Siapa yang tak kenal pasangan suami isteri Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Pasangan ini cukup popular di media sosial lebih-lebih dengan kehadiran anak mereka Yusuf Iskandar yang menjadi pengikat cinta mereka yang dimeterai setahun yang lalu. Boleh dikatakan Hairul dan Hanis dilabel sebagai ‘loving couple’ kerana sering dilihat menghabiskan masa bersama-sama dan terbaru ke Pulau Maldives.
Bukan calang-calang orang boleh pergi ke situ kerana pastinya memerlukan bajet yang tinggi. Tetapi jika diizinkan dan diberikan rezeki oleh-Nya, segala urusan akan permudahkan. Kedua-duanya kita tahu bekerja keras untuk mencapai apa yang mereka inginkan dalam hidup. Kata orang kejayaan tidak datang bergolek.
SETIA BERSAMANYA
Begitu juga bagi Hairul dan Hanis, bukan mudah bagi keduanya melalui detik bahagia ini. Menurut Hairul dia tak akan lupa tarikh 9/10/90 lalu kerana tarikh hantaran dan juga ulang tahun kelahiran isterinya. Dia mengungkap rasa sayang yang tak berbelah bagi pada Hanis yang setia bersamanya yang ketika itu hanya pakai Iswara.
“Terima kasih sebab jaga makan diet saya, terima kasih jadi ibu yang baik untuk Yusuf, nak tulis panjang-panjang malu. Selamat hari lahir my love”.
So sweet ucapan yang diberikan buat Hairul pada isterinya itu. Menurut Hairul dia bukan lahir dari kalangan orang senang. Malah pernah berpengalaman menjadi budak rempit sebelum dipertemukan jodoh dengan Hanis Zalikha. Ternyata wanita ini banyak mengubah kehidupannya seperti apa yang dikecapi sekarang.
Menurutnya, walaupun bergelar budak rempit dulu, tetapi dia punya cita-cita besar dalam hidup. Segalanya tidak akan datang bergolek tanpa berusaha. Sebelum berkahwin lagi kehidupannya sudah berbah sejak menjuarai pertandingan Fear Factor sebelum itu dan telah membuka matanya.
MULAKAN PERNIAGAAN
Dengan wang hasil kemenangan, Hairul gunakan untuk memulakan perniagaan bersama Hanis dan berkat usaha serta doa segala urusan dipermudahkan.
Hairul turut memberitahu, isterinya adalah tulang belakang kepada kejayaannya hari ini kerana pengetahuan Hanis dalam selok belok bidang perniagaan memudahkannya membuat keputusan tepat.
Perniagaan pertama yang dibangunkan bersama Hanis dan ketika itu dia memang tiada ilmu juga pengalaman. Tetapi Hanis telah membantunya memandangkan dia mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan. Keduanya bermula dari bawah hingga ke tahap sekarang. Alhamdulillah rezeki mereka berdua semakin murah dan setelah mempunyai anak, makin bertambah.
MENGHARGAI ISTERI
Jadi, tidak hairanlah betapa Hairul begitu menghargai isteri tercintanya ini. Hanis merupakan penyokong tegar Hairul dan akan terus kukuh berdiri di sebelah melalui pelbagai lagi rintangan.
Admin memang suka lihat kebahagiaan dan kemesraan pasangan ini. Didoakan semoga mereka berdua kekal bahagia hingga ke jannah.
SUMBER: VIA VANILLA KISMIS
KREDIT FOTO: HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI