Semenjak pelancaran Program Menu Rahmah, ramai golongan miskin B40 dapat membeli sajian makan tengah hari dan juga malam dengan harga serendah RM4.90 sahaja.
Meski pun ia merupakan satu insiatif yang baik tetapi merujuk kepada segelintir pihak peniaga ada menyuarakan ketidakpuasan hati ekoran kerugian yang mereka alami kerana penetapan harga yang begitu rendah.
Artikel berkaitan: 10K Pelarian Syria, Terima Manfaat Dana Satu Juta Dalam ‘Misi Bantuan Musim Sejuk 2022’
Apa Salahnya Kita Kongsi Rezeki?
Perkongsian seorang TikToker dikenali sebagai Abang Chik menyuarakan pendapatnya berkenaan isu ini di sosial medianya. Katanya, sebagai peniaga dia tidak merasa gusar untuk sertai program ini dan gembira untuk lihat keluarga yang datang bersama anak-anak untuk menikmati juadah bersama.
“Sejak kerajaan mula lancarkan Menu Rahmah ini, Abang Chik ada terfikir mampu atau tidak,
“Tapi bila buat semula kiraan dengan teliti, masih ada ruang untuk abang sertai dan mula lakukannya di kedai abang sendiri,
“Alhamdulillah, Abang happy sangat lihat ada keluarga yang datang bawak anak-anak 5-6 orang order hidangan Menu Rahmah.” katanya.
Menurut pemilik Restoran Burger Warisan D’Gazebo di Telok Panglima Garang itu, masih ada jua keuntungan yang dikaut walaupun jualan makanan hanya berharga RM4.90 hingga RM5.00. Semuanya terpulang kepada mentaliti peniaga untuk berfikir secara positif atau negatif dalam meniaga.
“Jujur kata, bukan semua orang mampu untuk datang dan makan di restoran,
“Bila Abang Chik buat kira-kira semula, ada juga untung yang diperolehi dalam linkungan RM1.50 hingga RM2.00. Ada untungnya,
“Bila kita ni fikir side negatif kita akan rasa marah dan banyak kekurangan. Bila pula kita fikir positif, Alhamdulillah.” ujarnya.
Artikel berkaitan: Tampil Berhijab Tanda Hormat, Salur Bantuan RM29,000 Kepada Masjid, Penampilan Hannah Yeoh Mempersonakan!
Meniaga Dengan Ikhlas Dan Kreatif!
Katanya, kerjaaan tidak menyekat untuk peniaga jual menu tertentu pada hidangan RM4.90 itu. Malah, peniaga boleh menjual mengikut kreativiti yang boleh membantu golongan B40 ini menikmati hidangan seperti orang lain.
“Menu Rahmah ini tak perlu pun untuk anda perlu letak sayur atau ayam dalam hidangan itu. Mesti ikut berat tertentu…tidak. Kerajaan tak tetapkan pun,
“Cuma kerajaan lancarkan kempen Menu Rahmah ini di jual pada harga RM5 ke bawah. Jadi ikut kreativiti anda untuk cipta menu tersendiri. Kira pula kos anda sendiri,
“Abang Chik sediakan dua hidangan; Nasi Ayam Kicap dan Nasi Kari Ayam. Jadi akhir kata, kita buat apa yang kita mampu, kita buat apa yang kita boleh buat.” nasihatnya buat para peniaga yang masih takut untuk ikuti program ini.
Sekadar info, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH), Datuk Seri Salhuddin Ayub berkata program ini tidak membebankan peniaga malah ianya satu inisiatif secara sukarela buat para peniaga. Peniaga juga boleh hentikan penjualan Menu Rahmah jika perniagaan mereka mulai merudum.
Sumber: TikTok @abgchik66 dan TheStar
@abgchik66 Menu Rahmah Apa pendapat Kauorg 😩 #menurahmah #abangburger🇲🇾 #burgerman🍔🍟 ♬ original sound – 𝘼𝘽𝘼𝙉𝙂 𝘾𝙃𝙄𝙆 🎭
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI