Isi Kandungan
TogglePenampilan selebriti popular, Lisa Surihani di majlis perkahwinan ahli keluarganya baru-baru ini menarik perhatian ramai dengan penampilan ringkasnya.
Tak perlu belit hijab dengan stail yang sarat, gayanya yang bertudung bawal berwarna mustard mengingatkan ramai kepada fesyen mereka sewaktu zaman persekolahan dahulu. Memang manis sangat!
Lebih 1 juta tontonan, ribuan komen membanjiri laman instagramnya yang rata-rata memuji kerana sukakan gayanya yang sebegini termasuklah rakan artis, Tiz Zaqyah dan Fynn Jamal.
View this post on InstagramA post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on
Sedondon bersama ahli keluarga.
View this post on Instagram“Freestyle” means Roar for Yeop. 😅
A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on
Masa dulu-dulu mesti ramai yang selalu pakai tudung macam Lisa ni. Sis pun sama juga dulu. Selepas ini pasti menjadi trend kembalilah gaya ini. Sopan pun sopan. Why not kan sis?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Penjagaan RAMBUT Bagi Wanita BERHIJAB Perlu Ambil Tahu, No 6 Kena Amal Secara KONSISTEN Elak Masalah KELEMUMUR
Bagi wanita yamg berhijab, penjagaaan rambut juga penting bagi memastikan ia kekal sihat dan tidak berbau kusam. Jangan sesekali abai penjagaannya kerana boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran dan masalah kelemumur hingga boleh menjejaskan tugasan harian anda nanti. Terdapat beberapa petua tertentu menjaga rambut ini untuk wanita bertudung yang perlu diambil tahu.
1. Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dahulu. Jika tidak, rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.
2. Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.Jangan gosok rambut anda secara kasar.
3. Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.
4. Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikat rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tidak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.
5. Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.
6. Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.
7. Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.
8. Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.
9. Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.
10. Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat.
Artikel Berkaitan:10 Cara Mudah Hijabi Nak Lebatkan Rambut
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perihal ‘BRA’ Yang Hijabis Perlu Tahu! No.8 Jangan Ambil Mudah
Isi Kandungan
ToggleBra atau coli merupakan pakaian dalam yang paling penting dan wajib ada dalam almari. Ia ibarat teman baik wanita kerana dengan pemakaian yang betul akan membuatkan penampilan di bahagian dada kelihatan sempurna.
Walau bagaimanapun ada sukar untuk menjaga pakaian kecil ini kerana jika salah basuh akan menyebabkan bra cepat rosak dan nampak tak cantik. Admin nak kongsi beberapa tip bagaimana untuk merasa selesa setiap kali mengenakan bra ini.
1. Jangan biarkan tali bra anda hilang
Baju tak bertali bra tidak menyokong payudara anda, dan itu benar-benar menjengkelkan. Pasang tali ke bahagian belakang bra, pasangkan juga di bawah payudara anda, dan pasangkannya di bahagian belakang di sisi lain. Pemakaian yang betul akan menyebabkan bra anda akan kekal di tempat asal tidak kira apa aktiviti yang hendak dilakukan.
2. Rahsia perletakan ‘cup’ yang sempurna
Teknik ini hebat terutama untuk bergaya seperti model. Letakkan ‘cup’ secara menyerong dan bukannya pada kedudukan mendatar biasa – dari bawah dan sisi setiap payudara.
3. Sekiranya tali bra menginggalkan kesan
Pasang pad silikon khas ke tali supaya tidak meninggalkan kesan merah pada badan. Secara umum, tali bra adalah tanda bahawa tali bra itu harus diregangkan.
4. Buat pakaian tanpa tali yang lebih selesa
Bagi mereka yang tidak berhijab, untuk memilih bra yang sesuai dengan pakaian tanpa tali, terutama sekali dengan belakang terbuka, bukanlah perkara yang mudah. Cara terbaik ialah memotong bahagian hadapan bra, dan menjahitnya ke dalam kostum pakaian.
5. Bagaimana untuk menyelaraskan tali bra
Sokongan optimum adalah apabila anda boleh memuatkan dua jari yang meletakkan satu di atas yang lain di bawah tali bahu anda. Sekarang anda boleh menyelaraskan tali dengan mudah!
6. Untuk menyelaraskan payudara anda
Bra anda harus diregangkan dengan memegang payudara memasuki ‘cup’ mengikut keselesaan dan silangkan tali bra di belakang.Cara ini bra dapat menampung buah dada anda.
7. Bagaimana untuk memperbaiki renda bra
Bra lace ini kelihatan indah, dan ia adalah selesa dan lembut kerana ia tidak mempunyai ‘underwire’ dan elastik. Namun, ia tidak memberikan impak yang sama dengan bra yang membunyai ‘cup’. Untuk menyelesaikan masalah ini, letakkan ‘cup’ baju renang di dalamnya. Anda boleh membetulkannya dengan pita pelekat pakaian.
8. Sekiranya anda mempunyai jurang buah dada
Masalah yang terkenal di kalangan wanita dengan payudara besar. Agar tidak mendedahkan jurang anda kepada umum, kancingkan tepi baju di antara butang dengan pita melekat berpihak dua sisi yang dibuat untuk pakaian.
9. Cara yang selesa untuk menyimpan bra
Cara yang baik untuk menyimpan bra anda adalah dengan menggunakan penyangkut mudah. Dengan cara ini bra tidak akan kehilangan bentuknya dan akan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Gaya Hijab Etnik Buat Hijabis Nampak Wow
Rekaan tudung yang pelbagai membuatkan hijabis semakin kreatif untuk berfesyen mengikut citarasa dan trend terkini tanpa melupakan syariah. Lain orang lain citarasanya, admin nak kongsi 4 Gaya Hijab Etnik Buat Hijabis Nampak Wow sepanjang hari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI