Solat lima waktu itu adalah pedoman yang harus dijadikan pegangan dalam kehidupan seharian, ini kerana terdapat banyak hikmah yang terkandung di dalam solat itu sendiri yang perlu kita hayati dengan sebaik mungkin sebagai umat kepada agama yang syumul iaitu Islam.
Malah, amatlah daif pemikiran seseorang, jika menganggap solat itu mengganggu rutin tugasan seharian mereka. Malah, solat perlu ditafsirkan sebagai jalan petunjuk Allah SWT untuk membimbing manusia supaya sentiasa menghargai dan menepati masa.
Justeru, amatlah tidak bertepatan sekiranya kita berpuasa, tetapi meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja kerana Solat merupakan antara rukun Islam yang sangat penting!
Solat Itu Tiang Agama!
Perkara ini telah ditegaskan Allah menerusi satu Hadith sahih dari Riwayat Al-Baihaqi dalam surah al-syu’ab yang berbunyi.
Maksudnya: “Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”.[Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab]
Selain itu, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah menegaskan:
“Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.”
Puasa Tapi Meninggalkan Solat, Salah Satu Bentuk Kufur – Ulama
Ulama Islam telah mengeluarkan berbagai-bagai pendapat, sesetengahnya berpendapat kufur jika meninggalkan salah satu ibadat ini. Ada pula yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dan enggan membayar zakat.
Ads
Sebahagian berpendapat yang lain pula hanya orang yang meninggalkan sembahyang sahaja menjadi kufur kerana kedudukan sembahyang yang tinggi di dalam Islam.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan: “Di antara hamba dan kekufuran itu ialah meninggalkan sembahyang.”
Ulama yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dengan sendirinya berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima.
Sesetengah ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selama mana orang itu masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa yang dibawa Rasulullah SAW. Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik.
Mudah-mudahan pendapat ini lebih benar dan adil. Jika dia mengurangkan sebahagian daripada ibadatnya yang wajib kerana malas atau mengikut hawa nafsu, tanpa mengingkari atau mempermain-mainkannya dan dia juga melakukan ibadat-ibadat yang lain, dia dikira Muslim yang tidak sempurna, imannya lemah dan dan jika berterusan meninggalkannya, Allah tidak mensia-siakan amalan kebaikannya.
Ads
Pahala terhadap apa yang telah dilakukannya tetap ada, sebaliknya dia berdosa di atas ketelanjurannya. Allah SWT berfirman:
وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُّسْتَطَرٌ
Maksudnya: “Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis.” (Surah al-Qamar: 53)
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat pembalasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya pula.” (Surah al-Zalzalah: 7-8)
Ads
Dalam hal ini saya cuba merumuskan pendapat ulama berkenaan dengan orang yang puasa tetapi tidak solat, antaranya:
Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.
Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain.
Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”. Riwayat Bukhari & Muslim
Kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat.
Inilah sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam agar difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat.
Kulit muka merupakan satu bahagian yang agak sensitif dan ia boleh bertindak balas terhadap masalah dalaman atau sebarang perubahan kesihatan. Setiap bahagian pada muka juga boleh dikaitkan dengan organ-organ tertentu. Bukan itu sahaja, ia telah diamalkan sejak dari dahulu lagi oleh pelbagai perubatan terutamanya perubatan tradisional Cina.
Perubahan warna, jerawat atau ruam merupakan tanda bahawa terdapat ketidakseimbangan dalam organ-organ tertentu. Berikut merupakan tanda yang perlu anda tahu dan bagaimana ia dapat menentukan kesihatan organ dalaman anda.
Selain itu, Hijabista turut berkongsi tentang cara untuk merawat masalah tersebut.
1. Hidung – Jantung
Sebab utama anda mengalami masalah hidung termasuklah sirkulasi yang lemah, kembung, pencemaran dan hipertensi.
CADANGAN: Hijabisa cadangkan agar anda merawatnya dengan menyahtoksikan badan, kekalkan gaya hidup yang aktif dan minum teh hijau setiap hari.
2. Dahi – Usus Kecil & Pundi Kencing
Apa yang menyebabkan masalah di dahi boleh dikaitkan dengan usus kecil dan pundi kencing iaitu pengambilan makanan berlemak atau makanan dalam tin, alkohol, gula, dan tekanan yang berlebihan.
CADANGAN: Dapatkan tidur yang cukup. Amalkan pemakanan serta diet yang sihat dan seimbang.
3. Dagu & Mulut – Hormon
Dehidrasi biasanya boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Ada kemungkinan ia turut disebabkan oleh pengambilan makanan dalam kuantiti yang besar, banyak garam atau kafein juga boleh mempunyai kesan yang sama.
CADANGAN: Oleh itu, kami mencadangkan agar anda menjauhi semua bahan perasa sehingga kesakitan hilang. Walau bagaimanapun, ada yang menganggap bahawa ketidakseimbangan hormon juga disebabkan oleh faktor keturunan.
4. Masalah Di Antara Kening – Hati
Sekiranya perut anda terbeban, hati tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu, anda harus cuba meningkatkan sistem penghadaman dan mengambil makanan yang lebih sihat. Selain itu, amalkan sebarang aktiviti fizikal boleh menjadi cara yang baik untuk meningkatkan pencernaan.
CADANGAN: Idea yang baik untuk atasi masalah ini adalah dengan berjalan-jalan, mengamalkan yoga, berenang atau menari. Apa sahaja bentuk aktiviti fizikal sememangnya baik untuk kesihatan.
5. Kening – Buah Pinggang
Apa yang menyebabkan masalah ini adalah otot jantung yang lemah, terlalu banyak alkohol, peredaran darah yang lemah, atau merokok.
CADANGAN: Elakkan kafein, merokok, dan alkohol untuk merawat masalah ini dengan betul. Selain itu, kami mencadangkan anda minum banyak air. Adalah penting untuk kekal hidrasi supaya buah pinggang dapat berfungsi dengan baik.
6. Leher & Rahang – Perut
Kafein, gula, alkohol dan lemak merupakan antara punca yang boleh menyebabkan masalah perut. Tambahan pula, makan makanan pedas dengan terlalu banyak, berjaga sehingga larut malam dan berada dalam keadaan yang tertekan juga boleh memberi kesan yang sama.
CADANGAN: Lakukan rutin yang sihat dari semasa ke semasa dan ambil lebih banyak buah segar. Juga meluangkan masa dengan orang yang memberi aura positif pada anda. Oleh itu, elakkan daripada berada dalam situasi yang tertekan.
7. Pipi – Buah Pinggang & Paru-paru
Penyebab biasa masalah ini adalah diet yang tidak sihat, terlalu banyak gula, tekanan dan merokok.
8. Bawah Dagu – Paru-paru
Penyebab utama masalah paru-paru adalah pencemaran dan merokok.
CADANGAN: Oleh itu, jika ingin menyingkirkan masalah ini, kami cadangkan anda menghabiskan lebih banyak masa di kawasan kurang pencemaran atau tempat di mana orang awam merokok.
Sumber: http://gottadotherightthing.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Amalan menabung perlu diterapkan dalam minda masyarakat yang masih kurang melaksanakan perancangan kewangan dengan baik. Mungkin bagi sesetengah orang agak sukar menabung kerana terlalu boros berbelanja.
Walau bagaimanapun amalan menabung ini amat penting kerana ia menjadi jaminan untuk masa depan. Kesedaran untuk menambung perlu ditanam dalam diri sejak masih kecil lagi.
CARA MENABUNG ORANG BOROS
Cara menabung yang dikongsikan wanita ini paling mmudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu menyimpan wang mengikut tarikh hari bulan.
Menyimpan ikut tarikh hari bulan
1 hb RM1
2 hb RM2
3 hb RM3
4 hb RM4 dan begitulah seterusnya sampai hujung bulan
30 hb RM30
31 hb RM31
Dan ulang teknik yang sama untuk bulan-bulan seterusnya. Yang penting ikut tarikh hari bulan. Jadi kalau genap 12 bulan= setahun, kita akan dapat jumlah terkumpul RM5767.00
Ini cara paling menarik yang semua orang boleh buat. Cara ini sangat berkesan pada orang yang boros berbelanja.
Boleh pakai cara ini bagi:
1. Anda yang mahu deposit kereta atau beli barang kesukaan diri.
2. Anda yang mahu berkahwin (boleh tambah untuk majlis atau wang hantaran)
3. Anda yang mahu lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya.
4. Anda yang mahu ubahsuai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain.
Ini tabung untuk memberi ganjaran kepada diri. Jadi pakailah untuk apa yang dihajati. Paling penting sekali, bulan-bulan jangan lupa bagi mak ayah duit belanja. Jangan lupa bersedekah dengan adik beradik dan keluarga. Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang Allah bagi walaupun sekecil-kecil nilainya.
Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2021. Jom menabung!
HIJABISTA: Amat penting untuk kita menabung kerana ia sebagai bekalan masa hadapan. Jangan boros ketika berbelanja sebaliknya beli hanya yang perlu sahaja.
Kanta sentuh adalah alat optik yang dibuat bahan sintetik seperti silikon. Tujuan utama penggunaan kanta lekap adalah untuk membetulkan masalah mata rabun seperti rabun jauh, rabun dekat serta rabun silau (astigmatism).
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kanta sentuh sering digunakan atas tujuan kosmetik. Malangnya, ramai pengguna tidak mengetahui tentang cara penggunaan kanta lekap yang betul sehingga membawa kepada banyak komplikasi.
Keadaan ini bertambah menyedihkan apabila sebilangan komplikasi ini menyebabkan kebutaan. Adalah penting bagi pengguna untuk menerima pendidikan yang betul tentang kanta sentuh untuk mencegah komplikasi. Pada tahun 2007 hingga 2008, di Malaysia, terdapat 202 kes ulser kornea atau kudis mata disebabkan penggunaan kanta sentuh. Majoriti (70%) adalah perempuan antara umur 20 hingga 30 tahun.*
Apakah Komplikasi Penggunaan Kanta Sentuh Yang Tidak Sesuai?
Contact-lens Acute Red Eye Syndrome (CLARES) – iaitu sindrom mata merah yang disebabkan radang pada mata. Ia terhasil daripada tindakbalas yang berlaku terhadap bakteria atau protein yang terbentuk daripada tindakbalas Antara permukaan kornea dan kanta sentuh
Allergic reaction – tindak balas alahan di mana mata menjadi merah dan gatal
Corneal abrasion – Luka pada lapisan kornea
Dry eyes – Mata kering
Neovascularisation – Penghasilan salur darah pada kornea yang menyebabkan mata kelihatan merah dan penat
Corneal ulcer – Jangkitan kuman yang menyebabkan ulser kornea atau kudis mata. Ini merupakan komplikasi yang amat dikhuatiri kerana ia boleh menyebabkan kebutaan pada mata di mana pemindahan kornea harus dilakukan untuk mendapatkan penglihatan yang baik
Apakah Gejala atau Simptom Sekiranya Berlaku Komplikasi Seperti Kudis Mata? Dan Apakah Yang Perlu Saya Lakukan?
Kesakitan pada mata, mata menjadi merah, penglihatan yang menurun atau penghasilan discaj pada mata. Jika gejala-gejala ini berlaku, sila lawati doktor mata secepat mungkin kerana rawatan segera diperlukan untuk mencegah komplikasi lanjut.
Siapakah Yang Berisiko Untuk Mendapat Komplikasi Tersebut?
Individu yang kurang pemahaman, kesedaran dan pengetahuan mengenai kanta lekap
Kebersihan diri yang rendah seperti kuku yang kotor dan tidak membasuh tangan ketika mengendalikan kanta sentuh
Memakai kanta sentuh yang berpanjangan atau dilanjutkan melebihi tempoh yang disyorkan
Menyimpan kanta sentuh di tempat kotor seperti di bilik mandi
Membersihkan dengan air paip atau menggunakan larutan kanta lekap (contact lens solution) yang tercemar
Berenang sambil memakai kanta sentuh
Pesakit diabetes
Apakah Cadangan dan Nasihat Untuk Pengguna Kanta Sentuh?
Sebaiknya, setiap pengguna kanta sentuh perlu mendapatkan priskripsi daripada individu professional seperti pegawai optometri. Mereka akan mencadangkan jenis kanta lekap yang sesuai untuk pengguna tersebut. Selain itu, mereka juga akan melakukan ujian pemasangan kanta sentuh untuk melihat kesesuaian terhadap pengguna tersebut.
Mana-mana pengguna harus dididik tentang bagaimana untuk meletakkan dan mengeluarkan kanta sentuh, tempoh penggunaan, kaedah pembersihan dan penyimpanan yang betul, serta gejala awal jika komplikasi berlaku. Jika anda merancang untuk menggunakan kanta sentuh, sila lawati kedai cermin mata yang mempunyai perkhidmatan oleh pegawai optometris terdekat anda untuk mendapatkan preskripsi dan pendidikan yang betul mengenai kegunaannya.
SUMBER: Dr Aniah
Pakar Mata dan Pensyarah Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM)
* Goh, P. P. et al. (2010) ‘Contact lens–related corneal ulcer: a two-year review.’, The Medical journal of Malaysia, 65 Suppl A, pp. 120–3.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...