Makanan Korea kini bukanlah sesuatu yang asing lagi buat masyarakat di Malaysia. Fenomena muzik K-pop, pengaruh drama Korea(K-Drama) yang mula ditayangkan di pelbagai saluran televisyen dan platform media membuatkan orang ramai tertarik dan ingin mencuba pelbagai makanan Korea. Bahkan, pelbagai restoran makanan Korea yang dah ada di Malaysia seperti Kyochon, Sopoong, Dubuyo, Mr. Dakgalbi, dan banyak lagi!
Sebut je pasal makanan Korea, perkara pertama yang terlintas di benak fikiran pastinya makanan seperti Kimchi, Tteokbokki, Bimbimbap, dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya, ada banyak lagi makanan Korea yang hijabi patut tahu. Contohnya seperti pencuci mulut dan kudapan Korea!
Apa itu Hotteok?
Kalau hijabi biasa layan K-Drama, mesti anda pernah melihat babak pelakon sedang menikmati satu pencuci mulut seperti ‘mini pancake’, iaitu Hotteok. Ia adalah makanan ringan dari Korea dan juga merupakan makanan jalanan (street food) yang popular di Korea Selatan. Katanya, ia sedap dimakan ketika panas!
Hotteok atau ‘Sweet Korean Pancake’ ialah sejenis lempeng Korea yang mempunyai isi di dalamnya. Hotteok ini diperbuat dari adunan tepung gandum, air, susu, gula dan yis. Intinya selalu dipenuhi dengan gula merah, madu, kacang dan serbuk kayu manis. Ia menjadi diantara pencuci mulut kegemaran masyarakat di Korea. Bukan itu sahaja, bintang global Korea; BTS juga sangat menggemari Hotteok ni tau!
Artikel berkaitan: Feeling Macam Di Korea, Ini Cara Untuk Masak Oden Sendiri Di Rumah. Senang Rupanya!
Kini, ada banyak variasi hotteok yang dijual, seperti hotteok teh hijau, hotteok jagung dan sebagainya. Namun, isi tradisionalnya iaitu kayu manis bersama kacang masih menjadi kegemaran ramai. Buat hijabi yang ingin mencuba resepi Hotteok ini, bolehlah ikuti resepi yang dikongsikan orang seorang pengguna di laman Facebook.
Resepi Hotteok Atau ‘Sweet Korean Pancake’
Bahan-Bahan
- 1 cawan air suam
- 1 sudu kecil garam
- 1 1/2 sudu besar gula
- 2 sudu kecil serbuk yis
- 1 cawan tepung gandum (diayak)
- 1 cawan tepung pulut (diayak)
Bahan Inti
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
- 2 hingga 3 sudu besar gula perang
- 1 hingga 2 sudu besar kacang yang dicincang (boleh guna apa sahaja jenis kacang yang anda suka)
Cara Penyediaan
- Masukkan air suam, garam, gula, dan yis ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan tepung gandum dan tepung pulut ke dalam mangkuk tadi dan gaul rata menggunakan senduk. Adunan memang lembik, jangan tambah tepung. Tutup mangkuk menggunakan plastic wrap atau apa sahaja, dan biarkan selama sejam. Tutup dengan penutup periuk pun boleh.
- Selepas sejam dan doh dah naik 2 kali ganda, gaul rata sekali lagi sambil buang angin dia. Kemudian tutup dan tunggu sepuluh minit lagi.
- Sambil itu, boleh sediakan inti. Campurkan sahaja semua bahan inti. Saya ada juga letak nutella sebagai inti. Sedap!
- Tabur tepung gandum di atas dulang/ pinggan yang anda akan guna selepas bahagikan doh. Bahagikan doh kepada 8 bahagian. Jangan lupa untuk salut tangan anda dengan tepung gandum sebelum anda pegang doh, supaya doh tak melekat pada tangan. Masukkan inti ke dalam setiap bahagian doh.
- Goreng doh atas kuali leper yang sudah panas dan diletak minyak. Tak perlu goreng deep-fry tapi minyak kena letak sikit-sikit setiap kali doh diterbalikkan. Tekan-tekan doh bagi leper dan terbalikkan 2-3 kali supaya masak sekata.
- Dah boleh makan macam tu je atau makan dengan aiskrim vanilla dan drizzle madu/ mapple syrup. Sedap! Selamat mencuba!
Ha…buat peminat K-Drama atau peminat makanan Korea, anda harus cuba resepi ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup tau. Yang paling penting, jangan lupa nikmati ketika ianya masih lagi panas, baru terasa kemanisan inti di dalamnya!
Artikel berkaitan: Hilangkan Kebosanan Dengan Hasilkan Ais Krim Malaysia Ala Magnum. Ini Resepinya!
Sumber: Facebook
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI