Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berkolaborasi dengan rakan Sinergi Media Malaysia untuk menjayakan Misi #QuranHour melalui tiga program utama, iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention, di Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia, di platform Zoom, pada 15 April 2022.
Sesi taklimat tersebut disertai oleh wakil media seperti TV AlHijrah, Astro, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, Zayan FM, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima, Harakah Daily, dan Denaihati.com.
World #QuranHour kali ke 7 dengan tajuk “Dunia Bersujud” akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah, pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022. Manakala, Malaysia #QuranHour diadakan pada 30 Ogos 2022 dan World #QuranConvention pada 17 dan 18 Disember 2022.
Tiga program utama tersebut dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) sepanjang tahun ini. Surah tersebut menjadi formula daripada Ilahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH, dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.
TV AlHijrah sebagai penyiar utama mengalu-alukan semua rakan media untuk mengambil “live feed” World #QuranHour pada hari tersebut. Diharapkan stesen TV lain seperti Astro, RTM, Media Prima dan Bernama TV turut sama menyiarkan program ini serentak pada 26 April 2022, Selasa, pukul 12 hingga 1 tengah hari.
Sesi taklimat tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali. Manakala sesi tadabbur disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.
Ads
Pengasas WUIF dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Dato’ Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif, WUIF, Marhaini Yusoff berkongsi maklumat mengenai penganjuran World #QuranHour 1443H/2022.
Sementara itu, TV Al-Hijrah yang diwakili oleh Pengurus Besar, Jabatan Kejuruteraan & Sokongan Penyiaran, Suffian Yahya dan Pengurus Penerbitan, Mohd Ashrudy Borhan memberi taklimat teknikal kepada rakan Sinergi Media.
Pada 2021, World #QuranHour yang diadakan secara hibrid mencatatkan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar di dalam negara dan 42 lokasi luar negara.
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan NGO di dalam dan luar negara dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1443H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di https://bit.ly/REGWQH2022.
Ads
MENGENAI YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS DAN MISI QURANIC VALLEY
Sejak tahun 2013 hingga kini, gerakan Baca, Faham dan Amal Al-Quran telah digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) melalui pelbagai inisiatif.
Ini termasuk kempen penubuhan lebih 3000 Rumah Ngaji (#QuranCorner, Troli Ibadah) di seluruh Malaysia, penganjuran Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour melibatkan 76 buah negara dan mencapai 1.46 bilion capaian di seluruh dunia.
Terkini penghasilan program TV dan Digital berlandaskan Al-Quran seperti My #QuranTime yang telah dimanfaatkan oleh 10 juta penonton dan pelayar internet serta sumbangan lebih 150 ribu naskhah wakaf Al-Quran kepada para petugas barisan hadapan dalam wabak yang melanda.
Ads
Tabung Gerakan Al-Quran ini adalah bagi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah untuk membangunkan Lembah A-Quran (Quranic Valley) Menuju 1500 H.
Aktiviti utama Quranic Valley:
Wakaf dan infak al-Quran dalam bentuk mushaf dan pelbagai bahasa terjemahan.
Mewujudkan Quranic Valley (Lembah al-Quran) melalui Pembangunan dan Penyeleidikan (R&D) al-Quran, untuk tujuan Tadabbur dan Tazakkur di pelbagai peringkat ekosistem.
Infak & Wakaf Media bagi penyebaran kefahaman al-Quran melalui platform TV dan Digital.
Latihan pembangunan jurulatih tadabbur al-Quran untuk pelbagai golongan masyarakat.
Pemerkasaan kempen berteraskan interaksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.
Pemberdayaan Sahabah al-Quran yang menyumbang kepada misi MengQurankan Bangsa MengIkhlaskan Ummah.
Hari pernikahan merupakan antara detik terindah dalam hidup kita apabila akhirnya dapat disatukan bersama insan yang kita cintai. Namun, kesedihan itu pasti jua dirasai kerana kini seorang gadis itu akan ‘dilepaskan’ dan berada di bawah tanggungjawab suaminya pula.
Pastinya ayah kita merupakan antara insan yang paling terkesan dalam situasi ini kerana perlu melepaskan puteri kesayangannya. Seperti video yang dikongsikan di twitter oleh @snasmn_ ini membuatkan semua yang melihatnya turut berasa sebak apabila melihat momen mengusik jiwa sebegitu.
Setelah lima tahun berhijab, pelakon popular, Emma Maembong akhirnya mengambil keputusan untuk menanggalkan tudungnya. Pelbagai reaksi diterima termasuk dari Pendakwah Terkenal, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz. Datuk Hassan al-Hafiz menyeru semua pihak bersangka baik kepada pelakon wanita terbabit. Namun beliau turut menasihatkan Emma supaya bertaubat.
Menurutnya juga dalam melakukan kebaikan biasalah seseorang itu akan tersasar. Jadi dakwah kita kepadanya adalah dengan memberi sokongan dan bimbingan supaya dia kembali ke jalan yang benar.
“Tindakannya yang sebelum ini tidak bertudung kepada bertudung adalah satu permulaan baik. Ini tanda dia punya kesedaran. Kadang-kala tersasar itu perkara biasa kita perlu bimbing dia, lagi pula dia bukanlah daripada aliran agama,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Hassan juga turut berpesan agar Emma mencari kawan yang baik, belajar agama dan ketiga carilah suami yang baik supaya dapat membimbingnya.
“Pesan saya buatnya, pertama carilah kawan yang baik. Kedua, belajar agama dan ketiga, carilah suami yang baik supaya dapat membimbingnya. Janganlah hati kita berbolak-balik dalam melakukan kebaikan, ini dikategorikan sebagai jiwa tak tenteram.
“Jika kita bertemu dengannya, jangan marah atau mempersoalkan tindakannya (membuka tudung) sebaliknya, katakanlah Allah sayang kepada orang yang tutup aurat,” katanya.
Dalam pada itu sebaik Emma muat turun fotonya tidak berhijab, ruangan komen membanjiri di laman Instagramnya. Masing-masing memberikan pendapat tersendiri berhubung tindakannya yang tidak mahu lagi berhijab.
Knp kisah pandagan orang.. Kisah lah pandagan Allah pada awak Emma.. Xpela.. Doakan awak smoga cepat mndpt hidayah.. Sy suka Sgt bila Emma bertudung.. Sgt cntik.. Berseri2.. Skrng seri pun dh hilang.. Doa yg baik2 aje.. Amin..
Knapa kamu hidup dimuka bumi ni..xmalukah kamu..kamu bdiri dibumi allah hidup udara yg allah bg..tp kamu xikut printah allah..
Stay strong..moga satu hari nnti iman kk emma tros kuat ntok kekal bertudung..
aurat ini mahal bukan senang ii pemberi memberinya.so jaga lah ia seperti anda menjaga keluargamu….@emma_maembongofficial
My wish and du’a for you and me always istiqomah in everything..Allah love us more
Apabila usia sudah menginjak 20an, pastinya kita sedang belajar menjadi lebih matang dan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Seperti yang telah dikongsikan oleh @budeeeen di Twitter ini, anda harus tinggalkan perkara yang merunsingkan minda anda dan fokus pada matlamat hidup.
Ini 8 perkara yang anda perlu ucapkan ‘Selamat Tinggal’!
1. Selamat tinggal pada pemikiran harus ada pasangan dulu baru boleh bahagia.
Siapa cakap kena ada pasangan dulu baru boleh bahagia kan? Baik bersendiri daripada bersama dengan orang yang salah.
2. Selamat tinggal pada membandingkan diri sendiri dengan orang lain.
Jangan bandingkan diri kita kalau nak bahagia. Belajarlah bersyukur.
3. Selamat tinggal pada risaunya pada diri sendiri.
Tingkatkan keyakinan dirimu hijabi! Tonjolkan kelebihan diri anda.
4. Selamat tinggal pada perlu menggembirakan dan menyenangkan orang lain.
Bahagiakan orang lain memang perbuatan yang baik. Namun, jangan sampai orang lain mengambil kesempatan ke atas diri kita pula.
5. Selamat tinggal pada hubungan yang mengganggu.
Kalau hubungan itu menyakitkan, lebih baik kita undur diri sahaja. Tak gitu?
6. Selamat tinggal pada kawan-kawan yang tidak memberi manfaat.
Banyak sekarang ini kawan yang tikam dari belakang. Berhati-hati tau! Jangan ikut yang ke arah keburukan.
7. Selamat tinggal pada perlu menjelaskan keputusan yang kita buat.
Tak semua perbuatan kita perlu dijelaskan pada orang lain. Yang penting, kita yakin dengan keputusan itu sahaja sudah cukup.
8. Selamat tinggal drama!
Jangan layan sangatlah drama di sekeliling kita ni. Masing-masing dah matang kan. Baik layan k-drama lagi best!
Hijabi jangan terlalu stress memikirkan masa lalu okay? Fokus pada masa hadapan agar kekal tenang dan bersemangat!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...