Baru-baru ini telah tular satu video di Tiktok mengenai pasangan daripada Indonesia yang kembali rujuk setelah bercerai pada 16 tahun yang lalu. Kisah pasangan ini telah berjaya menyentuh hati orang ramai.

‘Broken home’ ialah keadaan apabila sebuah keluarga mengalami keretakan dan akhirnya berpisah. Perpisahan ibu bapa boleh memberi kesan buat anak-anak dan menyebabkan anak-anak mengalami masalah emosi. Keadaan ini juga boleh menimbulkan pelbagai emosi, mulai dari kemarahan, emosi yang tidak stabil, pesimisme terhadap perhubungan, dan lain-lain.

Setiap anak yang lahir daripada ‘broken-home‘ pasti berasa sebak melihat perkongsian ini. Siapa sahaja tidak sedih apabila melihat ibu bapa sendiri berpisah terumatanya ketika kita masih kecil.

Unggahan akaun TikTok @ndisalonbarbershop, pada hari Isnin iaitu 10 Oktober 2022 yang lalu telah menjadi perhatian ramai terutamanya netizen daripada Indonesia sendiri. Video tersebut mengisahkan ibu bapanya yang berbaik semula selepas 16 tahun berpisah.

Dia sempat berseloroh dengan memberikan kepsyen “alhamdulillah rujuk.. yeey saya bukan mangsa broken home.. wkwkwkwkwkw..”

@ndisalonbarbershopCiee ciee CLBK.. alhamdulillah Rujuk.. yeey uda gk jd korban brokenhome.. wkwkwkwkwkw.. 😅♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

Artikel berkaitan: Dua Perkataan Ini Cukup Membahagiakan Sebuah Perkahwinanan, Perkongsian Ustaz Don Danial.

Malah, dia turut meluahkan rasa gembiranya dalam video berdurasi 30 saat itu. Detik akad nikah antara ibu bapanya itu turut disaksikan oleh anak, cucu dan keluarga besarnya yang lain.

“Hari ini Isnin, 10 Oktober 2022….Mama dan Papa telah berdamai dan berkahwin semula selepas 16 tahun berpisah dan kini sudah berkahwin,” tulisnya.

Ads

Momen paling sebak

Siapa sahaja tak sebak melihat ibu bapa kembali bahagia dan kembali diijab kabulkan didepan mata sendiri kan? Pemilik akaun itu turut menunjukkan detik saat bapanya telah melafazkan ijab kabul di hadapan tok kadi, saksi, anak serta cucunya.

‘Semoga Jodoh Sehingga Ke Akhir Ayat….’ Pasangan Ini Rujuk Setelah 16 Tahun Cerai, Netizen Tumpang Bahagia.

Selepas mengucapkan kata-kata ‘sah’ dan berdoa, bapanya dilihat telah memberikan kucupan kasih sayang dan doa di dahi isterinya. Pemilik Tiktok tersebut mengakui momen itu antara detik paling sebak dan menggembirakan.

“Ini adalah momen paling sedih, kerana sangat gembira melihat mereka berbaik semula, disaksikan oleh anak dan cucu” sambungnya.

“Mata sembap nangis bahagialah…” Dia juga berharap perkahwinan ini menjadi yang terakhir buat ibu bapanya, sentiasa dikurniakan kebahagiaan, kesihatan dan umur yang panjang agar dapat melihat anak dan cucu berjaya.

Ads

Netizen tumpang bahagia

Video perkongsiannya ini telah berjaya mencuri perhatian netizen dan telah mendapat kesukaan sebanyak 64.4K serta 1633Komen. Ramai netizen yang tumpang bahagia dan ada juga yang menaruh harapan serupa, berharap ibu bapa mereka yang telah berpisah dapat kembali bersama semula.

‘Semoga Jodoh Sehingga Ke Akhir Ayat….’ Pasangan Ini Rujuk Setelah 16 Tahun Cerai, Netizen Tumpang Bahagia.
Sumber gambar dari Tiktok @ndisalonbarbershop

Komen ini bahkan telah menarik pemilik akaun tersebut dan dia telah memberi semangat untuk terus berdoa kepada Allah SWT. Kerana Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Selain itu, ramai jugak netizen yang turut memberikan komen yang sama dan tumpang bahagia.

“Semoga ayah ibuku begini suatu saat nanti, aamiinn Ya Allah..”

“Definisi berpisah untuk memperbaiki diri masing2 kemudian bertemu lagi dengan versi terbaik..”

“Ikutan bahagia.. MasyaAllah, terharu sangat…”

Ads

“Ya Allah pengen banget org tua aku kayak gini..”

“Seindah itu ya rencana Allah .. jika memang di takdir kan bersama kembali… ada sahaja jalan nya..”

Artikel berkaitan: Nak Rumah Tangga Bahagia? Rahsianya Ada Dalam Al-Quran!

Masya Allah..Betul lah kata pepatah “kalau dah jodoh.. tak kemana”. Ramai juga yang turut meninggalkan komen postif dan turut merasai perasaan sebak. Buat anda yang mungkin mengalami situasi yang sama, jangan pernah berhenti berdoa dan mengharapkan yang terbaik. Semoga jodoh ibu bapa pemilik akaun Tiktok ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin!

Sumber: TikTok @ndisalonbarbershop 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI