Siapa sahaja yang tidak tahu kemanisan rumah tangga Neelofa dan juga PU Riz apabila kedua pasangan ini kelihatan sangat mesra dan manis bila bersama. Tambahan lagi, Neelofa juga menitipkan rasa syukur apabila kehadiran suaminya itu seperti satu manfaat buat dirinya.
Selebriti dan usahawan terkenal itu juga baru-baru ini mendedahkan rasa syukurnya apabila di kurniakan oleh Allah SWT dengan seorang suami yang baik. Ramai juga yang menjadikan mereka sebagai contoh dalam mendirikan hubungan bersama.
Akan di tegur secara bersendirian bukan di khalayak ramai
Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih gemar di kenali sebagai Neelofa turut berkata dirinya belum cukup sempurna untuk melengkapi panduan kehidupan yang sebetulnya. Malah, dengan adanya suaminya, Haris Ismail, mereka berdua memainkan peranan bersama untuk melengkapi kekurangan yang ada.
Pelakon dan usahawan terkenal itu juga berkata suaminya sering menegur dan memberikan nasihat jika ada kesilapan yang di buatnya. Neelofa juga akui bahawa teguran dari PU Riz membuatkannya lebih akur dan menjadikan dirinya sebagai isteri dan Muslimah sejati.
“Saya bukan seorang yang semuanya perkara boleh buat dengan baik. Macam dengan suami pun kalau ada perkara yang tak sefahaman itu normal. Jadi kita cuba perbaiki semula,
Ads
“Kita kena ada perasaan sebegitu tapi kalau kita sendiri yang macam nak kebahagiaan seorang saja sampai sudah tak ada titik pertemuan di tengah-tengah.” kata pelakon itu.
Neelofa yang juga terkenal dengan perusahaan bisnes tudung dan juga baru-baru ini keluaran produk inai itu menitipkan lagi cara lembut teguran PU Riz kepadanya. Itulah yang di katakan sebagai nasihat dan teguran yang sebetulnya.
“Haris ini nampak saja macam itu tapi sekecil-kecil perkara pun dia memang sangat teliti. Contoh, cara saya duduk depan dia, cara saya jawab mesej dia,
Ads
“Dia sangat pentingkan adab dan akhlak. Kalau dalam mesyuarat, cara saya duduk, jawab soalan dia akan tegur. Dia kata kalau kita kurang ilmu dalam sesuatu perkara itu kena tunjuk adab dan akhlak yang baik,
“Dia akan tegur bila dah tak ada orang. Manisnya di situ. Dia juga tak jemu menegur, kalau saya memang dah penat nak buat macam itu. Benda yang sama dia boleh tegur saya berpuluh-puluh kali. Jadi saya pun jadi lebih peka selepas itu,” ujarnya lagi.
Neelofa dan juga Suaminya telah mendirikan rumah tangga yang kini menjangkau usia setahun itu di kurniakan lagi dengan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal. Menurut neelofa juga, selepas bersalin dia juga melalui fasa baharu sebagai seorang ibu dan kehidupannya juga turut berubah.
Ads
“Saya tak rasa hidup saya terlalu sempurna, sebab mesti ada kurang di mana-mana. Tapi nak banding dulu dan sekarang saya rasa sekarang lebih tenang, hati saya macam penuh sebab ada anak dan suami yang boleh teman walaupun tak terlalu rancak tapi saya rasa dapat rezeki yang cukup.” sambungnya lagi.
Tidak di nafikan, Neelofa memberitahu bahawa PU Riz juga tidak menyekatnya untuk membuat apa-apa yang di inginkan. Jadi apa yang boleh kita titipkan dalam kehidupan adalah untuk sentiasa memahami antara satu sama lain, juga kunci utama adalah toleransi.
Semasa duduk, santai, di meja makan mungkin sangat selesa, ia tidak semestinya perkara terbaik untuk kesihatan anda. Anda pasti menghabiskan banyak masa dengan duduk di tempat kerja dan pulang ke rumah sambil duduk di dalam kereta atau menaiki pengangkutan awam hanya untuk mendapati diri anda duduk sekali lagi untuk makan malam.
Tetapi kebanyakan keluarga Jepun makan sambil duduk di atas lantai dan kemungkinan besar anda tidak akan menemui kerusi, walaupun di restoran 5 bintang di Jepun. Anda pasti terkejut apabila mendapati bahawa orang Jepun makan sambil duduk di lantai dan ini bukan sahaja kerana rumah Jepun biasanya sangat kecil. Malah, tabiat ini mempunyai banyak manfaat kesihatan yang anda mungkin ingin mencubanya.
Membantu penghadaman.
Apabila duduk di atas lantai dengan kaki bersilang dan makan, anda dengan mudah melakukan yoga pada masa yang sama. Kedudukan bersila ini dipanggil pose “mudah”, atau sukhasana, dan ia dipercayai dapat meningkatkan aliran darah ke perut, membantu anda mencerna makanan dengan mudah dan mendapatkan paling banyak vitamin dan nutrien. Apabila anda membongkok ke hadapan untuk mengambil makanan dari pinggan dan kemudian kembali ke kedudukan permulaan untuk menelannya, anda sedang menguatkan otot di perut, yang seterusnya, boleh mengelakkan kembung perut.
Duduk di atas lantai sambil makan membantu saraf vagus berfungsi dengan lebih baik. Apabila sistem pencernaan anda mengeluarkan hormon yang dipanggil leptin, ia menghantar isyarat kepada saraf vagus bahawa anda sudah kenyang, dan fungsi saraf ini yang betul boleh menghalang anda daripada makan berlebihan.
Menjadikan anda lebih fleksibel
Semasa duduk terlalu lama di atas kerusi boleh menyebabkan punggung anda sakit dan akhirnya menegangkan cakera di tulang belakang, duduk di atas lantai meregangkan lutut dan pinggul anda. Kerana kedudukan ini membantu anda untuk duduk lebih tinggi dengan setiap gigitan yang anda ambil, ia menghalang anda daripada membongkok dan menjadikan belakang dan bahu anda lebih kuat.
Mungkin membantu anda hidup lebih lama
Jika anda boleh dengan mudah bangkit dari kedudukan bersila tanpa sebarang sokongan, kemungkinan besar anda mungkin hidup lebih lama. Ternyata, duduk di atas lantai sambil makan dan bangun beberapa kali sehari adalah salah satu cara paling mudah untuk menambah tahun tambahan dalam hidup anda.
Mengekalkan kesihatan sendi
Apabila duduk lama di atas kerusi, pinggul menjadi kaku. Duduk di atas lantai, bagaimanapun, membolehkan anda meregangkan pinggul dan buku lali, ini menjadikan sendi anda lebih fleksibel. Sesetengah postur duduk, seperti melutut dan mencangkung, menjadikan otot berfungsi walaupun sedang berehat, kerana ia menggalakkan anda untuk melibatkan otot yang tidak aktif apabila duduk di kerusi.
Apabila kerusi tidak menyokong belakang anda, ia menggalakkan anda untuk melibatkan otot teras anda, yang seterusnya memberi manfaat kepada postur anda. Walau bagaimanapun, pastikan anda mengelak daripada membongkok, kerana ini boleh menyebabkan sakit belakang.
Menenangkan fikiran
Melakukan yoga sambil makan juga menenangkan fikiran. Apabila fikiran tenang, anda boleh menikmati makanan lebih banyak dan makan hanya sehingga anda kenyang.
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air. Inilah cara rasuluallah duduk seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala anda duduk pada bahagian kaki kiri.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mengingati Allah dengan memperbanyakkan amalan ibadah melalui doa adalah cara terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
Ramadan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Gunakan peluang yang ada untuk terus menimba pahala. Berdoalah kepada Allah tanpa kenal erti berputus asa. Mengadalah kepadaNya dengan sepenuh hati.
Melalui entri di laman facebook, lelaki ini berkongsi doa diakhir Ramadan.
Baca doa ini di akhir Ramadan kerana doa ini mampu buatkan air mata mengalir tanpa sedar! Doa, senjata mukmin. Doa ibarat air dan oksigen. Yang sangat penting untuk hati kita terus bernafas segar.
Doa, semua orang boleh berdoa. Nak pula di bulan Ramadan ni, lagilah perlu banyakkan doa. Doalah… pasti Allah kabulkan.
Tapi saya nak kongsikan rangkap doa yang lengkap, tapi penuh penghayatan dan jika dibaca dari hati, insha Allah pasti mengalir air mata tanpa sedar.
doa bulan Ramadan, doa Ramadan, doa selepas solat, doa sepuluh akhir bulan Ramadan, doa lailatulqadar, doa amalan di bulan Ramadan.
Inilah dia doanya!
Bacalah dari hatimu untuk Tuhanmu… dengan penuh sifat kehambaan…
Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah kesalahan-kesalahanku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.
Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.
Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku. Ya Allah berkatilah aku dengan menyaksikan lailatul Qadr.
Tunjukkanlah aku ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu.
Bantulah aku dalam mendapatkan khushu’ dan ikhlas dalam melaksanakan ibadahku.
Bantulah aku untuk lebih mendekatkan diriku kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.
Jadikan aku hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi.
Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku dan keyakinanku kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.
Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhirku, jauhilah aku daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid’ah (besar / kecil).
Golongkanlah aku dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat.
Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk diriku. Selamatkanlah aku daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.
Berkatilah aku dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi aku daripada kesedihan & kemurungan. Bantulah aku dengan keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah jiwaku sepanjang perjalanan hidupku.
Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hatiku. Pelawalah aku ke rumahMu untuk aku menyembahMu.
Ya Rabb, berikanlah kepadaku pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan aku suka dan gembira untuk bertemu denganMu.
Jadikan kuburku & alam barzakh sebagai tempat kediamanku yang aman dan sejuk. Kurniakanlah kepadaku pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.
Berikan catatan amalanku dari tangan kanan dan beratkan timbangan ku dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepadaku nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.
Permudahkan aku untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah aku Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.
Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya.
Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain. Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku.
Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agamaMu. Jadikanlah aku tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.
Ya Allah, bantulah aku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak ku.
Peliharalah anak-anak ku supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan ku yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah aku dengan anak-anak yang soleh.
Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mataku dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.
Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan.
Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.
Ya Allah Ya Rahman,
Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.
Ya Allah selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.
Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapaku.
Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat. Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka. Berikanlah kejayaan kepada adik-beradikku di dunia ini & akhirat.
Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat masyarakat kami.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat; sama ada yang muda & tua.
Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga mereka bertemu denganMu.
Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.
Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan eratkanlah ikatan persaudaraan kami.
Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka, permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan perkahwinan.
Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.
Ya Allah Ya Qawiyy, Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh negara; Palestin, Syria, Nepal, Rohingya, Iraq, Iran, Malaysia dan di mana-mana jua daripada penganiayaan, rogol, pembunuhan, penghinaan.
Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisiMu. Kau hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami.
Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan, Kau ringankanlah beban bagi mereka yang tertindas dan Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.
Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.
Sebut sahaja filem Kuch Kuch Hota Hai, pasti sis semua kena dengan hero utamanya yang juga bintang lagenda bollywood, Shah Rukh Khan.
Pada Jumaat lalu, pelakon kacak itu sempat memenuhi undangan menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Sharjah 2022 (SIBF 2022) di Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebelum berangkat pulang ke Mumbai, India keesokan harinya.
Namun apa yang memeranjatkan adalah, Shah Rukh Khan telah ditahan oleh kastam sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang Mumbai.
Di Tahan Kerana Bawa Jam Tangan Mewah Bernilai RM 103,086
Media tempatan Times Now melaporkan bahawa Shah Rukh Khan ditahan oleh pegawai kastam atas kesalahan membawa jam tangan mewah bernilai Rs 18 lakh (RM103,086).
Sehubungan itu, susulan kelasahan yang dilakukan, Shah Rukh Khan didenda dan perlu membayar penalti sebanyak RM39,115.41 (Rs 6.83) sebagai duti kastam.
Bagaimanapun, pada Pesta Buku yang dihadirinya, Shah Rukh dinobatkan sebagai Ikon Global Pawagam dan Naratif Budaya, kerana beliau merupakan antara penyumbang terbesar industri seni dan kebudayaan negara hingga ke layar antarabangsa.
Sewaktu mengambil anugerah, Shah Rukh Khan telah memberikan pose ‘signaturenya’ dalam salah satu babak filem Dilwale Dulhania Le Jayenge. Selain itu, Shah Rukh Khan turut menawan hati para peminat dengan mengungkapkan beberapa buah dialog ikoniknya dalam filem Baazigar dan Om Shanti Om.
Aksinya itu telah mengundang pelbagai reaksi teruja dari para peminat yang bersorak dan histeria sambil memberi ‘flying kiss’ dan melambai tangan ke arah peminat sewaktu mereka menjerit ‘I love you Shah Rukh!’
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...