Juara Big Stage musim ketiga, Azzam Sham telah selamat bertunang dengan cinta hatinya yang juga seorang penyanyi iaitu Sheryl Shazwanie.
Berlangsung di kediaman keluarga Sheryl di Petaling Jaya malam tadi, majlis tersebut diadakan secara serba ringkas bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
Sama cantik sama padan, pasangan ini kelihatan manis sekali apabila sedondon menggayakan busana berwarna turqoise.
Jelas Azzam, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan.
Ads
“Kami sebenarnya sudah kenal sebagai kawan sejak tahun 2015 lagi. Kebetulan perjalanan seni kami sama. Kami pernah menyertai sebuah syarikat rakaman musik yang sama sebelum bertukar ke MVM Production dan Rusa Music.
Ads
“Cuma sejak dua tahun yang lalu, ikatan itu bertukar menjadi lebih istimewa. Harapnya perancangan kami untuk mendirikan rumah tangga awal tahun hadapan dipermudahkan,” ujar pelantun lagu Cinta Jangan Pergi ini.
Ads
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Moga dipermudahkan urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Buat anda semua, jangan lupa untuk menempah segera majalah Hijabista yang terkini dalam tulisan jawi!
Sebagai rakyat biasa, pastinya kita tidak sabar menantikan detik Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini. Istimewa majlis itu nanti menyaksikan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mengenakan kain Tenun Diraja Pahang sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Baginda turut berkongsi beberapa keping gambar hasil tenunan itu di laman Twitter rasmi, @cheminahsayang, malam tadi.
Sementara itu dalam laporan Bernama kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima persembahan hasil kain tenunan tersebut di Istana Negara di sini, termasuk empat pasang tenunan khas sebagai persalinan Raja Permaisuri Agong pada istiadat pertabalan itu nanti.
Ketika ditemui pemberita, Tunku Azizah bertitah Penjara Penor dan Bentong dipilih untuk menghasilkan persalinan baginda pada istiadat pertabalan itu sebagai tanda penghargaan Raja Permaisuri Agong selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.
“Memang Beta mahu penjara yang buat baju untuk Beta pakai pada hari pertabalan. Beta sangat bangga untuk memakainya. Ini merupakan satu penghormatan kepada Beta dan Beta juga ingin memberi penghormatan kepada mereka.
“Ada juga rekaan tenunan yang memasukkan lambang Negeri Pahang. Dua minggu sekali Beta akan ke Penjara Penor dan Bentong untuk melihat sendiri perkembangan kerja tenunan yang dilakukan,” titah Tunku Azizah selepas majlis itu.
Baginda turut bertitah Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat Pahang sejak 300 tahun lalu.
Tunku Azizah yang mengagumi hasil kerja tenunan yang dipersembahkan itu bertitah baginda memperoleh ilham bagi rekaan tenunan itu antaranya daripada alam semula jadi dan keadaan sekeliling seperti biji kopi dan bayang-bayang pagar.
Baginda turut bertitah hasil upah menenun kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan dan berharap kemahiran menenun akan dapat diperluaskan bagi memelihara warisan dan tradisi Melayu.
Baru-baru ini, terpalit satu kontroversi melibatkan penyanyi dan pelakon Nabila Razali berhubung isu memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans. Nabila Razali tampil memohon maaf dan akui kesilapan.
Nabila Razali tampil memohon maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans pada Januari lalu.
Ekoran isu itu, Nabila Razali atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka.
Enggan memanjangkan isu tersebut, penyanyi lagu ‘Tangis’ ini memohon orang ramai agar tidak mensensasikan perkara itu.
“Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan kepada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.
“Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).”
Nabila Razali berharap semoga kejadian itu bukan sahaja menjadi pengajaran buat dirinya dan ibu bahkan juga seluruh rakyat Malaysia.
“Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf,” katanya.
Mengikut pertuduhan, sebagai pemilik kereta Nabila Razali didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga.
Semoga dimudahkan urusan Nabila Razali dan keadaan kembali jernih seperti sediakala.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perasaan dihina dan dicaci memang menyakitkan apatah lagi ia datang daripada seseorang yang kita kenali. Seperti gadis yang dikenali sebagai Rozmiza Rozman, dia telah berkongsikan kisahnya di twitter mengenai kisah lalunya apabila dipandang rendah oleh bekas kekasih dan keluarga bekas kekasihnya kerana dikatakan tidak setaraf seperti mereka.
Walaupun berasa sangat sedih, namun gadis itu tidak terus melayan perasaan dan bangkit daripada kekecewaannya sekaligus melakar kejayaan tersendiri dalam hidupnya apabila mampu kereta mewah hasil titik peluhnya sendiri. Hebat sis!
Tak sangka ditipu oleh bekas kekasih…
Rasa kecewa yang teramat sangat apabila ibu bekas kekasihnya hanya mahukan kakitangan kerajaan sebagai menantu.
Walaupun pedih, namun dia tetap terus bangkit dan berusaha membina kerjayanya dalam tempoh 5 tahun.
Jangan pernah simpan dendam, move on dan buktikan kita juga boleh berjaya!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...