Sebut sahaja nama Puteri Sarah Liyana yang lebih mesra disapa sebagai Sarah itu, pasti semua wargamaya cakna berkenaan kemelut rumahtangga yang dialaminya, apabila suaminya yang juga merupakan Pengarah filem terkemuka, Syamsul Yusof telah mendua dan memutuskan untuk berkahwin dengan penyondol Ira Kazar.
Berikutan itu, Sarah, 38 telah nekad mengambil jalan muktamad memfailkan perceraian esok (Isnin), berikutan tidak kuat untuk menjalani alam ‘bermadu’ sekaligus mrngakhiri kemelut yang menimpa rumah tangganya dengan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39.
Empat Tahun Menjeruk Rasa, Sarah Masih Percaya Akan Dikurniakan Jodoh Lebih Baik
Menurut Sarah, walaupun dirinya teruji selama empat tahun terpaksa memendam perasaan dan menjeruk rasa, menelan segala apa yang berlaku dalam rumahtangganya selama ini.
Namun perkara itu langsung tidak mengoyahkan mahupun memadam kepercayaanya terhadap lelaki. Sebaliknya, Sarah yakin masih ada lelaki budiman di luar sana yang menjaga dan mengasihi isterinya hingga nyawa memisahkan.
“Sarah bersikap ‘neutral’ sahaja dan tak boleh nak menghakimi semua lelaki dengan mengatakan mereka adalah sama.
“Ada lelaki baik, cuma yang baik itu belum jumpa lagi, insya-Allah,” ungkapnya.
Sarah Nekad Teruskan Keputusan Failkan Penceraian Isnin Ini
Ditanya berhubung keputusan memfailkan penceraian, ini respon Sarah. Jelasnya, tiada perkara yang mampu mengubah keputusan itu, malah dia juga nekad tidak akan berpatah arang, berkerat rotan dengan menarik semula tuntutan penceraiannya selepas dilaksanakan kelak.
Sarah akui bahawa air matanya juga sudah kering mengenangkan rumah tangga yang dibina bersama lelaki yang dicintai akhirnya hancur berderai, apabila kesetiannya dikhianati dek gangguan orang ketiga.
Tegasnya lagi, keputusan yang diambil ini bukanlah keputusan yang mudah, malah keputusan ini sudahpun mendapat sokongan dan persetujuan penuh keluarganya dan keluarga belah mertua, Sarah yakin keputusan ini merupakan jalan terbaik buat dirinya dan anak-anak.
Artikel berkaitan: Puteri Sarah Dan Anak-Anak ‘Bawa Diri’ Ke Jepun, Lupakan Seketika Masalah Rumahtangga!
“Memang Sarah sudah nekad. Benda ini bukan berlaku minggu lepas, bulan lepas atau tahun lepas, tetapi sudah lama.
“Sarah pun sudah lama memikirkannya. Kalau boleh memanglah tak nak perceraian berlaku, tetapi, penghujungnya Sarah tanggung derita.
“Katalah kalau tak jadi cerai, apa yang berlaku kemudian, Sarah juga tanggung sendiri. Perbincangan dengan keluarga sudah dibuat dan kami sudah mempertimbangkan segala baik dan buruk.
“Apa yang penting, anak-anak dan hubungan Sarah dengan keluarga mentua baik,” ujarnya.
Artikel berkaitan: “Dia Ingin Mempertahankan Hubungan Itu…” – Ustazah Asma’ Pernah Di Hubungi Puteri Sarah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI