Ramai yang suka untuk melakukan amal kebaikan seperti bersedekah kepada orang. Ia juga boleh berbentuk makanan, wang, bantuan dan lain-lain yang boleh memberikan manfaat kepada orang yang mereka ingin bantu.

Tetapi ramai yang sering ketepikan adab ketika memberikan sedekah. Sering sahaja beranggapan pemberian mereka itu sudah memadai.

Sedekah boleh beri, tapi kena pada adab

Sedekah Atas Niat Yang Betul Bukan Bermegah, Ikuti Adab Yang Patut Di Contohi
Sumber dari Canva

Terdetik dalam hati setiap manusia untuk memberikan sesuatu kepada orang lain dengan niat sedekah. Mungkin juga mereka ingin berbakti kepada orang sekeliling.

Bersedekah ini juga merupakan satu contoh yang sering dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW. Baginda sering memberikan makanan kepada golongan miskin sehinggakan Baginda kerap berlapar.

Difahamkan lagi, baginda Rasulullah SAW amat takut jika harta atau makanan yang ada di rumahnya yang belum dibahagikan. Bahkan, pakaian Baginda sendiri kebanyakannya daripada bahan kasar dan berharga paling murah.

Ads

Pernah dikongsikan kisah oleh Abu Dzar sewaktu beliau berjalan bersama Baginda, apabila mereka tiba di sebuah kawasan tanah lapang di Madinah. Di situ tersergam Bukit Uhud yang cukup gah. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya, harta itu hijau dan manis. Barang siapa mengambilnya dengan kedermawanan hati, maka akan diberkati; barang siapa mengambilnya dengan keserakahan, maka tidak akan diberkati. (Jika tidak diberkati, maka dia) seperti orang yang makan, tapi tidak pernah kenyang. Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (diberi).”

(Hadis Riwayat Muslim)

Ads

Adab untuk bersedekah yang patut diamalkan

Sedekah Atas Niat Yang Betul Bukan Bermegah, Ikuti Adab Yang Patut Di Contohi
Sumber dari Canva

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ada berkongsi di laman sosial Facebook tentang adab bersedekah. Beliau ada menjelaskan cara yang sesuai jika seseorang ada niat untuk bersedekah.

  1. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.
  2. Perlu ikhlas dalam bersedekah bukan hanya sekadar untuk bermegah dengan kebaikan yang dilakukan.
  3. Dahulukan sedekah yang wajib, ianya jelas disebut dalam hadis Qudsi;  “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-KU dengan sesuatu yang lebih AKU sukai daripada apa – apa yang aku telah AKU wajibkan keatasnya..” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
  4. Membayar zakat
  5. Mengeluarkan sedekah pada mereka yang memerlukan– seperti anak yatim, fakir miskin, dan yang berkaitan.
  6. Sedekah dengan harta yang halal
  7. Tidak mengungkit-ungkit dalam bersedekah
  8. Sedekah kepada waris yang terdekat dahulu

Ingatlah, bersedekah itu atas niat yang ikhlas dan mengikut kemampuan. Janganlah hanya kerana populariti dan kemegahan untuk menunjuk kepada orang lain.

Rasulullah SAW pernah bersabda “Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya ALLAH, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya ALLAH berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.”

Ads

(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Sumber: Sinar Islam Daily

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI