Sering menerima kritikan oleh orang sekeliling, pelakon Datin Almy Nadia sentiasa dibandingkan badannya sebelum dan juga selepas mengandung.
Namun begitu, Dato’ Mohd Fairuz Zainal Abidin atau Fizz Fairuz tidak pernah hilang rasa sayang terhadap isterinya meski ramai yang membawa mulut.
Artikel berkaitan: “Tiada Kapsyen, Hanya Sedih, Terima Kasih Allah..”- Fizz Fairuz Titip Rasa Syukur Almy Nadia Berhijab!
Cinta Itu Bukan Kerana Saiz Tapi Keikhlasan
View this post on Instagram
Di temubual oleh Kosmo! Online, Fizz Fairuz menjelaskan perubahan bentuk fizikal isterinya itu bukan penghalang untuknya kekal menyayanginya. Beliau juga suka melihat isterinya yang tercinta.
“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah,
“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (gemuk).” katanya.
Fizz Fairuz juga pernah memberikan galakan kepada Almy untuk menurunkan berat badannya itu. Tapi katanya, cara teguran perlulah betul dan juga selamat.
“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?” jawabnya sewaktu disoal.
Artikel berkaitan: Netizen ‘Syak’ Neelofa Hamil Lagi – “Berisi Lain Macam! Alhamdulillah Bilal Nak Jadi Abang..”
Kurus Bukan Jadikan Dirinya Seorang Yang Sempurna…
Pelakon berusia 44 tahun itu bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang sempurna. Baginya, pengorbanan isterinya untuk menjaga dan menguruskan rumah tangga sudah lebih dari cukup.
“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga,
“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan.” ujarnya lagi.
Dato Fizz Fairuz dan Darin Almy Nadia telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004. Pasangan ini juga dikurniakan empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat.
Sumber: Kosmo! Online
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI