bijak sebelum meghulurkan bantuan. Perlu tahu apa keperluaan yang mereka lebih perlukan buat masa ini, untuk menggelakkan pembaziran.
Bekalan elektrik terputus dan kawasan sukar
Munawwareen Holdings Sdn Bhd melalui program Munawwareen Prihatin, hari ini menyerahkan 30 unit lampu solar buat mangsa banjir di kawasan pedalaman Sungai Lui termasuk basikal elektronik (E Bike) untuk kegunaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas.
Pengasas Munawwareen, Datin Hjh Aliza Abu Bakar berkata, dua peralatan berkenaan disumbangkan selepas mengenal pasti situasi di sesetengah kawasan terutamanya pedalaman Sungai Lui, terputus bekalan elektrik akibat tragedi banjir kilat terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah Malaysia pada 18 Disember lalu.
Ads
“Bukan sahaja tiada bekalan elektrik, tetapi ada sesetengah kawasan sampai hari ini walaupun sudah dua minggu tragedi itu berlaku, namun masih sukar diakses oleh kenderaan pacuan empat roda gara-gara kemusnahan teruk.
“Kesukaran pihak PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam (JPA) membuat rondaan dan menyalurkan bantuan di kawasan berkenaan, sekurang-kurangnya dapat bertugas dengan lebih efisien apabila adanya E Bike sumbangan Munawwareen. Solar sangat diperlukan kerana ada sesetengah kawasan yang langsung tiada bekalan elektrik.
Prihatin dengan keperluan ibadah
Menurut Aliza, setelah tiga kali berulang alik ke Hulu Langat beliau mendapati keperluan seperti telekung abaya, sejadah dan lampu. Menurutnya lagi mereka mungkin tinggal sehelai sepinggang dan berkemungkinan pakaian yang tinggal tidak dapat menutup aurat. Alhamdulilah dengan stok yang ada, Munawwareen yang terkenal dengan arbaya yang boleh dibawa terus solat dan telekung yang amat selesa dihulurkan pada mereka yang terkesan dalam tragedi ini.
Ads
Sejumlah 23 barangan keperluan asas lain turut disumbangkan program kendalian Munawwareen termasuk dapur, tong gas, peralatan mencuci rumah, pinggan mangkuk, towel, tikar, khemah, ‘mobile kitchen’ dan pelbagai lagi peralatan lain.
“Sebahagian sumbangan barangan ini akan diserahkan kepada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala sebahagian lagi akan diuruskan PDRM. Ini berikutan kawasan terjejas teruk di pedalaman yang sukar diakses dan hanya mampu dipantau pihak PDRM dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA).”
“Kami difahamkan anggota PDRM dan JPA telah berada di kawasan pedalaman yang terjejas sejak hari pertama bencana lagi dan akan terus berada di sana menguruskan segala bentuk bantuan makanan dan keperluan sumbangan kerajaan, NGO dan orang perseorangan sehingga semua mangsa selamat pulang ke rumah,” katanya lagi yang turut merasa bertuah kerana program ini mendapat kerjasama erat PDRM dan JPA yang lebih arif dengan pengurusan bencana.
Ads
“Kerjasama ini antara lain membolehkan kita bertukar-tukar maklumat dan menganalisa barangan keperluan yang benar-benar diperlukan mangsa sekali gus mengelakkan pembaziran,” tambahnya lagi yang enggan mendedahkan nilai sebenar jumlah bantuan program terbabit.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Dengan bantuan yang disalurkan ini, diharapkan kita dapat sama-sama meringankan beban yang dialami mangsa banjir sekali gus lebih memudahkan tugas pihak pasukan keselamatan PDRM dan JPA dalam mengakses kawasan terjejas di pedalaman sehingga semua mereka yang dilanda musibah dapat kembali ke kediaman masing-masing dan menjalani kehidupan seperti sediakala.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara popular Neelofa bukan sahaja sering dipuji tetapi juga kerap mendapat kecaman dalam apa jua perkara dilakukan. Namun tidak makan kejian dan sudah lali dengan kritikan netizen, Neelofa kini melangkah ke satu lagi pencapaian terbesar apabila menjadi satu-satunya selebriti berhijab yang menandatangi kontrak bersama agensi model dan bakat antarabangsa, Established Models yang berlokasi di London.
Menurut pelakon jelita ini dia berterima kasih kerana diberikan peluang sangat menakjubkan ini dan tidak sabar untuk meneroka ruang lebih jauh yang menantinya di masa akan datang.
“Saya sangat berbangga dan berasakan kegembiraan berganda untuk mengumumkan, kini saya menjadi sebahagian daripada pasukan @estmodels di London.
“Terima kasih untuk peluang keemasan ini. Saya tidak sabar untuk meneroka kesempatan diberikan dan terima kasih semua di atas layangan ucapan manis serta doa. Tahun 2019, mari kita lakukannya,” katanya menerusi Instagram.
Bukan itu sahaja, pihak pengurusan melalui instagram mereka juga turut membuat pengumuman serupa dengan muat turut foto bersama usahawan muda itu berbusana dan mengenakan turban rona gelap.
Difahamkan juga menerusi perjanjian kontark ini nanti Neelofa dan pihak Established Models berbinbang dalam merencanakan kerjayanya untuk sepanjang tahun depan.
Seperti biasa, follower pengacara Meletop yng kini telah berjumlah 5.9 juta di Instagram turut mengucapkan tahniah di atas kejayaannya yang cukup manis di penghujung tahun 2018 ini.
Pelakon, pengacara dan usahawan popular, Neeofa memang seorang yang bijak bergaya. Walaupun dikritik netizen, tetapi wanita ini tetap mempertahankan stail digayakan. Neelofa begitu berani bergaya luar dari kebiasan tapi masih lagi memenuhi ciri-ciri santun. Jadi tidak hairanlah ramai menggelarkannya ikon fesyen atau queen of trend. Dan terbaru ketika membuat lawatan kerja di luar negara, pengacara Meletop ini sangat stailo menggayakan turban dengan pelbagai gaya.
Malah Neelofa juga bijak suai padan turban digayakan dengan busana yang tersarung di tubuhnya serta padanan aksesori menarik. Nampak cantik dan sangat kena dengan personaliti pengacara kesayangan ramai ini.
Ternyata personaliti ini memang menjadi kesayangan ramai walaupun ada kalanya penampilan beliau yang terlalu mengikut fesyen sering dikritik haters.
Buktinya Neelofa turut memenangi dua trofi sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke 31 dalam kategori Pengacara TV Popular dan Artis Sensasi Popular untuk tahun 2018 ini.
Ayuh, kita lihat fesyen turban yang digayakan Neelofa sepanjang urusan kerja di luar negara.
Tular di laman Tik Tok sebuah video memaparkan Datuk Syafinaz Selamat sedang mencurahkan ilmu berkenaan teknik pernafasan yang betul kepada Qari Qariah untuk bertarannum.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah penampilan Syafinaz yang dilihat anggun berhijab dan mengenakan baju kurung ketika sesi perkongsian ilmu itu.
Menerusi video yang dikongsikan akaun Tik Tok @syafinazselamat.fans itu dapat dilihat bahawa Syafinaz begitu bersungguh-sungguh mengajar teknik pernafasan sebenar kepada para Qari dan Qariah agar bacaan tarannum yang dialunkan menjadi lebih merdu selepas mangaplikasikan ilmu yang diturunkan oleh Syafinaz.
Meninjau ke ruangkan komen pada perkongsian video berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata netizen terpukau dengan keanggunan Syafinaz.
“Cantiknyaaa.. Datuk bertudung! Teruskan Datuk.. Ameen..”
“Ustazah ni dah terer tarannum weh.. Tapi dia pun terbuka lagi untuk belajar dengan tokpinaz, SunhanaAllah tahniah kedua-duanya.. Semoga menjadi asbab untuk masuk ke syurga Allah..”
“Semoga menjadi asbab pahala jariah buat Datuk Syafinaz, seronok tengok teknik mengaji bertarannum”
Selain itu, ramai peminat guru vokal itu mendoakan agar syafinaz dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda kerana membantu agamawab untuk mempersembahkan bacaan al-Quran dengan lebih baik.
Pada perkongsian sama, seorang ustazah yang turut mengikuti bengkel di Akademik Tarannum Negeri Sembilan itu telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Syafinaz di atas ilmu yang dicurahkan.
Sekadar info, kita sering melihat Syafinaz menjadi juri dalam sesebuah pertandingan nyanyian di kaca televisyen. Namun ramai tidak menyangka figura hebat Datuk Syafinaz Selamat ini juga merupakan seorang pensyarah muzik dan tenaga pengajar bagi mengajar qari dan qariah.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...