Setiap manusia dilahirkan dengan perasaan ‘amarah’ terutamanya bila terpaksa berhadapan dengan situasi yang membebankan atau merunsingkan fikiran mereka sudah tentu sifat amarah ini akan membuak-buak.

Perasaan marah ini selalunya dihamburkan apabila seseorang melakukan kesilapan atau kecuaian, sehingga menyebabkan orang lain terkena tempias atau bahang dari perbuatan itu.  Sekiranya kesalahan itu berlaku kerana kecuaian diri sendiri, memang wajar kita dimarahi.

Apabila dimarahi oleh seseorang, segelintir individu mungkin mengambil pendekatan menadah telinga, berdiam diri dan kemudian memendam perasaan. Bagaimanapun, ada juga individu yang berani melawan kemarahan tersebut dengan ‘perang mulut’ demi mempertahankan diri masing-masing.

Amalkan Doa Ini Jika Sering Dimarahi Seseorang!

Sering Menjadi ‘Sasaran’ Dan Kerap Dimarahi? Islam Saran Amalkan Doa Pelembut Hati Ini!

 

Amarah bukanlah bukti kebencian atau kadangkala ia hanyalah refleksi emosi seseorang dan bukanlah satu perbuatan yang disengajakan. Kadangkala ia juga bersifat untuk memberi pengajaran agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali, serta pengajaran untuk menjadikan diri kita lebih baik di masa akan datang.

Justeru jika hijabi merupakan antara mangsa yang sering menjadi tempat pelampias amarah seseorang, Hijabista terpanggil untuk berkongsi secebis doa pelembut hati yang digarap dari sebuah sebuah kisah yang pernah berlaku di antara Ali bin al-Husain dan seorang hamba perempuannya, menurut portal Rumaysho.

Artikel berkaitan: Kerap Hadapi ‘Insomnia’ Walaupun Penat? Cuba Amalkan Doa Anjuran Rasulullah Ini!

Ads

Kisahnya begini, pada waktu itu, perempuan berkenaan ingin menuangkan air kepada Ali untuk beliau gunakan ketika bersuci. Namun, bekas yang dipegangnya terjatuh ke atas lantai dan pecah sehingga ia melukai Ali.

Ali lalu memandang budak tersebut, namun ia tidak memarahinya kerana budak itu berkata: “Ingatlah bahawa ALLAH telah berfirman:

وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ

Ertinya: “(Ciri-ciri penghuni syurga adalah) orang yang menahan amarahnya.”

Kemudian, Ali berkata: “Aku tidak memarahimu lagi.” Budak perempuan itu terus berkata:

Ads

وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ

Ertinya: “(Ciri-ciri penghuni syurga adalah) memaafkan kesalahan orang.”

Ali kemudian berkata lagi: “Saya sudah memaafkanmu.” Dan budak itu berkata lagi:

وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya: “ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

Ali kemudian berkata: “Sekarang engkau bebas (merdeka).” (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman).

Ads

Sebenarnya, ayat yang dibaca oleh hamba perempuan itu dipetik melalui surah Al-’Imran ayat 134, iaitu:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Menahan Marah Adalah Ciri Penghuni Syurga

Sering Menjadi ‘Sasaran’ Dan Kerap Dimarahi? Islam Saran Amalkan Doa Pelembut Hati Ini!

Sumber: Tzkrh & Rumaysho 

Artikel berkaitan: “Ini Malam Terakhir Saya Berdoa Sebagai Kristian! Esok..” – Doa Hijrah Kevin Zahri ‘Sentuh’ Hati Netizen

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI