Sudah menutup aurat tetapi masih lagi terima kecaman, pelakon Mia Ahmad berkongsi bersama peminat mengenai pemakaiannya terkini. Namun ada yang menganggap keputusannya untuk bertudung labuh itu seolah-olah seperti ‘makcik’.
Mulut orang ada sahaja yang ingin berkata walaupun sudah ada inisiatif dari individu itu untuk menutupi auratnya. Malah, bukan sahaja komen negatif, ada jua yang menitipkan doa dan kata-kata semangat kepada Mia Ahmad untuk kekal istiqamah.
Bertudung labuh di gelar “Mak Cik” pula
Mia Ahmad baru-baru ini ada membuat satu perkongsian di laman sosial media Instagram miliknya menunjukkan gaya pemakaiannya yang baharu. Dia kini tampil dengan gaya tudung labuh melepasi dada dan kelihatan sangat manis dan sopan.
Pelakon itu sudah lama memakai hijab sejak awal permulaan karier lakonannya di mana dia sangat di minati peminat oleh kerana imejnya yang sopan dan manis. Lantas dia masih mengekalkan imejnya sehingga kini tanpa ada sebarang isu yang terbangkit.
Mengikuti perkongsiannya itu, Mia kelihatan pasrah dan hanya berpegang teguh kepada pendiriannya–berpakaian sebegini kerana Allah SWT. Dia juga turut menjelaskan lagi apa terbuku di hatinya dan ingin semua faham dengan jelas.
“Ada yang cakap I takkan istiqamah…ada yang cakap husbandI tak support,
Ads
“I kuatkan hati because I know I did the right thing. For the sake of Allah SWT, I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik,
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah SWT terus menjaga niat hati I dan kita semua,
“Sisters, semoga Allah SWT memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra.” itu lah apa yang di letakkan pada ruangan kapsyen di posting miliknya.
Dia berharap meski apa pun yang di perkatakan itu adalah cabaran buat dia bagi menghadapi dugaan dari Allah SWT. Juga tidak melepaskan peluang, Mia atau nama sebenarnya Samihah binti Ahmad Baderi, 34, memberi kata-kata semangat buat semua yang ingin mengorak langkah kearah kebaikan.
Ads
Tidak semua anggap Mia seperti ‘Mak Cik’
Walaupun ada yang menggelarkan gaya tudungnya yang labuh itu seperti ‘Mak Cik’, dia tetap menjadi idola kepada peminatnya. Ada juga yang menitipkan doa dan pujian oleh kerana penampilannya yang menjadi inspirasi bagi mereka untuk berhijrah.
Meninjau ruangan di komen, ramai yang puji akan penampilannya itu.
“Cantiknya kak Mia, teringin nak labuh tudung macam itu, mak pulak tak kasi,
Ads
“Ya Allah SWT…kak Mia sumber inspirasi semoga kita semua istiqamah untuk kearah kebaikan,
“Alhamdulillah dah pakai tudung labuh, Semoga istiqamah selalu, Aamin.” antara komen yang di berikan.
Kita antara yang melihat perkembangan seseorang individu itu perlu berjaga-jaga dalam pertuturan untuk berkata mengenai mereka. Seperti apa yang kita biasa dengari–Buat dosa kepada Allah SWT, kita boleh memohon kemaafan dan insyaAllah di terimaNya, buat salah kepada sesama manusia, adakah betul mereka hendak memaafkan kita?
Hijabi pernah dengar tak tentang teknik kecantikan Chizu Saeki Method? Chizu Saeki adalah nama pakar penjagaan kulit wajah (skincare) di jepun.
Beliau merupakan pelopor yang mencipta teknik Chizu Saeki Method agar kecantikan dan kesegaran kulit wajah wanita Asia dapat dipelihara.
Haa.. Di sini hijabista kongsikan bagaimana cara Hijabi boleh melakukan Chizu Saeki Method ini. Jom semak!
Bagaimana Cara Melakukan CSM?
Chizu Saeki Method atau lebih dikenali sebagai CSM merupakan sebuah teknik skincare dimana hinabi memerlukan kapas dan hydrating toner untuk menjadikan dua bahan ini sebagai masker. CSM ini sering digunakan oleh para wanita Jepun. Jadi tidak hairanlah, kukit wajah mereka sentiasa halus dan mulus.
Sebelum melakukan CSM, anda perlu menyiapkan kapas muka yang nipis, air panas dan hydrating toner. Bila sudah siap, jangan lupa untuk membersihkan wajah terlebih dahulu. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan CSM.
• Pertama, rendam kapas dengan air pamas. Kemudian perah kapas hingga menjadi sedikit lembap.
• Seterusnya, rendam kapas tersebut dengan hydrating toner.
• Jika hijabi menggunakan kapas yang nipis, terus letakkan kapas tadi di wajah seperti masker. Tetapi, jika kapas yang anda gunakan tebal, pastikan anda nipiskan kapas menjadi beberapa bahagian terlebih dahulu.
• Biarkan berperap di muka selama lebih kurang 3 minit.
• Setelah 3 minit, tanggalkan kapas pada wajah dan oleskan pelembap (moisturizer) pada wajah.
• Hasilnya, kulit anda akan menjadi lembut, halus dan mulus sekaligus bebas kering dan mengelupas!
CSM merupakan teknik skincare yang mempunyai banyak manfaat. Antara manfaat yang hijani boleh dapatkan jika mengamalkan CSM ini adalah, skin barrier menjadi jauh lebih kuat. Peredaran darah semakin lancar dan tentunya kulit menjadi lebih segar dan terjaga kelembapannya. Malah, kulit anda akan menjadi lebih anjal dan elastik!
Pelakon terkenal tanah air, Fauziah Nawi, 69, menceritakan nasibnya yang sanggup menyertai cabutan bertuah di Karnibal Ekspresi @Finas yang telah berlangsung di Kompleks Finas, Hulu Kelang pada Oktober lalu.
Katanya ingin mencuba nasib untuk mendapatkan ganjaran yang lumayan–sama ada kereta mahupun motosikal. Namun, nasib tidak menyebelahinya ketika itu, dia tidak dapat apa-apa ketika sesi cabutan bertuah itu.
Menurut temu bual bersama Harian Metro, Fauziah Nawi atau sering dipanggil Ibu Fauziah menceritakan cara untuk sertai cabutan bertuah itu. Walaupun tidak menang, dia akur dengan keadaan itu.
“Kalau nak dapat cabutan bertuah, kena beli barang berjumlah RM30. Saya beli dua barang tapi mereka bagi empat baucer cabutan. Saya cuba nasib kalau tak dapat kereta, dapat motosikal pun jadilah dan boleh jual,
“Malangnya saya tak dapat apa-apa. Selepas itu saya cerita kepada adik dan dia pujuk saya. Katanya Allah nak bagi yang lebih besar.” katanya.
Namun, kata-kata adiknya itu seolah-olah menjadi kenyataan apabila Ibu Fauziah dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa 2022 sewaktu malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA) 2022 pada 30 Oktober lalu. Itu terjadi selepas beberapa hari dia sertai sesi cabutan bertuah di Finas itu.
Pengiktirafan itu menawarkan dia sejumlah hadiah yang yang lumayan. Hadiah yang diterima olehnya adalah berbentuk sebuah kereta Mitsubishi Xpander bernilai RM100,000, dan juga wang tunai RM10,000 serta trofi.
“Macam tak percaya pun ada. Saya tak pernah beli kereta besar macam ini. Paling besar pun kereta jenis Proton Waja pada 2007. Itu kereta terbaik yang saya ada,
“Semua kawan-kawan artis saya gembira dengan pemberian ini. Maknanya harapan untuk mereka pun ada (untuk dapat pengiktirafan serupa),
“Allah cakap kalau dah rezeki, kita tak perlu risau. Saya rasa dengan ini ada harapan untuk semua orang. Saya percaya kalau kita buat kerja betul lama-lama orang nampak.” ujarnya lagi.
Menurut Ibu Fauziah lagi, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah kenderaan sendiri sejurus kereta Proton Waja miliknya itu musnah akibat terbakar pada fius empat tahun lalu.
Anak-anak istimewa yang terdiri dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ini selalunya dikurniakan akal fikiran yang kuat dan hati yang terang, meski diuji dengan ketidaksempurnaan.
Begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh seorang gadis istimewa yang dikenali sebagai Sayidah Fatimah Nabihah, yang berusia 19 tahun apabila diuji dengan penyakit Autisme.
Pelajar Sekolah Tahfiz Sejak Usia 13 Tahun
Namun, ketidaksempurnaan yang dimiliki bukanlah halangan untuk dia berjaya sebagai umat Islam dan mempelajari bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan menghafaz sebanyak 23 juzuk daripada kitab suci Qalamullah itu.
Hijabista difahamkan bahawa, hijabi istimewa anak kelahiran negeri bawah bayu, Labuan Sabah ini merupakan penuntut di Sekolah Tahfiz berasrama di Madrasah Darul Hadis sejak usianya 13 tahun lagi.
SubhanaAllah bertapa besarnya keagungan Allah yang telah mengurniakan akal fikiran dan hati yang terang buat hijabi istimewa ini sehingga mampu menghafaz bait-bait ayat dalam kitab suci walaupun diuji serba kekurangan.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Fatimah apabila dia gagal menamatkan pengajian kerana seringkali mengalami ‘tantrum’ di asrama dimana dia melaksanakan pengajian Al-Quran, ekoran masalah Autisme yang dihadapinya.
Cakna berkenaan permasalahan yang dihadapi adik istimewanya, kakak kepada Fatimah yang dikenali sebagai Sayidatul Syahirah atau dikenali sebagai Humaira berusia 32 tahun tidak patah semangat.
Justeru, Humaira mengambil satu inisiatif untuk memberikan sepenuh perhatian kepada adiknya itu dan melakukan perniagaan mudah, bertujuan untuk membantu perkembangan kognitif Fatimah agar dapat terus berkembang.
“Saya mencipta sistem perekodan jualan yang mudah, di mana ia dapat membantu adiknya untuk memasukkan data jualan dengan tepat dan mudah.
“Saya buatkan rekod jualan guna tick (/) untuk mudahkan pengiraan. Tick berwarna pula untuk bayaran tunai / tanpa tunai untum memudahkan Fatimah melakukan urusan merekod jualan,” ujar Humairah menerusi hantaran Facebook yang dibuat
dalam kumpulan Facebook, Autisme Malaysia baru-baru ini.\
Menurut Humaira lagi, selain merangsang perkembangan ‘kognitif’ Fatimah, aktiviti
Perniagaan mudah yang dicipta ini, dalam masa sama mampu memupuk sifat berdikari dalam diri Fatimah kelak.
Jadi Fatimah mampu menjaga dirinya sendiri jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku kepada Humaira.
“Dalam kedai kecil tersebut, semua makanan ringan dan aiskrim Malaysia akan dijual dengan harga serendah RM1.
“Melalui kaedah ini, sekurang-kurangnya Fatimah mampu menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk membantu kehidupannya,” kongsi Humaira.
Sekadar info, sejak dikeluarkan dari asrama. Fatimah kini tinggal bersama Humaira. Malah, Humaira kini bertindak membantu Fatimah untuk memulakan perniagaan mudah miliknya.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...