Sakit perut ketika berpuasa bukanlah sesuatu yang ganjil. Ini kerana ramai juga yang mengalami perut meragam ketika berpuasa. Keadaan ini tentulah akan membuatkan kita jadi tidak selesa. Perut terasa sebu dan berangin.

Sebenarnya apakah punca berlakunya sakit perut ketika berpuasa? Baca perkongsian doktor ini.

SAKIT PERUT BERPUASA, BAGAIMANA NAK ELAK?

Di bulan Ramadan ini ramai ke klinik saya mengadu simptom-simptom, pedih hulu hati, kejang perut, kerap bersendawa (masam), loya dan muntah, serta rasa panas di dada (heartburn).

Ini adalah tanda-tanda dyspepsia. Dyspepsia adalah kondisi pencernaan terjejas. Ada beberapa punca berlaku dyspepsia, antaranya; gastritis, peptic ulcer disease, atau gastroesophageal reflux disease (GERD).

Sakit Perut Dan Sentiasa Sebu Ketika Berpuasa? Doktor Ini Sarankan Elak 7 Perkara Ini

Ads

Simptom dyspepsia ni secara umum mudah berlaku ketika berpuasa kerana perut kita kosong, tetapi perut tetap merembeskan asid. Ada orang, perutnya sangat sensitif dengan asid ini.

Jadi apa nak buat jika kerap kena dyspepsia sepanjang berpuasa ni?

ELAKKAN

Ads
  • merokok serta minum minuman keras
  • minum kopi, teh, minuman berkarbonat
  • makan juadah berempah, pedas dan berminyak
  • ambil NSAID(ubat tahan sakit) berterusan
  • makan terlalu banyak semasa berbuka
  • baring atau tidur selepas berbuka/sahur
  • makan terlalu hampir waktu tidur

Sakit Perut Dan Sentiasa Sebu Ketika Berpuasa? Doktor Ini Sarankan Elak 7 Perkara Ini

AMALKAN

  • berbuka awal(tak usah tangguh)
  • sahur lewat (bukan sebelum tidur)
  • makan porsi kecil dan berulang
  • sahur dengan makanan tinggi serat
  • tidur yang mencukupi
  • minum air kosong secukupnya
  • bertenang(kurangkan stress)

BILA PERLU JUMPA DOKTOR?
1. Sakit perut yang sangat kuat. Doktor akan beri ubat kurangkan rembesan asid dan ubat sokongan yang lain.

Ads

2. Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan di perut.

3. Najis berwarna hitam legam. Juga tanda pendarahan di perut.

4. Perlu MC. Namun, doktor akan hanya beri jika anda benar-benar layak.

Sumber kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI