Pelakon Datin Paduka Eina Azman telah terbang ke Tanah Suci Makkah bagi menyempurnakan nazar mengerjakan umrah buat kali kedua. Pelakon tersebut telah pergi ke Tanah Suci bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.
Ainur Syakina Azman atau lebih dikenali sebagai Eina Azman, 27, memberitahu dia menunaikan ibadah umrah itu bagi menyempurnakan nazar selepas suaminya sembuh daripada jangkitan Covid-19 pada Ogos tahun lalu.
Pelakon The Maid 2 itu telah berkongsi khabar tersebut menerusi hantaran Instagram yang disertakan gambar mereka berdua di Masjid Nabawi.
“Assalamualaikum… Tahun lepas Eina ada bernazar utk suami Eina selepas kena Covid. Alhamdullilah, semua nya di permudahkan jadi Eina dan suami akan menunaikan umrah utk kali ke 2.
Dalam pada itu, Eina turut memohon maaf seandainya mereka ada melakukan salah dan silap serta berdoa semoga ibadah itu dipermudahkan.
“Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang, InsyaAllah, semoga yang baik-baik untuk kita semua,” tulisnya di Instagram semalam.
Suami pelakon ini disahkan menghidapi Covid-19 tahap empat dan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan pada Ogos tahun lalu iaitu semasa hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka.
DP Kaiser telah mengalami demam panas dan tahap oksigen yang kurang stabil. Dalam masa yang sama, dua pembantu rumahnya dan Eina sendiri dijangkit Covid-19 selepas merawat suaminya di rumah.
Ads
Selain Eina dan suami, dua pembantu rumahnya turut disahkan positif Covid-19. Namun cahaya mata kembar mereka iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 6, tidak dijangkiti virus berkenaan.
Ramai turut mendoakan
Meninjau di ruangan komen, ramai warganet termasuk rakan artis turut mendoakan agar pasangan ini mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan.
“Alhamdulillah.. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan ibadah DP Eina sekeluarga dan mendapat umrah yang mabrur. Aamiin…”
“Semoga dipermudahkan segala urusan Datin Eina & Dato serta beroleh Umrah Maqbullah”
“MasyaaAllah Tabarakallah, Semoga Allah mudahkan, lancarkan semua ibadah nya, InsyaaAllah menjadi umrah yg mabrur, Aamiin… Sehat² yaa. Do’akan kami semoga menjadi tetamu Allah juga”
Ads
“Semoga dipermudahkan segala urusan di sana nanti. Selamat pergi dan balik. Innsha Allah ❤”
Satu dugaan besar ketika berpuasa selain menahan lapar dan dahaga adalah MENGANTUK! Tidak dinafikan agak sukar untuk menahan mata tambahan pula perlu menghabiskan kerja yang ada.
Kami ada cara untuk anda elakkan dari mengantuk dan lemah ketika nak habiskan kerja yang semakin bertimbun itu! Ingat, kena konsisten dan yakin pada diri.
Mudah Sahaja Nak Hilangkan Mengantuk Ketika Puasa!
Pelbagai cara yang boleh diikut untuk menghilangkan rasa mengantuk yang teramat ketika puasa. Permulaannya dari bilik tidur anda sehinggalah di pejabat!
#1. Jauhkan Diri Dari Bilik Tidur
Bilik tidur adalah sebuah tempat yang agak ‘menyeramkan’ kerana setibanya anda di dalam bilik, secara automatik badan akan mula rasa mengantuk dan penat.
Ini kerana anda telah menetapkan bilik tidur sebagai zon selesa anda. Inikan pula penat berpuasa menjadikan anda mudah terlena untuk mengelakkan rasa lapar dan dahaga.
#2. Cukupkan Tidur
Beribadah sehingga larut malam sudah menjadi kelaziman buat para muslimin muslimat untuk mengejar pahala yang berganda. Namun, kesihatan diri seperti tidur yang mencukupi perlu dititikberatkan supaya anda kekal bertenaga di waktu siang dan malam.
Cara ketiga ini mudah untuk kita praktikkan kerana anda hanya perlu berjalan dan bergerak aktif untuk elakkan menagntuk. Ini kerana jika anda terlalu berdiam diri, sudah pastinya anda akan mula rasa mengantuk dan lesu.
Jadi rajinkan diri untuk anda gerakkan badan dan berjalan untuk memberikan satu pengaliran darah yang baik. Anda juga dapat menjana satu idea yang lebih menarik.
#4. Regangan Badan
Jika anda mulai rasa lenguh-lenguh dan penat, lakukan regangan badan. Dengan melakukan regangan badan, anda dapat menyegarkan semula badan dan menghilangkan rasa mengantuk dan juga sengal-sengal di badan!
#5. Ambil Makanan Yang Sihat
Anda perlu seimbangkan diet pemakanan ketika sahur dan berbuka dengan kandungan protein, karbohidrat, dan sumber lemak yang sihat! Contohnya:
Protein: ikan, kekacang, ayam, tauhu, daging lembu, dan juga greek yoghurt
Karbohirat: Buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, oat, beras perang, roti, dan bijirin
Lemak: Alpukat, Salmon, telur, kacang, minyak zaitun, minyak kelapa, dan mentega kacang.
Seperti yang kami katakan, cara yang kami syorkan ini sangat mudah tetapi semuanya bergantung kepada bagaimana anda mengawal diri sendir. Ingat, kalau terus mengantuk banyak perkara anda terlepas!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Rita Rudaini berkongsi suatu perkara positif di laman sosialnya iaitu mengenai kucing yang menjadi asbab kepada rezeki yang datang dalam hidup kita.
Jelasnya, dia mendidik anak-anaknya agar sentiasa memberikan makanan dan air buat kucing setiap hari sebelum ke sekolah agar mereka memahami erti berkongsi rezeki.
Setiap hari sebelum pergi sekolah, mesti singgah bagi makanan dan air pada kucing….
Didik anak-anak berkongsi rezeki sesama makhluk…
Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Kadang-kadang pergi buang tapi datang balik.. Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan. Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah-ruah telah diperuntukkan Allah SWT untuk kita.
Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini dengan keikhlasan kita dan doa dari kucing untuk tuan rumah.
Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita.
Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tetapi juga dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat.
Kadang-kadang kucing yang mendekati kita itu mungkin merimaskan kita. Tapi ingatlah bahawa Allah SWT menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita.
Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain?
Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk.
Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas…
Oleh itu sis, janganlah kita menghalau kucing apabila ia datang menghampiri kita. Kongsilah rezeki yang ada bersamanya. Kalau mahu lebih senang, apa kata kita sediakan terus makanan kucing di dalam kereta. Selepas ini, bolehlah anda memberinya makan jika terserempak dengan kucing jalanan. Mudahkan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Salah faham terhadap konsep pengurusan harta ketika hidup dan selepas kematian menyebabkan ada yang memberi tanggapan kurang tepat terhadap amalan hibah dan faraid. Ada tuduhan tidak berasas menyatakan hibah adalah satu cara atau helah bagi mengelak daripada berdepan hukum faraid.
Tidak kurang yang berpendapat hibah wajar dilaksanakan kerana dapat mengurangkan risiko perebutan harta pusaka di antara ahli keluarga. Ia seolah-olah memperlihatkan kecelaruan atau ketidak adilan berlaku dalam syariat Islam.
Sedangkan, hibah adalah salah satu instrumen yang disyariatkan bagi membantu umat Islam merancang dan mengurus harta mereka dengan sistematik ketika masih hidup. Sementara faraid hanya akan terpakai membabaitkan agihan harta kepada individu yang berhak selepas berlaku kematian.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan MAlaysia (UKM), Dr Noor Lizza Mohamed Said, berkata konsep hibah menyamai amalan sedekah, cuma terdapat perbezaan pada proses perlaksanaan kerana ada rukun dan syarat yang perlu dipatuhi.
PERLU DOKUMEN BERTULIS
“Terdapat empat rukun hibah iaitu pemberi hibah, penerima harta yang dihibah dan lafaz ijab kabul. Akad hibah perlu jelas di mana pemberi dan penerima perlu ahu dengan jelas harta yang dihibahkan itu,” katanya.
Beliau berkata, hibah adalah pemberian sebagai tanda kasih sayang secara sukarela kebiasaannya kepada anggota keluarga, sahabat dan orang yang memerlukan ketika pemberi serta penerima massih hidup.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Menderma seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan aanak yatim dan orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang yang meminta.”
(Surah al-Baqarah, ayat 177)
Menurut Noor Lizza, walaupun hibah dikira sah hanya dengan adanya akad pemberi dengan penerima hibah, tetapi adalah lebih baik jika pemberian itu dibuat secara bertulis dalam bentuk dokumen yang boleh dijadikan bukti wujudnya proses hibah itu.
Katanya, ini bagi mengelak timbul masalah atau pertikaian pada kemudian hari, selain memastikan hak penerima hibah terpelihara. Hibah juga adalah kaedah pewarisan yang dibuat bertujuan memudahkan pengurusan harta kepada yang diberi hak.
SALAH FAHAM HIBAH
Bagaimanapun, katanya, timbul salah faham mengenai harta hibah ini kerana dalam sesetangah situasi, pemberi hibah masih mendapat manfaat daripada harta yang sudah diberi kepada penerima hibah apabila hibah dibuat aalah hibah bersyarat.
“Contohnya hibah bersyarat, ibu memberitahu secara lisan kepada anak sulung dia menghibahkan rumah itu kepdanya dengan syarat ibu tinggal dirumah itu sehingga dia meninggal dunia. Ia sah mengikut hukum syarak kerana menepati rukun dan syarat hibah.”
“Walaupun dokumen hak milik belum bertukar nama si anak, cukup dengan pemberi melafazkannya dan syarat yang ditetapkan dipersetujui penerima. Anak menerima milik rumah dihibahkan kepadanya ketika ibu masih hidup dan tinggal di rumah itu,” katanya.
Katanya, masalah juga boleh timbul apabila pemberian itu hanya diketauhi oleh pemberi dan penerima hibah, sedangkan waris lain tidak dimaklumkan. Ia menyebabkan berlaku pertelingkahan terutama jika ada waris yang tidak bersetuju dengan pemberian itu.
Oleh itu, cara terbaik adalah menukar nama hak milik kepada penerima menerusi proses yang sah, dibenarkan syarak mengikut peraturan ditetapkan.
BOLEH TARIK BALIK
Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Dr Mohd Zamro Muda, berkata pemberian hibah boleh ditarik balik dalam keadaan tertantu dan pemberi mestilah dalam kalangan ibu, bapa, datuk atau nenek sahaja.
Beliau memberi dalil sabda Rasulullah SAW:
“Tidak halal bagi seseorang memberi sesuatu pemberian kemudian dia menarik balik pemberian itu kecuali apa yang diberi oleh bapa kepada anaknya.”
(Riwayat Ibnu Majah)
Katanya, ia menunjukkan Islam menjaga pemilik harta terutama ibu bapa yang mempunyai kuasa mutlak ke atas hartanya selagi mereka masih hidup. Selain itu anak tidak sewenang-wenangnya menderhaka, menganiya atau mengambil kesempatan ke atas hata milik ibu bapa mereka.
“Tidak wujud istilah buruk siku dalam penarikan semula hibah oleh ibu, baoa, datuk atau nenek kepada anak cucu mereka, tetapi ia mesti dilakukan ketika pemberi dan penerima masih hidup, manakala harta yang dihibahkan masih berada dalam pemilikan penerima.
“Jadi, jika pemberi menukar fikiran untuk mengambil baik harta atau mengambil balik harta atau memebri harta itu kemudian dihibahkan kepada orang lain, ia tidak menjadi kesalahan dan secara automatik hibah kedua membatalkan hibah pertama,” katanya.
KWSP IKUT HUKUM FARAID
Sementara itu, menyentuh isu membabitkan wang kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), wang berkenaan termasuk dalam harta pusaka dan tertakluk dalam harta pusaka dan tertakluk sepenuhnya kepada hukum faraid.
Katanya, penama yang diletakkan pada borang penerimaan hanya sebagai wasi atau pentadbir dan ini bermakna individu itu perlu mengagihkan kepada waris yang layak. Tidak dinafikan berlaku pecah amanah apabila penama membolot keseluruhan harta.
“Bagaimana, waris yang berhak boleh membawa perkara itu ke mahkamah dan memohon untuk diistiharkan sebagai harta pusaka supaya dapat dibahagikan kepada semua waris,” katanya.
Beliau menyarankan pihak KWSP tampil dengan inisiatif yang lebih berkesan bagi menyedarkan umat Islam terutama individu yang dilantik sebagai penama untuk menjalankan tanggungjawab pengurusan harta mengikut syariat.
Antara cadangan ialah memberi surat ingatan kepada penama ketika penyerahan wang KWSP supaya mereka lebih jelas akan hak dan peranan yang perlu dimainkan bagi menguruskan wang berkenaan mengikut hukum faraid.
Sumber: Berita Harian, Jumaat, 17.11.2017 (IBRAH)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...