Ibu kepada bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi meninggal dunia selepas pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar pukul 12 tengah hari tadi.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 45, berkongsi khabar duka pemergian ibu tersayang menerusi hantaran laman Instagram miliknya. Menurut Abby, ibunya iaitu Hasnah binti Abu jatuh pengsan ketika rawatan hemodialisis di hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur.
Hantaran itu disertakan dengan kapsyen “Assalamualaikum. Baru semalam saya duduk mengadap Mak saya, masakkan makan, belikan buah kegemaran Mak, teman Mak makan, temankan solat, teman berbual.. harini Mak dah takde.
“Sedekahkan AlFatihah utk Arwah Mak saya & Mohon doa kalian ye agar Mak saya ditempatkan disyurga terbaik disisiNYA. Pada yg kenal dgn Mak saya, Puan Hasnah binti Abu & ingin dtg ziarah, inshaALLAH Arwah Mak tersayang skrg masih berada di KPJ Tawakal ( pengsan waktu dialysis & terus meninggal) akan dibawa ke Masjid Assobbirin AU5, Lembah Keramat utk dimandikan selepas Zohor ini & terus dibawa ke Tanah Perkuburan ISLAM AU4. Doakan” titipnya lagi.
Melalui temubual yang dilakukan bersama satu portal hiburan, suami Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria berkata; ini adalah kali kedua ibu mentuanya itu pengsan ketika menjalani rawatan dialisis. Tambahnya lagi, arwah pengsan sehingga jantungnya berhenti sebelum dimasukkan ke sebuah hospital dan diberi bantuan oksigen.
“Arwah sudah lama menghidap sakit buah pinggang. Selain itu, ibu mentua juga mempunyai masalah jantung.
“Minggu lepas pun arwah pengsan ketika dialisis dan jantungnya terhenti tapi keadaannya kembali baik selepas itu selepas mendapatkan rawatan,” jelasnya lagi.
Usai hantarannya di Instagram itu, rata-rata rakan selebriti dan warganet menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusan Abby sekeluarga.
Ads
“Salam takziah buat seluruh keluarga. semoga Allahyaryamah diampunkan dosanya & ditempatkan dikalangan orang beriman”
“Allahuakbar salam takziah… teringat kt mak sendiri tengah dialisis buah pinggang jugak 3kali seminggu”
“Alfatihah. Takziah untuk Puan Abby dan sekeluarga. Semoga mak ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Samalah kita pun da tak ada mak. Rindu tiada penghujung”
Al-Fatihah…Team hijabista turut menitipkan ucapan takziah buat buat Abby Abadi sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. Amin..
Pelakon Fouziah Gous merupakan antara selebriti yang memulakan kariernya sebagai seorang pramugari. Pernah terbang bersama Malaysia Airlines, pelakon ini juga antara selebriti yang memiliki wajah yang anggun serta tubuh badan yang ideal!
Baru-baru ini, Fouziah Gous memuat naik videonya yang sedang memberikan ‘announcement’ ala-ala pramugari di laman Instagramnya. Menurutnya, pengalamannya menjadi seorang pramugari selama 5 tahun menggamit kembali memorinya. Lantas, video ini dimuat naik dan mendapat pujian ramai dari netizen. Ternyata, Fouziah Gous memiliki ciri-ciri lengkap sebagai seorang pramugari dengan lenggok suaranya serta senyuman manisnya yang ayu, pasti menjadikan kamu tersenyum lebar jika melihat Fouziah Gous menjadi pramugari dalam pesawat yang kamu naiki!
Bukan itu sahaja, selebriti kesayangan ramai ini juga turut memuat naik videonya bercakap sambil melihat skrip sambil memegang sebuah botol yang dijadikan sebagai mikrofon. Sungguh lucu!
Oleh kerana videoya yang menarik hati ramai serta kelucuannya memegang sebuah botol, video tersebut mendapat komen yang positif dan ada juga yang berhasrat untuk melihat selebriti Fouziah Gous menjadi pramugari di depan mata!
Apa-apapun, team Hijabista terhibur dengan video yang dimuat naik oleh selebriti ini! Senyuman ayunya sentiasa menghiasi dunia seni tanah air!
Minggu lalu, penulis dijemput khas untuk menghadiri jamuan minum petang bersama penyanyi nombor satu negara ini. Dalam suasana penuh eksklusif yang mengumpulkan media dan juga pempengaruh media sosial di ibu kota itu, mata dijamu dengan koleksi terkini lebaran 2022 jenama perhiasan kemas Swarovski.
Majlis yang diadakan di hotel bertaraf lima bintang ini merupakan simbolik kepada pengumuman Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai wajah kepada koleksi lebaran ini. Siapa sangka selepas Neelofa yang sebelum ini selama beberapa tahun menerajui sebagai wajah kempen jenama ini di Malaysia, kini baton diserahkan kepada wanita anggun berusia 43 tahun ini pula.
Memeriahkan suasana petang itu Datuk Seri Siti Nurhaliza turut memeriahkan suasana dengan alunan dua buah lagu bertajuk Can’t Take My Eyes of You dan lagu berhantunya, Aku Cinta Padamu. Tetamu yang hadir semuanya terbuai dengan suara merdu beliau.
Menjawab soalan dalam sesi soal jawab, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi perihal pemilihannya sebagai wajah kepada kempen lebaran Swarovski 2022 sehinggalah kisah lebaran.
“Ini adalah satu peluang yang amat baik untuk diri saya, untuk terus melebarkan lagi kerjaya saya. Sebagai seorang wanita perhiasan kemas adalah sesuatu yang begitu dekat dengan jiwa saya. Sebenarnya sebelum jadi duta untuk koleksi lebaran ini pun, saya memang penggemar jenama Swarovski dan saya antara pembeli tegar. Harganya sangat berpatutan dan datang dalam pelbagai koleksi, rekaannya sangat-sangat cantik,” kongsinya menyatakan perasaan apabila dilantik sebagai wajah baharu untuk koleksi lebaran.
Setiap wanita mesti ada aksesori kegemaran yang selalu digayakan, begitu juga dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza. “Kalau perhiasan kemas saya mesti pakai cincin dan gelang untuk melengkapkan gaya. Selain itu kerongsang juga akan saya pakai sebab saya berhijab, jadi kerongsang menarik akan melengkapkan penampilan saya,” jawabnya soal perhiasan kemas apabila ditanya oleh hos.
Kongsi beliau tentang lebaran tahun ini,“Kalau bercakap soal kenangan lebaran, pastinya kenangan berkumpul dengan adik beradik, dan apabila saya bergelar selebriti pastinya saya ada ramai peminat yang mahu berkumpul dan beraya bersama saya. Sambutan raya tahun ini paling istimewa kerana kita sudah berada di fasa endemik dan saya pasti apa yang paling saya nantikan adalah berjumpa dengan keluarga, sahabat dan peminat untuk meraikan hari raya.”
Berbicara tentang koleksi lebaran ini, Swarovski memperkenalkan pilihan rekaannya yang berharga untuk Hari Raya, dengan gelang, cincin dan rantai. Setiap satu menjadi aksesori yang sempurna untuk mencipta satu statement fesyen menarik.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebelum terdapat masker lembaran plasenta dan mesin lampu LED di rumah, ada masker tanah liat yang menjadi masker dalam regim kecantikan. Masker tanah liat ini menyahtoksikkan pori-pori anda, merawat jerawat dan menghilangkan pigmentasi. Gelombang formula baru yang sangat banyak yang terdapat di dalam kandungan masker tanah liat. Sama ada campuran tanah liat khas, penuh dengan asid atau digabungkan dengan bahan pembersih lembut.
10 masker ini sangat baik untuk membersihkan kulit dari racun, minyak, serpihan, dan kotoran ketika kulit anda kemerahan atau merasa kusam. Petua professional, melaburlah dalam pelembap berkualiti, kerana tanah liat boleh mengering. Aplikasi pelembap sangat penting agar kesan maksima kelihatan selepas pemakaian masker tanah liat ini.
“Cult-favourite” bahkan tidak mula menjelaskan gembar-gembur di sekitar masker muka ini. Selain dari tinjauan laman sesawang yang tidak berkesudahan dan dedikasi YouTube untuk merayakan masker ini, selebriti seperti Lili Reinhart juga telah membicarakan tentang faedahnya yang luar biasa. Dibuat dengan 100% kalsium, mungkin ini adalah masker suci dari masker tanah liat. Ia sangat sesuai untuk jerawat kista atau kes yang teruk, kerana ia sangat kuat.
Cubalah masker ini dengan dua cara yang berbeza: sebagai rawatan jerawat di kawasan yang bermasalah atau seluruhnya untuk membersihkan wajah. 100% semula jadi, vegan, dan cruel free, jadi anda tidak perlu bimbang tentang reaksi aneh atau bahan yang tidak diketahui jika anda mempunyai kulit sensitif.
Masker pengelupasan ini tidak hanya menyenangkan, ia juga berfungsi kuat untuk membersihkan kulit, mengurangkan saiz pori, dan menyerap minyak kulit yang membuat anda kelihatan berkilau. Tanah liat merah berasaskan mineral menenangkan kemerahan yang disebabkan oleh hiperpigmentasi dan meningkatkan tekstur semula jadi kulit anda.
Rawatan selama sepuluh minit dengan masker merah jambu milenium ini tidak hanya membersihkan liang-liang yang mendalam. Tanah liat itu dilapisi dengan delima dan witch hazel untuk meningkatkan pergantian sel dan mengetatkan liang.
Pembungkusan pada masker detoks kegemaran kultus ini kelihatan berbeza kerjasama dengan Barbie, di mana dalam balang terdapat emas hitam. Tanah liat Kaolin, arang aktif, daun kayu putih, dan enam asid pencerah kulit disebat bersama untuk rawatan yang banyak kesemutan ketika mengering. Gunakannya seminggu sekali akan mengubah kulit anda secara total.
Smectite dan kaolin clay bergabung menjadi masker putih lembut yang masih memberi anda semua manfaat pembersihan tanah liat yang lain tanpa mengeringkan kulit. Ia bagus untuk semua jenis kulit dan bahkan boleh digunakan setiap hari untuk membantu mengawal minyak.
Anda boleh mendapatkan masker yang kuat ini di pelbagai rak drugstore. Formula berkrim tidak kering seperti masker tanah liat tradisional tetapi menjadikan kulit anda berasa bersih dan terhidrat.
Disebat seperti mentega, masker lapang ini mempunyai kepingan kecil dari gunung berapi dari Kepulauan Jeju, yang bersatu dengan tanah liat kaolin untuk menyedut minyak dan kotoran yang berlebihan dari liang-liang anda. Ia juga mengelupas dengan lembut, sehingga kulit menjadi lebih cerah serta merta.
Masker detok ini sesuai untuk kulit yang mempunyai tekanan dengan permasalahan. Penyahtoksin Caudalie dibuat dengan tanah liat merah jambu dan kopi menawarkan tetapan semula yang lembut namun kuat untuk semua jenis kulit.
Sekiranya anda memerlukan masker lembut dan berkesan untuk hari-hari di mana tidak ada yang dapat menenangkan jerawat anda, masker arang aktif Origins adalah pilihan. Cukup lembut untuk kulit sensitif, namun menjadikan wajah anda terasa lebih lembut dan lebih halus pada ketika mencucinya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...