Alhamdulillah personaliti popular, Azrinaz Mazhar Hakim telah selamat melangsungkan pernikahannya dengan Imamnya, Fairos Khan Abdul Hamid yang dikenali sejak 20 tahun lalu. Pasangan ini selamat diijabkabulkan di kediaman Azrinaz sendiri berwaikan bapanya. Dalam majlis penuh sederhana itu, Azrinaz dan pasangannya memilih persalinan serba putih di hari bahagia mereka. Keduanya-duanya kelihatan berseri-seri dengan persalinan kurung moden dan baju Melayu Teluk Belanga.

Setelah 20 Tahun Kenal Imamnya, Azrinaz Mazhar Hakim Selamat Bernikah & Pilih Persalinan Rona Putih Di Hari Bahagia

Persalinan yang cukup simple tetapi kelihatan mewah berwarna putih melambangkan ikatan suci dua jiwa dalam melayari kehidupan berumah tangga. Busana ini adalah dari rekaan pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim.

Bismillahirrahmanirrahim. Dikesempatan ini saya mengumumkan pada 1 May lalu bersamaan 15 Syaaban 1439H jatuh pada hari Nisfu Syaaban, saya telah selamat diijabkabulkan bersama sahabat yang dikenali sejak 20 tahun lalu dan hanya menjalinkan hubungan rapat setahun lepas • Setelah mengenali hati budi, pasangan bujang bernama Fairos Khan Abdul Hamid menjadi ‘mangsa’ Beliau yang memahami rentak kehidupan dan kehendak saya berlatarbelakangkan TV penyiaran sebagai pekerjaan • Majlis diadakan di kediaman pengantin perempuan secara tertutup dihadiri keluarga terdekat dinikahkan oleh ketua Pendaftar nikah, cerai dan rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Ustaz Hazman Hashim berwalikan bapa saya. Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua • Tidak pernah sesaat sekalipun saya melupakan atau akan melupakan kedua-dua anakanda saya. Malah jika diberi peluang dan kesempatan, tanggungjawab dan kasih sayang sebagai ibu sentiasa sedia dicurahkan • Bukan material yang dicari, cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, menemani, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini dikala susah senang, cerdas dan sakit, sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua • Kami bukanlah sempurna, dengan ketidaksempurnaan inilah yang melengkapi kami berdua. Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan2 media terlebih dahulu mahupun sahabat handai • Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti • Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya segala usaha telah dipermudahkan dalam setiap perancangan yang hanya memakan masa 2 bulan • Akhir kata, tiada siapa yang lebih pakar, lebih pintar, lebih arif, lebih mahir dalam masa depan seseorang. Terimalah ketentuan jodoh seperti yang telah ditentukan Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui. Assalammualaikum ?? ??

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on

Dalam statusnya di laman instagram, Azrinaz mengumumkan pernikahan mereka ini berlangsung pada 1 Mei lalu bersamaan 15 Syaaban 1439H yang jatuh pada hari Nifsu Syaaban.

Setelah 20 Tahun Kenal Imamnya, Azrinaz Mazhar Hakim Selamat Bernikah & Pilih Persalinan Rona Putih Di Hari Bahagia

Beliau menjelaskan juga perkahwinan kali ini bukanlah material yang dicari tetapi padanya cukup sekadar seorang insan yang dapat membimbing, menemani, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi dirinya kala susah dan senang. Malah sewaktu dirinya cerdas, sakit dan sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua.

Ads

Seterusnya Azrinaz turut mengucap syukur ke hadrat Illahi kerana segala urusanya dipermudahkan kerana segala perancangan hanya memakan masa 2 bulan.

Setelah 20 Tahun Kenal Imamnya, Azrinaz Mazhar Hakim Selamat Bernikah & Pilih Persalinan Rona Putih Di Hari Bahagia

Walaupun telah mengenali suaminya 20 tahun lalu tetapi hubungan mereka rapat kembali setahun yang lalu. Azrinaz juga akur dengan jodoh yang tela ditentukan Tuhan kerana Dia lebih mengetahui.

Setelah 20 Tahun Kenal Imamnya, Azrinaz Mazhar Hakim Selamat Bernikah & Pilih Persalinan Rona Putih Di Hari Bahagia

Ads

Sebaik status dimuat turun, follower beliau turut mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini kekal hingga ke syurga.

zackyht4274 Tahniah..smoga bahagia till jannah…

kellyaqeenazman Tahniah..tahniah@azrinazmazharhakimsemoga berkekalan hingga ke jannah..slm dr org melaka..

sudarnee Tahniah semoga berbahagia dan kekal hingga ke jannah… Happy for you…

Ads

norlehaislam Alhamdulillah. Tahniah. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahnat Allah. Kekal bahagia hinggga ke jannah…

saridahredjuan You look so amazing n beautiful.. Congrats sis.. May GOD bless you n your husband always..

Setelah 20 Tahun Kenal Imamnya, Azrinaz Mazhar Hakim Selamat Bernikah & Pilih Persalinan Rona Putih Di Hari Bahagia

Hijabista ucapkan tahniah kepada kedua mempelai dan semoga hubungan yang baru dibina berkekalan ke akhirnya.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM RIZALMANAZRINAZ MAZHAR HAKIM

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI