Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih ibu juga tiada penghujungnya. Akan terus berkekalan walaupun maut memisahkan. Bagi selebriti Linda Rafar yang kehilangan arwah ibunya, Allahyarham Rasimah Abd Rahman awal tahun ini mengakui sukar untuknya melupakan momen terakhir mereka bersama sementelah pelbagai kontroversi yang melanda.
Linda memberitahu hubungan dia dan ibunya memang sangat rapat. Sejak pembabitannya dalam kumpulan Elite lagi sehinggalah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Jadi apabila ibunya meninggal dunia memberi satu tamparan hebat buat Linda. Biarpun pahit untuk menerima, momen terakhir bersama ibunya akan terus dikenang hingga ke akhir hayatnya.
“Linda memang tak putus menjaga emak sepanjang emak 90 hari berada di hospital. Linda memang tidak putus-putus mendoakan diri emak dan sentiasa mengajarnya mengucap khalimah syahadah. Dan ketika emak dibawa balik ke rumah (setelah sihat sedikit), kami sempat membuat kenduri doa selamat.
“Waktu inilah Linda luangkan masa terakhir bersamanya. Linda lap mukanya dan ketika itu ada yang perasan wajak emak kelihatan berseri-seri seperti bermekap. Linda cake hanya lap mukanya sahaja.
“Linda juga turut mandikan arwah bersih-bersih, pakaikan baju putih, seluar putih malah cadar tempat emak tidur pun Linda tukar putih. Siapa sangka itu layanan terakhir Linda pada arwah,” jelas Linda yang memberitahu ibunya diserang sesak nafas sebelum di bawa ke hospital.
Menurut Linda ketika ambulan sampai di rumah, Linda dapat melihat wajah ibunya buat kali terakhir ketika itu dan dia sempat menciumnya dan ajar mengucap. Itulah saat-saat terakhir ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Walaupun sedih, tetapi Linda gembira di saat-sat akhirnya itu dapat berbakti dan memberi layanan terbaik untuk arwah emak. Dan apa yang Linda lakukan sekarang adalah untuk menuntut hak dan keadilan buat arwah emak.
“Sebelum meninggal arwah memang tahu kes viral berkenaan dan menyuruh Linda hanya bersabar. Katanya lagi biarlah tiada layanan istimewa diterima. Linda akui cukup trauma menghadapi situasi ini. Linda juga sebenarnya turut mengalami depresi rentetan dari kes itu hinggalah emak meninggal dunia.
“Bila emak meninggal, memang Linda berada dalam keadaan yang cukup tertekan. Depress yang Linda alami menyebabkan Linda tak boleh jumpa orang, tak boleh kerja. Bukan itu sahaja, Linda jadi tidak boleh tidur dan cakap sorang-sorang.
“Ada kalanya Linda pergi kubur cakap dengan emak di sana dan memang sukar untuk Linda gambarkan situasi sebenar. Seolah-olah memang Linda tak dapat menggembirakan emak saat akhir (merujuk pada kes viral berkenaan),” tambah Linda ketika ditemui dalam satu sidang akbar di Shah Alam semalam.
Ads
Menurut Linda ramai yang menghentam dirinya rentetan satu kisah viral membabitkan dirinya dengan jururawat di sebuah hospital. Namun sebenarnya ramai tidak mengetahui kejadian sebenar.
“Sebenarnya emak Linda digigit serangga ketika di rumah Diana di bahagian tangan hingga menyebabkan jadi bengkak. Kami sudah cuba bawa emak ke hospital swasta tetapi kes emak tidak diterima dan menyuruh Linda merujuk ke hospital kerajaan berdekatan.
“Sepanjang emak menerima rawatan di sana, memang layanan daripada kakitangan semuanya baik. Malah mereka juga turut mengambil gambar bersama Linda dan keluarga untuk diabadikan kenangan.
“Linda layan mereka seperti biasa sehinggalah terjadinya kes viral berkenaan. Jadi apabila emak meninggal dalam keadaan kes berkenaan tidak selesai buat Linda jadi sedih,” ceritanya yang perlu membuat tuntutan saman adalah untuk mempertahankan hak emaknya dari terus menjadi kecaman netizen.
“Linda bukanlah jenis nak cari gaduh. Kalau lihat rekod sebelum inipun memang Linda tiada masalah dengan orang.
Ads
“Tapi kali ini Linda perlu lakukan kerana mahu menuntut keadilan untuk arwah emaknya. Linda tak menyesal lakukan ini sebab Linda pertahankan hak emak. Linda tidak mahu arwah terus menjadi mangsa buli siber hingga boleh menjatuhkan maruah seseorang.
“Inilah masanya Linda sebagai anak menolong arwah walaupun dia sudah tiada. Mungkin dengan cara ini akan membuatkan nasib keluarga lain yang menerima nasib sama akan terbela.
“Memang Linda akui kes berkenaan sangat memberi tamparan hebat buat kami sekeluarga. Bayangkan bukan sahaja Linda, tetapi ahli keluarga lain turut terkena tempiasnya misalnya bisnes keluaga jatuh teruk,” tambah Linda yang mendapat sokongan adik beradiknya berdepan kes berkenaan.
Dalam sidang akhbar semalam Linda telah memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang menulis komen keterlaluan hingga memburukkan diri dan keluarganya berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam pada Disember lalu.
Linda, 41 tahun, atau nama sebenarnya Azlinda Rafar menuntut individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan.
Linda menerusi wakil peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates berkata, notis tuntutan itu akan dihantar dalam tempoh sebulan bermula tarikh semalam.
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini. PKPB akan turut dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.
Melalui perkongsian Di laman Instagramnya, Dr Say Shazril berkongsi dilema yang dihadapinya.
Sebagai seorang freelance doctor, i have the luxury of time. Baru-baru ni @mercymalaysia mesej saying mereka memerlukan sukarelawan untuk membantu keadaan di Sabah.
Semestinya saya rasa terpanggil untuk membantu maka terus saya mesej mereka. Reply mereka “kali ni berbeza, 2 minggu akan ke sana dan immediately 2 minggu akan dikuarantin di hotel”. Terduduk saya mendengarnya.
Saya serius ok 2 minggu ke sana. Yang sedikit berat is 2 minggu dikuarantin di hotel. Pertama, bini saya tengah sambung belajar maka dia sedikit sukar untuk menghantar dan mengambil Ace dari sekolah. Kedua, saya dan bini merancang untuk menimang maka jika sebulan berjauhan, sedikit terganggu plan kami. Ketiga, sebulan saya takkan berjumpa Ace dalam erti lain sebulan tiada story Ace, pishang followers saya nanti (ahaha).
Kalau saya tanya parents saya semestinya mereka berat untuk melepaskan saya sebab bini saya pun berfikiran begitu. Tapi tak sedap hati rasanya jika duduk diam tidak membantu negara. Saya dah tanya “tak perlukan sukarelawan di Semenanjung ke?”. Kata mereka Semenanjung masih terkawal. Apa kalian rasa? Should i or shouldn’t i & why? Post ini bukan untuk menagih perhatian tapi saya betul-betul perlukan bantuan.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang model jelita iaitu Wardina Anuar yang sudah bergelar isteri walaupun baru sahaja berusia 19 tahun.
Berkenalan di sebuah konsert di Indonesia pada tahun lepas, Wardina telah sah menjadi isteri kepada Asyraf Aley,26, pelakon drama Meh Sandar Pada Aku pada 6 Jun yang lalu.
Perkahwinan mereka menjadi tumpuan ramai kerana ia diadakan dalam suasana yang sangat indah biarpun ia berlangsung sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut Asyraf, biarpun dalam tempoh PKPB di mana semua langkah terbatas, dia enggan melengahkan hari bahagianya itu.
“Hendak tunggu wabak ini pulih kita tidak mampu menganggar bila. Pada saya, buat apa hendak menangguhkan perkara baik? Apa yang penting bernikah dan majlis persandingan dibuat mengikut adat,” katanya.
Akur SOP ditetapkan, ujarnya hanya 10 orang hadir pada majlis pernikahannya.
“Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis resepsi pada 1 Januari depan. Harap semua urusan itu dipermudahkan,” katanya yang tidak keberatan melepas rindu untuk berlakon jika ada tawaran menarik biarpun sudah tidak aktif sejak tiga tahun lalu.
Seperti juga dunia fesyen terutama dalam pembikinan pakaian yang mengetengahkan pelbagai tema, hijab juga turut mengalami evolusinya yang tersendiri. Selain selendang dan juga tudung bawal, apa yang dapat diperhatikan trend tudung terkini, penggemar lebih suka menggayakan tudung empat segi dari fabrik satin.
Dengan pelbagai corak sama ada floral, abstrak, geometri, lukisan tangan ataupun travel around the world, memang tudung jenis ini paling hit masa kini. Sangat sesuai digayakan dengan baju polos tanpa corak yang mampu menyerlah seri penampilan seseorang.
Pastinya hijab jenis ini menjadi pilihan hijabi untuk menggayakannya di pagi Syawal. Memang terletak cantik di atas mahkota dan membuatkan penampilan kelihatan sangat ‘on point’ sambil merai lebaran bersama tersayang.
Namun begitu, bukan mudah sebenarnya tudung fabrik satin ini mahu terletak elok di atas kepala. Kalau tidak kena gaya memakainya, tudung boleh jadi senget dan akan membuatkan mood kita jadi tak tentu arah.
Maklumlah sebagai wanita berhijab, penampilan yang sangat dititikberatkan adalah pemakaian tudung selain riasan diri.
Hijabista berkongsi trik mudah dari Peñata Gaya Hijab Popular, Didiyana Ehsan yang memberi tip berguna bagi memastikan tudung satin yang dipakai terletak cantik dan tak senger di kepala.
Menurut Didi, kunci utama bagi pemakaian tudung satin seperti ini adalah perlu tahu kedudukan untuk meletak jarum peniti yang sesuai.
Letak di bahagian tertentu supaya hijab terletak cantik di atas mahkotamu. Jadi selepas ini, hijab satin digayakan tidak bergerak hingga boleh menganggu konsentrasi dirimu sepanjang beraya di rumah saudara mara atau kenalan.
Selain Neelofa selebriti lain yang gemar menggayakan hijab dari fabrik satin adalah Sherry Ibrahim, Mira Filzah, Vivy Yusof dan juga Bella Dally.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...