Tiada apa yang lebih menarik apabila dapat disatukan serta dikumpulkan bersama-sama rakan seperjuangan dalam sebuah majlis ilmu. Begitulah perasaan yang diluahkan oleh barisan selebriti popular apabila dapat bersama-sama meluangkan masa mendengar ceramah dari insan yang dihormati.
Antara pelakon yang menzahirkan rasa syukur ialah pelakon popular tanah air, Erra Fazira apabila berpeluang meluangkan masa menghadiri Majlis Eksklusif Ramah Mesra Ustaz Wadi Annuar Bersama Selebriti pada 27 Mei bersamaan 27 Syawal 1443H yang lalu.
Menerusi perkongsian dalam akaun Instagramnya, Erra Fazira ataupun nama sebenar Fazira Wan Chek berkongsi rasa syukurnya kerana dapat berkumpul bersama-sama dengan sahabat dan insan yang dihormati.
Alhamdulillah malam yang indah bila dapat berkumpul dengan sahabat dan insan yang baik dan dihormati. Moga ini menjadi asbab untuk kita terus istiqomah mencari syurga. Moga dengan izin-Nya, pertemuan pertama ini memberi perspektif baru dalam kita menyebarkan perkongsian kepada semua. InsyaAllah Amin.
Tambahnya lagi, biarpun ia merupakan perjumpaan yang sebentar, namun banyak ilmu bermanfaat yang diperolehi dan dapat dibawa pulang untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri.
Terima kasih team bagi menganjurkan sesi berhari raya bersama figura yang dihormati Ustaz Wadi Annuar. Walaupun perjumpaan hanya sebentar tapi ada ilmu bermanfaat yang dapat kami bawa bersama. Terima kasih Ustaz.
Erra juga turut berharap agar sesi seperti ini dapat diteruskan untuk menyemai nur Islam dan memberi peringatan kepada semua orang.
Barisan artis yang hadir ke majlis tersebut juga meluahkan rasa syukur mereka kerana berpeluang menghadiri ke majlis ilmu tersebut. Menurut Lisa Surihani, ia merupakan sebuah majlis ilmu yang menginsafkan diri untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri dan istiqomah ke jalan yang diberkati-Nya.
Datuk Seri Siti Nurhaliza juga menyatakan bahawa ia merupakan sebuah majlis yang amat bermakna apabila golongan alim ulamak atau pendakwah dapat bermusyawarah dengan anak seni untuk mengajak membuat kebaikan.
Majlis Eksklusif Ramah Mesra Ustaz Wadi Annuar Bersama Selebriti merupakan sebuah majlis ilmu dan sambutan hari raya yang membincangkan topik membuat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW hingga akhir hayat. Antara selebriti yang turut hadir seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Lisa Surihani,Rozita Che Wan, Betty Banafe, PU Haris, Dato K dan lain-lain lagi.
Sumber gambar: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira & Lisa Surihani.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertama Kali Buat IVF Gagal, Farrah Adeeba Tak Akan ULANG Lagi, Walaupun Teringin Nak Rasa Pengalaman HAMIL
Melihat kelincahan wanita ini bagai tidak menduga dia pernah diduga dengan ujian maha hebat. Siapalah dia mahu menolak qadar dan qadar Tuhan. Walaupun jauh di sudut hati mahu menimang cahayamata sendiri, namun Tuhan masih belum mengurniakan rezeki padanya. Personaliti Farrah Adeeba yang sebelum ini gagal dalam ujian In Vitro Fertilization (IVF) tetap reda dengan apa yang berlaku. Dia kini tidak lagi menoleh ke belakang, kerana apa yang penting dirinya juga merupakan ibu kepada dua cahayamata angkat.
Ketika bertemu dirinya di majlis pelancaran Malaysia International Sport & Fitness Fair (MISFIT) 2018, lalu, wanita ini cukup aktif dalam mengendalikan program CSR kempen #stopperogoldarirumah yang dibawakan dengan kerjasama pelbagai pihak.
TIDAK MAHU RASA MENYESAL
Menurut Farrah Adeeba, dia sebenarnya reda dengan apa yang berlaku sebelum ini. Percubaan untuk menggunakan kaedah IVF dilakukan kerana tidak mahu rasa menyesal jika tak melakukannya. Tetapi hakikat sebenarnya dia memang seorang ibu kepada dua anak lelaki.
“Saya memang seorang ibu kepada dua anak lelaki yang sangat baik. Cuma dalam masa saya berharap jika dapat dikurniakan anak perempuan. Tetapi setelah percubaan pertama itu, saya bagi tau anak lelaki saya, terutama Muhammad yang ibu akan tunggu menantu dan cucu sahaja,” cerita Farah ketika ditanya mengenai percubaannya melakukan rawatan IVF hujung tahun lalu.
MUHAMMAD PALING KECEWA
Bercerita mengenai pengalamannya menjalani rawatan berkenaan, anak sulungnya Muhammad yang merupakan penyokong terkuatnya. Dia mengambil bahagian dalam setiap proses yang dilalui olehnya. Muhammad yang teman berjumpa doktor, ketika membuat suntikan, teman makan ubat dan dia juga yang mengingatkan Farah untuk berjalan perlahan sepanjang tempoh dua minggu berkenaan.
Menulis di laman instagramnya itu Farrah memberitahu Muhammad juga yang merasa sedikit kecewa apabila mendapat tahu keputusan ujian berkenaan negatif.
“Aktiviti fav dia selama 2 weeks wait pulak ialah google cari gambar baby yg montel montel dgn ibu. And i was purposely googling baby girl punya pics. Dia tak tau. Hehehehe. He wanted more brothers. Tapi kadang kadang dia redha dgn wish ibu sebab kesian tgk kita go thru pelbagai proceedure.
“Dia lah antara yg paling frust bila the pregnancy test was negative. When i said Allah nak bagi ibu menantu-menantu & cucu-cucu yg soleh/hah instead, jawapan itu ditolak mentah-mentah. Hahahahahaha… siap membebel penat lah mcm ni, rugi jer, stress jer bla bla bla mcm lah dia yg kena inject bagai for the past 2-3 months. Kita pulak balik balik kena motivate dia.
A post shared by Farrah Adeeba (@farrahadeeba) on
TIDAK AKAN LAKUKAN LAGI
Farah juga memberitahu insya-Allah dia tidak akan melakukannya (rawatan berkenaan) sebaliknya hanya akan fokus dan beri tumpuan kepada mereka berdua sahaja. Apatah lagi dia juga kini sibuk dengan kempen #stopperogoldarirumah yang dijayakan bersama MISFIT 2018.
Walau bagaimanapun bagi mereka yang mahu terus mencuba dapatkan anak melalui kaedah ini Farah memberitahu kita sebagai ibu diberi hati dan perasaan oleh Tuhan dan berapa banyak kanak-kanak lain di luar sana yang memerlukan kasih sayang kita sebagai ibu. Jadi tidak salah pergi dapatkan mereka dan curahkan kasih sayang yang sepatutnya.
Dia juga sebenarnya cukup beruntung kerana mempunyai anak-anak yang begitu menyayagi dirinya sepenuh hati. Anak-anaknya memberitahu mereka sayang dirinya, mencium dan memeluknya setiap hari.
NAK RASA PENGALAMAN MENGANDUNG
Farah merasakan dirinya cukup beruntung kerana dikurniakan dua anak yang tahu menghargai kasih sayang yang diberikan. Ini kerana tidak semua ibu bapa diraikan oleh anak mereka dengan cara begini.
“Anak-anak saya cium dan peluk saya setiap hari. Saya sendiri tidak berkata begitu pada mereka. Dan inilah sebenarnya anugerah tidak ternilai dan berharga yang Allah berikan pada saya.
“Jadi saya tidak rasa kempunan untuk bergelar ibu kerana saya memang sudahpun menjadi ibu kepada anak-anak saya,” cerita Farah yang melakukan rawatan IVF kerana mahu merasai pengalaman mengandung.
Dan percubaan pertama itu sudah membuat dia puas hati dan Farah juga tidak sedih walaupun usahanya kali pertama itu tidak berjaya.
AKUI SEDIKIT BEREMOSI
“Saya memang jadi sedikit emosi pada hari berkenaan. Biasalah macam bila kita ambik exam. dah berusaha pasti kita nak capai kejayaan. Tapi dalam erti kata sebenarnya saya sangat gembira kerana sepanjang tempoh dua minggu (dalam rawatan) saya tak boleh langsung angkat benda berat, lagi-lagi anak saya.
“Jadi apabila rawatan berkenaan gagal, saya gembira dapat peluk dan angkat baby saya semula. Rasulullah juga ada berpesan untuk kita berkata alhamdulillah dalam apa jua situasi. Jadi itulah yang saya ucapkan dengan ujian yang diberi oleh Allah ini,” tambahnya yang berkata, insya-Allah percubaan rawatan berkenaan adalah yang pertama dan terakhir kerana selepas ini mahu beri tumpuan pada anak-anaknya.
Bercerita kempen #stopperogoldarirumah ini Farah menekankan kepada semua golongan masyarakat harus peka dengan persekitaran. Perlu ada sikap ambil peduli untuk terus melaporkan jika melihat sesuatu yang mencurigakan berlaku sama ada adik perempuan, anak murid atau anak mereka sendiri.
Mangsa dalam hal ini perlu tahu jalan keluar dan ibu-ibu juga harus bersuara kerana apa yang kita tahu kes sudah mengandung. malah bapa juga perlu bercakap dalam soal ini yang sudah menjadi satu masalah serius dalam masyarakat kita.
Kempen ini juga sebenarnya akan mengajar di mana semua masyarakat perlu jadi berani pada tempatnya. Dan kita juga mahu kongsi bahawa ada platform yang menyediakan kemudahan ‘on stop centre’ bagi yang berhadapan masalah ini.
Inilah informasi yang kita mahu beritahu pada masyarakat kerana ramai yang tidak tahu mengenainya. Dan akhir sekali paling penting adalah pencegahan kerana ia lebih penting dari merawatnya. Kita juga akan masukkan Al-Quran dan sunnah dalam kempen berkenaan.
A post shared by MISFIT RUN (@misfitrun) on
Misfit 2018 akan melibatkan pemain industri sukan tempatan dan antarabangsa seperti profesional, pengilang, pengimport, pengeksport dan peruncit. Mereka adalah yang terlibat dalam aksesori dan pakaian sukan, kelengkapan dan fasiliti sukan, pendidikan dan sekolah sukan, acara dan pertandingan sukan, makanan sihat dan tenaga, sukan pemulihan dan rehat serta e-sport.
Akan diadakan buat julung kalinya di dua lokasi iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Ogos dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 5 hingga 7 Oktober nanti.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARRAH ADEEBA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Jamu Sejak Remaja, Rahsia Cantik & Sihat Diana Rafar. Juga Amalkan Mandian Ais Dari Herba Terpilih!
Jika orang lain berlumba-lumba menjaga kecantikan kulit wajah dan tubuh badan menggunakan teknologi moden, tetapi bagi pelakon jelita Diana Rafar lebih senang menggunakan cara tradisional yang diajar oleh arwah ibunya, Allahyarhamah Rasimah Abd Rahman sejak turun temurun.
Diana memberitahu dia memang begitu menjaga kecantikan dan kesihatan dalamannya sejak zaman remaja lagi. Ini adalah untuk mengekalkan kecergasan dan sentiasa kekal cantik walaupun usia sudah semakin bertambah.
Menurut Diana dia mengamalkan petua turun temurun ini sejak usianya 13 tahun lalu. Semuanya dipelajari dari arwah ibunya, yang memang kaya dengan amalan petua tradisional.
“Sejak usia 13 tahun lalu Diana sudah amalkan makan jamu. Bahan rempah ratus pula saya jadikan untuk lulur. Selain itu Diana turut amalkan mandian ais dan juga terapi daun-daun herba untuk dijadikan mandian.
“Salah satu petua yang Diana selalu amalkan kalau badan rasa sangat lemah atau berdepan tekanan serta emosi Diana akan amalkan mandian ais.
“Mandian ais ini dicampur dengan garam serta bahan herba terpilih secara tradisional untuk dibuat mandi ataupun sapu di muka untuk menaikkan aura serta meningkatkan kecergasan kulit,” katanya yang mengamalkan cara ini sebulan sekali, ketika ditemui baru-baru ini.
Selain itu Diana turut berkongsi petua kecantikan lain yang diamalkan terutama setelah habis pantang adalah dengan mandi air herba terpilih.
“Selalunya bila habis tempoh berpantang, arwah mak selalunya akan minta Diana mandian air rebusan herba terpilih seperti serai wangi, sireh, daun limau, serai, daun limau purut, halia yang dicampurkan semuanya dan dimasak sampai mendidih. Kemudian mandi ketika airnya masih suam sebanyak tiga kali sehari.
“Manfaat air rebusan ini berupaya untuk meningkatkan semangat, mencantikkan kulit, melancarkan perjalanan darah, mengembalikan kecergasan serta dapat juga menurunkan berat badan.
“Bukan itu sahaja, ia juga turut menjadikan wajah jadi flawless dan juga menaikkan energi bila kita dalam keadaan lesu,” tambahnya yang memberitahu petua kecantikan dan kesihatan dalam ini telah diamalkan sejak turun temurun oleh nenek moyangnya.
Kecantikan Diana Rafar turut diakui oleh followernya di media sosial. Masing-masing memuji dirinya yang sentiasa kelihatan cantik dan sihat.
mashithaha Wa’alaikumussalam…cantik nya Moga bahagia hingga ke Jannah
aslegacy_bruneimuara Cantiknya
suzilamj Waalaikumussalam same to you cantik manis
eizarraa Subhanallah cantiknya sis
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DIANA RAFAR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 10 Serum Bulu Mata Terbaik Untuk Kesan Lebatkan dan Panjang Dalam Masa Seminggu
Tren eyelash extensions memang tengah hangat dikalangan si beauty junkie Namun, bagi anda yang ingin merehatkan mata dan tampil dengan bulu mata asli, kemungkinannya anda mungkin melihat mata seseorang pada suatu ketika dalam hidup anda dan bertanya-tanya, “bagaimana mereka mendapat bulu mata yang panjang?”. (Sekiranya belum, ada kemungkinan anda adalah orang yang bernasib baik dan tidak memahami apa masalahnya).
Selama berabad-abad, bulu mata telah menjadi tanda kecantikan. Bagi kita yang belum bernasib baik, dengan bantuan serum bulu mata, tidak ada alasan untuk anda tidak mempunyai bulu mata panjang yang cantik. Berikut beberapa serum bulu mata terbaik untuk kesan lebih panjang dan lebat:
1. Avance Lash Serum Ex – Serum bulu mata terbaik untuk trichotillomania
Trichotillomania (juga dikenali sebagai ‘gangguan penarik rambut’) boleh menjadi gangguan yang sangat melemahkan bagi sesetengah orang. Bagi mereka yang berusaha mengatasinya, produk Avance terlaris ini bukan sahaja dapat mencegah kehilangan bulu mata tetapi juga mendorong pertumbuhan rambut baru dan yang sedia ada sambil mengekalkan kelembapan dan kesihatan.
2. Etude House My Lash Serum – Serum bulu mata terbaik untuk mata sensitif
Bulu mata yang sihat bermaksud mata yang sihat dan awet muda. My Lash Serum yang terkenal di Etude House menguatkan bulu mata dari akar sambil menenangkan mata yang letih dan sensitif. Ia juga memberi khasiat pada bulu mata untuk memberikan bulu mata yang elastik dan kuat.
3. Mary Kay Lash And Brow Building Serum – Serum bulu mata terbaik untuk penumbuhan semula
Mary Kay’s Lash and Brow Building Serum membawa anda selangkah lebih dekat dengan bulu mata yang sihat dan tebal, dengan hasil yang membanggakan hanya dalam 30 hari. Selain menjadikan bulu mata anda kelihatan lebat dan memaksimumkan, gunakan serum lembut ini pada alis anda juga agar kelihatan penuh dan awet muda.
4. Pink box cereal Cosmetics: Emergency Lash Serum – Serum bulu mata terbaik tanpa Prostaglandin
Prostaglandin boleh mengganggu individu tertentu. Yakinlah bahawa Serum Lash Kecemasan Pinkboxcereal Cosmetic dapat menjadikan anda bulu mata yang lebih gelap dan lebih padat tanpa kesan sampingan prostaglandin. Sebaliknya, ia diselitkan dengan minyak candlenut, kastor dan argan untuk menyuburkan bulu mata anda agar tetap sihat.
5. Shiseido Full Lash Serum – Serum bulu mata terbaik untuk memanjangkan
Sambungan bulu mata bukan lagi satu-satunya pilihan anda. Serum ini menggunakan ekstrak buah Zizyphus jojoba semula jadi untuk kepanjangan bulu mata yang diperlukan untuk mengibarkan sayap tersebut. Cukup sapukan pada waktu pagi dan pada waktu malam dan perhatikan bulu mata anda tumbuh kembali semula seiring bertambahnya usia.
6. Physicians Formula Eye Booster 2in1 Lash Boosting Eyeliner + Serum – Serum bulu mata terbaik untuk orang Asia
Anda tidak perlu menyalahkan keturunan anda untuk sebatan bulu mata Asia pendek anda dengan Physicians Formula’s Eye Booster. Serum ini merupakan eyeliner dan serum bulu mata yang bertujuan memberi anda bulu mata cantik dan hebat hanya dalam satu minggu. Ia juga diluluskan secara dermatologi untuk menjadi hypoallergenic dan bebas gluten!
7. Careprost Latisse/Bimatoprost – Serum bulu mata terbaik dengan Bimatoprost
Walaupun biasanya dipasarkan sebagai pilihan rawatan untuk glaukoma, Careprost juga digunakan untuk tujuan kosmetik untuk menggelapkan dan memanjangkan bulu mata. Ia meniru aktiviti prostaglandin, mendorong pertumbuhan dan ketebalan bulu mata. Namun, perhatikan bahawa hanya boleh digunakan di dasar bulu mata kerana menggunakannya di tempat lain di sekitar kawasan mata dapat menyebabkan kegelapan pada kawasan itu.
8. Revitalash Advanced Eyelash Conditioner – Serum memanjangkan bulu mata dengan waktu yang singkat
Ingin bulu mata yang lebih panjang dan tebal dalam waktu singkat? Revitalash Advanced Eyelash Conditioner jawabannya! Gabungan teknologi dari bahan kosmetik fungsional, peptides, dan pucuk tumbuhan, serum ini memiliki aplikator yang berbentuk seperti berus.
9. Apot.Care Optilash Lash Enhancing Serum – Serum melebatkan dan menyihatkan
Serum bulu mata ini telah diuji oleh opthalmoligist memiliki formula yang tidak menyebabkan iritasi, dan selamat digunakan. Apot.Care Optilash Enhancing Serum menjadi salah satu andalan utama untuk memanjangkan dan melebatkan, serta menyihatkan bulu mata.
10. Organys Lash & Brow Booster Serum – Serum bulu mata terbaik untuk bulu mata yang rosak
Bulu mata anda mungkin mengalami kebiasaan seharian tanpa anda menyedarinya (kerosakan dari maskara, pengeriting bulu mata, palsu dan banyak lagi). Serum dari Organys ini melindungi, memelihara dan mendorong pertumbuhan bulu mata anda yang cantik – semuanya tanpa penggunaan wangian, paraben, phthalates dan prostaglandin. Satu kemenangan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI