Kecoh di media sosial kelmarin apabila pelakon Fatiya Latiff dikatakan bersolat dalam kereta. Pelbagai pendapat mengenai perbuatannya ini dan terbaru Imam Muda Asyraf berkata solat dalam kenderaan dibolehkan, tetapi dengan syarat ditunaikan atas sebab darurat.
Beliau melalui Astro Awani berkata walaupun dianggap darurat tetapi tiak boleh diambil ringan kerana yerdapat syarat yang perlu dipatuhi untuk satu situasi diklasifikasikan sebagai darurat.
Menurut pendakwah bebas ini juga dia tidak tahu situasi selebriti berkenaan sehingga dia mengambil keputusan untuk menunaikan solat dalam kereta.
Ads
“Tetapi secara umumnya, solat dalam kereta dibenarkan jika benar-benar dalam keadaan darurat. Contohnya jika tersangkut dalam kesesakan jalan raya, dari tidak ada peluang langsung untuk keluar kereta dan singgah di mana-mana untuk solat,” katanya.
Tambah Imam Muda Asyraf juga dalam keadaan darurat ada dua pilihan iaitu boleh melakukan solat jamak takhir, contohnya jika terlepas waktu Maghrib atau boleh dilakukan dalam kereta.
Ads
“Jika masih ada peluang untuk singgah ke surau di stesen minyak, atau di mana sahaja lokasi yang membolehkan solat seperti biasa dilakukan, tak sepatutnya tunai solat dalam kereta,” jelasnya yang turut mengingatkan masyarakat agar tidak ambil remeh soal kemudahan yang diberi dalam menunaikan solat, kerana ia ibadah wajib dan merupakan rukun Islam.
Setiap orang berpotensi untuk mengalami masalah kulit wajah, tidak kira lelaki atau wanita. Dan antara masalah yang sering dihadapi adalah jerawat hingga boleh menyebabkan berlakunya breakout. Namun jika kena cara dan produk digunakan, masalah kulit wajah dialami boleh pulih sepenuhnya.
Perkongsian dari lelaki ini menggunakan akaun @Fazeeeeeem di laman twitter yang memberitahu dia juga pernah berdepan masalah kulit wajah hingga alami breakout. Namun akhirnya pulih setelah menggunakan produk bersesuaian hasil tip dari @MaisarahMahmud.
Muka tak pernah breakout sebelum ini, tapi sebab alami stress dan pakai chemical exfoliate menyebabkan kulit wajah jadi teruk.
Terima kasih pada keluarga dan kawan-kawan yang banyak beri sokongan sepanjang proses pemulihan. Rutin penjagaan wajah terbahagi kepada siang dan malam.
Waktu siang, rutin penjagaan bermula dengan penggunaan simple cleanser. Tetapi sebelum buat apa-apa, pastikan cuci tangan dengan sabun dan guna tisu basah untuk lap wajah.
Untuk cucian wajah, guna produk ini dan apply perlahan-lahan guna tiga jari tengah.
Kemudian apply toner menggunakan kapas muka yang dibeli dari drugstore berhampiran.
Proses seterusnya dan guna dengan tangan bersih.
Juga gunakan produk ini untuk proses pelembap.
Akhir sekali gunakan sunscreen untuk siang dan malam. Tapi pastikan sentiasa apply pelembap sebelum letak sunscreen.
Untuk penjagaan malam sama seperti waktu siang. Cuma untuk malam ada tambahan penjagaan wajah.
Caranya untuk rawat jerawat menggunakan masker diperbuat dari kayu manis dan telur. Dipakai setiap hari sebelum lakukan penjagaan kulit wajah waktu malam.
Tapi diingatkan jangan sesekali pakai oxy ni dengan mask kayu manis tadi. Guna produk ini untuk kecutkan jerawat.
Ini pula caranya buat teknik double cleansing untuk hilangkan kotoran berlebihan. Lakukan dengan tangan bersih dan laukan satu atau dua kali seminggu.
Ini rutin penjagaan wajah yang dilakukan olehnya.
Tip tambahan buat masker guna tomato dan madu yang dibuat sendiri.
Atau buat toner dari kentang yang diparut dan ambil airnya untuk dijadikan toner sebelum pakai masker kayu manis.
Juga apply serum dari jenama ini.
Ini semua produk yang digunakan untuk pulihkaan wajah.
Semuanya kos dalam RM500, berbaloi dengan hasil yang diperolehi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal selebriti Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta. Sebelum ini Che Ta ada memberitahu mahu memperbaiki penampilan dirinya ke arah lebih Muslimah. Ternyata niatnya itu sangat bagus memandangkan populariti Che Ta boleh memberi impak kepada orang sekeliling.
Ketika ditemui baru-baru ini, Che Ta memberitahu tidak susah seseorang itu untuk berubah ke arah yang lebih baik dengan mencari ilmu di luar sana.
“Sekarang nak belajar agama banyak cara yang mudah. Follow je ustaz yang boleh kita yakini dan kenal pasti ilmu agamanya. Dari situ kita akan lebih mempelajari ilmu agama secara mendalam dengan mereka ini.
“Macam sekarang saya akui ada follow mereka yang tidak bertudung. Tetapi bila kita like dan share orang tak pakai tudung, selama mana kita kongsi gambar itu kita akan tanggung dosa. Oleh sebab itu saya dah jarang like atau share gambar mereka yang tak berhijab,” ujarnya yang sejak mengetahui perbuatan itu salah, dia terus tidak lagi berbuat demikian.
“Ia sebenarnya haram. Selama mana kita letak di Instagram kita, selama itulah kita kena tanggung dosa sebab kita menyebarkan gambar mereka yang tidak menutup aurat.
“Saya tak nak bila kita ada follower yang banyak di Instagram, tetapi tak kongsi benda yang bagus dan bermanfaat untuk orang lain.
“Malah kalau ada yang DM tanya berapa harga untuk review barang, saya bagi tahu balik kalau ada produk bagi je dan tidak akan kenakan sebarang caj. Kebanyakan mereka tidak ada bajet dan saya akan review produk mereka.
“Bukan maksudnya wajib promote, tapi bagi saya itu seperti tanggung jawab. Apa gunanya ada follower yang banyak tetapi tidak gunakan untuk menolong orang lain,” jelasnya lagi yang mempunyai follower lebih 4 juta di laman sosial, Instagram.
Nama Nabila Razali bukanlah asing dalam industri muzik tanah air. Kekuatan vokal serta melodi lagu yang berbeza (urban) melonjakkan namanya dalam persada seni tanah air. Single Peluang Kedua yang sering kali diputarkan di corong radio menjadi tiket bagi dirinya untuk bertapak lebih kukuh dalam industri ini. Pun begitu, Nabila tidak hanya fokus dalam bidang nyanyian sahaja malah dia juga melebarkan sayap kariernya dalam bidang lakonan.
Pernah membintangi beberapa drama sepertiHikayat Cinta Si Pematah Hati sebagai Wafeen Wardah menjadikan Nabila Razali artis yang versatil. Melangkah lebih tinggi lagi, Nabila juga pernah membintangi sebuah filem bertajuk Keluarga Iskandar The Movie. Walaupun jadualnya padat, namun Nabila masih kekal ceria, aktif dan masih mampu tersenyum di hadapan khalayak Team Hijabista berkongsi rahsia Nabila menjaga kecantikan wajah dan kesihatan.
1.Apakah definisi kesihatan bagi Nabila? Bagi saya, maksud kesihatan yang baik itu apabila tubuh badan sentiasa mempunyai stamina yang cukup untuk melakuan apa jua aktiviti.
2.Di usia yang muda, bagaimana Nabila mengekalkan momentum untuk melakukan segala aktiviti harian? Saya mengamalkan pengambilam supplement,vitamin terutamanya vitamin c dan sentiasa minum air sebelum memulakan hari saya. Pengambilan air yang cukup juga menghindari tubuh saya dari dehidrasi.
3. Adakah Nabila mempunyai waktu terluang untuk memanjakan diri? Mungkin ke spa? Ya. Saya suka pergi ke spa untuk scrub dan massage. Ia membuatkan tubuh saya menjadi segar dan kulit lebih sihat.
4. Mengenai kesihatan kulit, apakah rejim kecantikan yang Nabila amalkan? Sebagai wanita, kulit antara bahagian yang paling penting bagi saya. Albella Beauty adalah produk kecantikan pilihan saya dan untuk hasil yang terbaik, saya melakukan scrub 3 hari sekali.
5. Bagaimana pula dengan senaman? Adakah Nabila peminat gym? Oh, saya tidak ke gym tapi saya lakukan senaman ringkas yang tidak memerlukan alatan seperti jogging dan sebagainya bersama rakan-rakan. Selalunya, saya juga akan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Itu sudah memadai.
6. Selain berjumpadoktor,apakah yang Nabila akan ambil apabila demam panas atau selsema? Selalunya air honey lemon dan mandi dengan air panas membantu mengurangkan demam atau selsema saya dengan cepat.
7. Bagaimana pula dengan rawatan tradisional? Bagi saya, rawatan tradisional ada kalanya masih relevan, namun saya lebih suka untuk berhubung dengan doktor sekiranya saya sakit.
8. Kongsikan mengenai amalan diet Nabila. Diet saya sangat mudah dan ringkas. Saya akan ambil nasi dengan kuantiti yang sedikit berbanding lauk.Apa yang penting,menu saya pasti ada
sayur kerana sayur-sayuran mengandungi banyak khasiat. Oh ya! Saya juga agak cerewet apabila berkaitan dengan daging ayam dan sebagainya kerana saya akan asingkan lemak terdahulu.Saya tidak makan lemak.
9. Kongsikan tip ringkas untuk sentiasa kekal sihat dan cergas.
Pengambilan air yang cukup sangat penting untuk memastikan tubuh badan segar dan sihat.Bahkan kita juga tahu mengenai kebaikan meminum air kosong. Selain itu juga, pemakanan yang seimbang wajib dipraktikkan kerana ia membantu untuk kekal sihat, dan mendapatkan bentuk badan yang ideal.
10. Apakah nasihat Nabila tentang penjagaan kesihatan tubuh badan terutamanya kepada seluruh kaum wanita di negara ini?
Sebagai seorang wanita, kulit adalah antara bahagian paling penting yang harus dijaga dengan betul. Tambahan pula hari ini,keadaan cuaca yang tidak menentu serta pencemaran alam sekitar terutamanya udara yang semakin meluas mendedahkan kita kepada banyak penyakit kulit. Jadi, jagalah kesihatan, kebersihan dan kecantikan kulit untuk mendapat kelembapan yang cukup serta tona kulit yang sekata.
Tahun ini jenama fesyen terkenal tanah air, LEEYANARAHMAN menampilkan koleksi eksklusifnya sempena lebaran 2025 dengan cara tersendiri. Dengan kapasiti besar, LEEYANARAHMAN memilih Stadium Merdeka...