Setelah puluhan tahun berkecimpung sebagai anak seni menyumang kepada industri kreatif tanah air, pelakon Norkhiriah Ahmad Shapie akhirnya dinobatkan sebagai Pelakon TV Komedi Terbaik menerusi telefilem Madu di Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) semalam.
Terlalu gembira dan bangga dengan pencapaian ini, Norkhiriah naik ke pentas bersama cahaya mata sulungnya untuk berkongsi rezeki serta moment indah berkenaan yang pastinya akan tersimpan rapi dalam lipatan sejarah berharga miliknya.
Pertama Kali Menang Anugerah, Saya Sedang Mengandungkan Hudhaifah
“Dulu, waktu pertama kali menang anugerah, saya mengandungkan anak saya yang ini. Semalam, saya bawa dia naik ke pentas.
“Saya rasa sangat teruja dan saya bawa anak saya, Muhammad Hudhaifah, 13, untuk menemani saya ke pentas bagi menerima anugerah itu,” katanya lapor Harian Metro.
Kemenangan pada kali ini disifatkan sebagai kemenangan yang penuh bermakna dan beliau begitu teruja, ekoran dirinya sudah lama tidak tercalon dalam mana-mana anugerah bagi kategori komedi.
Ads
“Selepas bertahun-tahun, barulah saya berpeluang tercalon semula. Sebelum ini, kalau ada pun pencalonan, tak sampai Top 5.
“Untuk pencalonan semalam, saya dapat tahu pun di saat-saat akhir. Jadi, saya hadir untuk meraikan dan memeriahkan acara itu.
“Tak sangka pula nama saya diumumkan sebagai pemenang. Saya terus peluk sahabat saya, Ieda Moin dan anak saya, kemudian bawa dia naik ke pentas,” katanya.
Ads
Untuk rekod, antara pesaing yang turut tercalon bagi kategori sama adalah Didie Alias (Apartment Putra), Ieda Moin (Madu), Joey Daud (Apartment Putra) dan Kazaruddin Saisi (Heri Bota).
Mengulas berkenaan perkembangan terkini beliau, Norkhiriah berkata, dia baru sahaja usai menjalani sebuah penggambaran drama bersiri berjudul Nikah, Cerai, Rujuk sebanyak 24 episod terbitan JS Pictures.
Hukum melangsaikan hutang adalah wajib ke atas setiap penghutang. Hukum melambatkan atau menangguhkan pembayaran hutang bagi mereka yang berkemampuan adalah haram.
Perkara ini adalah seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Menangguh pembayaran (hutang) bagi orang yang mampu adalah kezaliman, jika salah seorang dari kamu memindahkan hutang itu pada orang yang kaya, maka terimalah ia (pemindahan hutang).” Riwayat al-Bukhari (2287) dan Muslim (1564)
Bagaimanakah Nak bayar Hutang, jika Pemiutang Tidak Ditemui?
Soalan:
Jika berhutang wang dalam jumlah tertentu dengan seseorang, kemudian orang itu berpindah dan pelbagai cara dilakukan untuk mencarinya, namun menemui jalan buntu. Bagaimana cara untuk saya membayar hutang tersebut?
Jawapan Prof. Madya Dato Dr MAZA:
1. Jika seseorang berhutang dengan niat untuk membayar kembali dan tidak sengaja melewatkan pembayarannya maka dia tidak berdosa. Jika sebaliknya, iaitu sengaja melewatkan pembayaran padahal mampu sehingga pemiutang (pemberi hutang) berpindah, maka itu termasuk dalam sabda Nabi s.a.w:
مَطْلُ الغَنِيِّ ظُلْمٌ
“Melewatkan pembayaran hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya dosa tersebut akan dibawa pada Hari Kiamat sebagai satu kezaliman kepada diri pemiutang.
2. Jika seseorang ingin membayar hutang, tetapi tidak ditemui pemiutang, dia hendaklah berusaha semampunya untuk mencarinya. Jika dia telah usaha, tiada jalan untuk mengetahui di mana pemiutang itu, maka para ulama yang membahaskan bab ini mencadangkan untuk dia bersedekah dengan kadar hutang berkenaan. Pahala sedekah itu diniatkan untuk pemberi hutang.
3. Jika suatu hari, pemiutang datang menuntut hutangnya setelah sedekah dilakukan, maka orang yang berhutang boleh memaklumkan kepadanya bahawa jumlah tersebut telah disedekahkan.
Jika dia bersetuju dengan hal itu, maka hutang tersebut dianggap langsai. Jika dia tidak bersetuju dan menuntut kembali hutangnya, maka hendaklah dibayar kembali hutang tersebut. Adapun sedekah sebelum itu pahalanya kembali kepada pihak yang berhutang.
Wanita berkerjaya mahupun suri rumahtangga sudah tentu pasti mempunyai masalah ini. Kenkangan masa menjalani aktiviti harian membuatkan kita mengabaikan waktu rehat dan waktu tidur selalunya. Dek kerana tidur tak mencukup ini menyebabkan kesan sembab pada wajah.
Situasi ini pastinya akan menggangu penampilan kita yang mahu tampil cantik dan berseri setiap pagi. Ada cara paling mudah untuk atasi masalah sembab ini menggunakan tiga bahan dapur yang memang mudah diperolehi.
Tiga bahan dapur ini sering digunakan untuk membuat kek. Bukan popular sahaja tetapi tiga bahan ini mempunyai banyak khasiatnya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
1. GULA PERANG
Mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan mencerahkan kulit.
2. LEMON
Mengandungi Vitamin C yang membantu mengurangkan bintik-bintik hitam di muka juga sama fungsi denggan gula perang, boleh menyahkan sel-sel kulit muka yang mati.
3. BAKING SODA
Sama seperti fungsi lemon dan gula perang. Di samping itu, ia juga dapat mengimbangkan tahap PH kulit, yang sangat penting untuk mengekalkan kulit agar sentiasa segar.
BAHAN-BAHAN:
2 sudu gula perang
1 sudu baking soda
Buah lemon potong dua
Ikuti cara penggunaan 3 bahan ini di dalam video di bawah:
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pisang adalah antara karbohidrat yang paling sihat dan sumber otot yang baik untuk menyokong kalium, folat yang mengatur mood dan triptofan dan karbohidrat yang memberi tenaga.
Tetapi di sebalik semua perkara baik mengenai pisang, ada satu cara terburuk untuk memakannya. Bukan itu buruk bagi anda, tetapi makan dengan cara itu tidak bagus untuk anda.
Setiap tahap kematangan pisang menawarkan kelebihan dan kekurangannya sendiri. Jom semak cara terburuk untuk mendapatkan pisang dan juga cara terbaik jika anda berusaha menurunkan berat badan.
Pisang yang terlalu masak (Pisang coklat) – Lebih buruk lagi untuk penurunan berat badan
Kajian mendapati bahawa pisang yang terlalu banyak yang mempunyai bintik coklat adalah yang paling teruk untuk dimakan. Apabila pisang masak, pati berfaedah mulai hancur dan ditukar menjadi gula.
Pisang bersaiz sederhana yang berlebihan mengandungi 17.4 gram gula sedangkan pisang kuning dengan ukuran yang sama hanya mengandungi 14.4 gram gula. Ini bermaksud terdapat kenaikan gula sebanyak 3 gram dari glukosa dan fruktosa pada pisang yang telah matang.
Kandungan gula meningkat kerana pati dalam pisang yang merupakan karbohidrat komplek secara semula jadi akan menjadi gula sederhana dari masa ke masa. Pisang kuning mempunyai 6.35 gram pati, yang turun menjadi 0.45 gram pisang yang terlalu masak.
Pisang yang terlalu masak juga mempunyai kurang serat. Pisang masak mempunyai serat 1.9 gram sementara pisang kuning mempunyai serat 3.1 gram, yang menjadikan pisang kuning bagus untuk pencernaan.
Menurut sebuah kajian, gula darah penderita diabetes tidak banyak meningkat ketika mereka memakan pisang yang belum matang dibandingkan ketika mereka memakan pisang yang terlalu matang. Tetapi tidak kurang pentingnya, tahap mikronutrien pisang yang terlalu matang juga menurun.
Pisang kuning- Pilihan yang baik
Pisang kuning standard mungkin menjadi pertaruhan terbaik anda. Pisang kuning masak sangat sedap dimakan. Anda mendapat semua faedah pisang apabila anda memakan pisang kuning.
Pisang hijau: Yang terbaik untuk penurunan berat badan
Pisang yang kurang masak – pisang hijau terkenal dengan kandungan gula yang lebih rendah dan pati yang lebih tahan. Pati ketahanan baik untuk pencernaan kerana ia tidak dapat dipecah oleh enzim perut dan dengan itu membuat anda kenyang lebih lama.
Anda boleh menambah pisang hijau ke dalam smoothie, menggunakan tepung pisang atau membuat subji pisang hijau.
Bercakap mengenai penurunan berat badan, pati kanji dan kandungan gula rendah pisang hijau menjadikannya pertaruhan terbaik jika anda ingin menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, mereka agak sukar untuk dimasukkan ke dalam diet harian anda, pilihan terbaik seterusnya adalah pisang kuning. Pisang yang terlalu masak lebih tinggi gula tetapi dengan memasangkannya dengan makanan rendah pencernaan seperti selai kacang, kacang-kacangan, roti gandum, gandum mereka tetap sihat berbanding roti putih sederhana.
SUMBER GAMBAR: PEXELS.COM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...