Pastinya ramai gadis di luar sana yang jadi tidak keruan apabila melihat lipas berkeliaran. Apatah lagi disaat ia mulai terbang. Oh tidak!
Namun, apa yang lebih mengerikan apabila mendengar kisah yang dikongsikan oleh pegawai perubatan @nazahamat di twitter ini apabila dia berhadapan dengan pesakit yang dimasuki lipas ke dalam telinganya. Alamak, ngerinya!
Hingga berdarah telinga jadinya…
Seorang pelayar twitter mencadangkan alat semburan ini bagi menghapuskan segala serangga perosak.
Ya Allah takutnya kalau terjadi sampai macam ni!
Patutlah ada sebahagian daripada kita yang suka menggunakan earphone waktu tidur. Tapi jangan pasang lagu pulak tau takut menjejaskan pendengaran nanti.
kredit: twitter @nazahamat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berkat Didikan Hebat Mak Dan Ayah,10 Beradik Semuanya Berjaya Menjadi Graduan UIAM
Kejayaan menggenggam segulung ijazah memang menjadi detik terindah buat diri sendiri dan keluarga. Seperti kisah unik sebuah keluarga ini, kisah mereka mendapat perhatian ramai kerana 10 adik beradik ini merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Aishah Fauzi, anak ketujuh kepada pasangan Hajah Wan Jamaliah bt Megat Hashim dan Ir Haji Fauzi bin Abdullah telah berkongsikan kisah mereka sekeluarga di Facebook. Sememangnya begitu menginspirasikan!
10 kali dan lebih mak dah ayah masuk ke dewan konvokesyen.
11.11.2018
Alhamdulillah, hari bahagia buat mak dan ayah! ?
Kami berjaya mengumpulkan 10 orang adik beradik kami yg kesemuanya graduan UIAM dari Kota Bharu, Selangor, N9, Kuantan dan Kuala Lumpur untuk sama2 turun dan memberi kenangan terindah buat mak & ayah sempena majlis konvo adik bongsu kami yg ke 10.
Terima kasih buat mak (Hjh Wan Jamaliah bt Megat Hashim) & ayah (Ir Haji Fauzi bin Abdullah) diatas tarbiyyah yg hebat buat kami. 10 kali mak ayah masuk Dewan Konvo UIA ditambah 4 kali lagi bila ada antara kami yg menyambung ijazah kedua dan master.
Ibu dan ayah tetap hadir bersama jambangan bunga setiap kali konvokesyen. Manisnya!
Dan 14 kali itulah dari tahun 2002 hingga 2018 mak & ayah tetap hadir dgn jambangan bunga dan hadiah untuk kami. Terima kasih mak, terima kasih ayah, SYURGA BUATMU!
#special thanks utk ipar duai (yg mana 6 drpd 10 nya juga graduan UIAM ?) atas sokongan, dan super special thanks utk kwn2 bee yg telah meminjamkan robe kalian utk kami. Sungguh ia sgt2 bermakna! Terima kasih yg tidak terhingga dari kami! ?
Terima kasih dari kami anak2 mak & ayah :
1) Anas bin Fauzi
Bachelor of Laws, 2002
2) Maryam bt Fauzi
Bachelor of Laws, 2003
Master in Comparative Laws, 2004
3) Asiah bt Fauzi
Bachelor of Human Science, 2004
Master in Human Science (Psychology), 2012
4) Sumayyah bt Fauzi
Bachelor of Laws, 2005
Master in Comparative Laws, 2009
5) Fatimah bt Fauzi
Bachelor Bio Chemical – Bio Technology Engineering, 2009
6) Muadz bin Fauzi
Bachelor of Information Technology, 2009
7) Aishah bt Fauzi
Bachelor of Laws, 2012
Bachelor of Laws (Shari’ah), 2013
8)Asma’ bt Fauzi Al-Hafizah
Bachelor of Mathematical Science, 2011
9) Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz
Bachelor of Dentistry, 2015
10) Dr Abdullah bin Fauzi Al-Hafiz
Bachelor of Medicine & Surgery, 2018
kredit : facebook Aishah Fauzi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Blogger Terkenal, Dr.Fatin Liyana Selamat Melahirkan Anak Kedua Yang Diberi Nama Nolan
Rata-rata pembaca blog pasti akan kenal dengan blogger dan juga doktor terkenal iaitu Dr.Fatin Liyana Asri. Baru-baru ini, Dr. Fatin telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang merupakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Nolan.
Comelnya Nolan!
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, di pagi Jumaat yang mulia ini..akhirnya ummi baru berkesempatan untuk update IG ?.
.
Meet our second born..baby Nolan. He was born on 2nd January 2019 @ 5.48pm with birthweight of 2.8kg. He looks exactly like ummi (yasss!) but behave exactly like his abi (very obedient & good boy ?)
.
My antenatal & postpartum experience with Nolan was totally different from his sister, Ajda. With Ajda, I found it fairly easy eventhough we had to stay at the NICU for 9 days. But with Nolan..I’ve learnt the real meaning of sabar & redha. Too many unpredictable event happened. Level bz postpartum ummi tu fuhhh.. macam oncall straight seminggu!
.
But still alhamdulillah, we are grateful to have been blessed with this little cutey bundle of joy. May Allah bring immense khair & barakah through our son, Nolan. Ameen ❤️
.
#jangancemas #carasebutnamadiaadalah#nolen #babynolan #adikajda#likechristophernolan #gitu #afljunior
Dr.Fatin merupakan isteri tercinta kepada Dr.Anwar Fazal yang juga merupakan sepupu kepada pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusof. Sebelum ini, mereka juga telah dikurniakan seorang anak perempuan yang cantik sekali iaitu Ajda.
View this post on InstagramA post shared by Dr.Anwar Fazal/Dr.Fatin Liyana (@dr.afl) on
Kredit: instagram @dr.afl
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Dari Lakukan 5 Perkara Ini Sebaik Sahaja Anda Bangun Pagi, Lebih-Lebih Lagi No. 3 Tu!
Setiap individu memerlukan tidur yang cukup untuk kekal segar pada keesokan harinya. Kebiasaannya, apa yang anda lakukan sebaik sahaja celik mata akan mempengaruhi mood serta kegiatan anda sepanjang hari itu.
Sekiranya anda memulakan hari dengan tubuh yang tidak bertenaga, maka agak sukar untuk jadi lebih produktif. Jadi, untuk mendapatkan mood yang ceria sepanjang hari, elakkan daripada melakukan 5 perkara ini sebaik sahaja anda bangun pagi.
Nak tahu apa? Jom lihat di bawah ini.
1. Menekan Butang ‘Snooze’
Sebelum tidur, pasti anda akan set jam untuk mengejut anda bangun pada keesokan hari. Ada pendapat mengatakan bahawa menekan butang snooze bukanlah satu idea yang baik. Ia akan menyebabkan anda menjadi penat dan malas.
2. Terus Melihat Telefon Bimbit
Melihat telefon bimbit sebaik sahaja bangun tidur akan membuatkan anda hilang fokus dari memikirkan tugasan penting yang perlu anda lakukan. Sebaiknya, fokus pada hal-hal penting dan lupakan seketika media sosial anda.
3. Minum Kopi
Sekiranya anda seorang yang gemar meminum kopi pada setiap pagi untuk menghilangkan rasa mengantuk, lebih baik pertimbangkan hal ini.
Pada jam 8 hingga 9 pagi, tubuh kita akan menghasilkan hormon yang memberi tenaga.
Jadi, sekiranya anda minum kopi sebelum jam 9.30 pagi, tubuh anda tidak dapat menghasilkan hormon dengan banyak. Maka, anda pun akan jadi kurang bertenaga.
4. Bangun Dalam Gelap
Jam biologi tubuh amat sensitif dengan cahaya terang dan gelap. Sekiranya anda terbangun dengan cahaya yang gelap, otak akan menjadi bingung dan membuatkan anda lebih mengantuk.
Jadi, buka tingkap bilik anda agar cahaya matahari dapat masuk atau nyalakan lampu sekiranya di luar masih gelap.
5. Tidak Mengemas Tempat Tidur
Percaya atau tidak, mengemas tempat tidur selepas bangun akan meningkatkan produktiviti anda. Jadi, kemas tempat tidur anda mulai hari ini jika anda mahu lebih produktif!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI