Umum sedia maklum, sebaik sahaja pulang dari menunaikan umrah bersama anak-anak di tanah suci, Pelakon Jelita, Puteri Sarah Liyana atau lebih mesra disapa Sarah, terus menyambung percutian ke Dubai bersama permata hatinya itu.

Namun, apa yang memeranjatkan adalah, sebaik pulang dari Dubai, Sarah telah dikejarkan ke Hospital di Ibu Kota ekoran mengalami kepenatan melampau dan memerlukan rawatan dan rehat secukupnya di bawah pemantauan doktor.

Ini Rupanya Punca Sarah Terpaksa ‘Admit’ Hospital!

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Sarah sendiri menerusi sebuah hantaran di laman Insta Story (IGs) miliknya baru-baru ini.

Dalam perkongsian lain, Sarah turut membuat satu permohonan maaf menerusi hantaran di laman Instagram miliknya yang ditujukan khas buat peminatnya di Singapura, serta kepada semua pihak kerana tidak dapat meneruskan kerja seperti yang dirancang.

Artikel berkaitan: Segala Keputusan Sudah Muktamad! Puteri Sarah Yakin Masih Ada Lelaki ‘Lebih Baik’

Ads

 

Pulang Dari Dubai, Puteri Sarah Dikejarkan Ke Hospital? – “Akhirnya Sarah Tumbang Juga!”

Sarah menjelaskan bahawa dia sememangnya memerlukan rehat yang mencukupi buat masa ini dan berjanji akan kembali berkerja seperti biasa apabila sudah diberikan kesihatan semula.

“Akhirnya Sarah tumbang juga. Saya perlukan rehat dan perlu dipantau oleh doktor, InsyaaAllah apabila sihat Sarah akan bekerja semula.

Ads

“InsyaAllah kepada semua peminat Sarah di Singapura, kita akan bertemu di lain masa. Doakan Sarah. Saya sayang semua,” tulisnya ringkas pada IGs berkenaan.

Lebih menarik perhatian adalah gelagat anak perempuan Sarah, Sumayyah yang setia menemani di sisi ibunya yang sedang sakit, sambil menikmati hidangan hospital yang diperuntukkan untuk Sarah.

“Mama masuk Hospital, tapi yang makan food mama adik 😂😂😂,” seloroh sarah pada perkongsian seterusnya di Instagram Story miliknya.

Ads

Pulang Dari Dubai, Puteri Sarah Dikejarkan Ke Hospital? – “Akhirnya Sarah Tumbang Juga!”

Sekadar info, Sarah baru sahaja pulang dari tanah suci Mekah dan Madinah bagi tujuan menunaikan ibdaha umrah, sebelum memutuskan membawa diri bercuti ke Dubai bersama kedua-dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

Artikel berkaitan: Puteri Sarah Dan Anak-Anak ‘Bawa Diri’ Ke Jepun, Lupakan Seketika Masalah Rumahtangga!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI