Banyak yang dapat kita lihat di medai sosial berkenaan isu menghina dan merendahkan orang lain oleh kerana imej atau rupa paras sesetengah individu. Meski pun tidak semua yang berkelakuan seperti ini, tetapi agak kesal di lihat apabila ramai yang masih ada pemikiran kolot.

Seronok Bergurau Tentang Rupa Paras Orang, Jangan Sampai Anda Pula Di Hina Dengan Begitu Teruk

Hakikatnya, manusia ini bukanlah siapa-siapa yang berhak untuk menghina sesama makhluk yang lain. Kita semua di ciptakan olehNya dan hanya Allah SWT sahaja yang berhak untuk menghukum seseorang. Penghinaan yang mereka lontarkan itu pula seakan-akan menghina ciptaan Allah swt.

Terdahulu, kita pasti akan dapat melihat secara terang-terangan berlaku sama ada pada kita atau orang lain apabila datang seseorang menerpa dengan niat yang tidak baik. Mungkin pada mereka ia sekadar teguran atau sindiran mahupun gurauan yang menjadi ‘kebiasaan’ untuk mereka.

“Kau tak cukup makan ke? Kesian kurus tulang sahaja.”

“Kau ini terlebih zat, cuba kurangkan sikit, kesian aku tengok badan kau. Nanti tua-tua banyak penyakit.”

Itu adalah salah satu contoh dialog yang sering kita lihat jika seseorang itu menerpa dengan ayat-ayat yang sengaja untuk membuatkan seseorang itu terasa sedih dan sangat kecewa dengan rupa paras mereka. Perkara ini sangat di tegah dari aspek sosial mahupun agama.

Artikel berkaitan: “Kita Tak Mampu Nak Kawal, Dalam Pertandingan Kena Terima Seadanya…” – Dewi Remaja

Ads

Seronok Bergurau Tentang Rupa Paras Orang, Jangan Sampai Anda Pula Di Hina Dengan Begitu Teruk

Semua ciptaan Allah swt mempunyai kelebihan dan juga hikmahnya tersendiri, mereka tidak di ciptakan  tanpa sebab. Cela yang mereka miliki itu sebenarnya hasil ciptaan Allah swt untuk mereka, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghina mereka atas sebab-sebab begitu.

Menurut firman Allah swt mengenai isu ini:-

لَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ فِيْٓ اَحْسَنِ تَقْوِيْمٍۖ

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian.” (Surah At-Tin, ayat 4)

Ads

Jika kita lihat di sosial media, terlalu ramai orang yang begitu bersahaja melontarkan komen serta kata-kata yang menghina orang lain atas dasar mereka tidak mengikut beauty standard yang menjadi pilihan orang ramai. Namun, adakah itu menjadi sasaran buat ramai orang untuk melepaskan geram dan mencerca rupa paras makhluk Allah swt yang lain?

Ketika zaman Rasulullah saw juga berlakunya perkara seperti ini di mana sebahagian dari sahabat baginda mentertawakan Saidina Abdullah bin Mas’ud oleh kerana beliau memiliki betis yang kurus. Lantas, Rasulullah saw menegur perbuatan tersebut:-

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَهُمَا أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ مِنْ أُحُدٍ

Maksudnya: Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya, kedua betis beliau (yang kamu ejek itu) lebih berat timbangannya dari Bukit Uhud (HR Ahmad)

Ada juga situasi yang pernah terjadi pada Saidina Bilal. Seorang sahabat pernah berkata dan juga mencerca warna kulit Saidina Bilal yang hitam. Tindakan sahabat yang tidak baik ini di tegur oleh Rasulullah saw:-

Ads

إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ

Maksudnya: Sesungguhnya engkau memiliki sifat jahiliah! (kerana mengejek sahabatmu) (HR al-Bukhari).

Jelas di sini kita dapat lihat meski pun kita hanya berniat untuk bergurau dengan seseorang, janganlah keterlaluan sehinggakan menghina rupa paras mereka. Ciptaan Allah swt adalah sempurna dari setiap makhluk tidak kira bagaimana kulit, bentuk, mahupun yang lain-lainnya, semua makhluk adalah unik. Ingatlah, jangan di sebabkan penghinaan kita terhadap orang lain, kelak kita akan di hina lebih teruk.

Sumber gambar: Canva

Artikel berkaitan: ‘Jangan Pernah Rasa Kita Rendah!’ -Syamira Finalis Dewi Remaja Beri Pesanan Buat Hijabi

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI