Rezeki, pertemua, ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Siapalah kita mahu menolak Qadak & Qadar Tuhan. Sekarang ini kita lihat ramai yang mudah meninggal akibat pelbagai jenis penyakit.
Umpamanya, anak Bazli UNIC, adik Syahid yang meninggal dunia akibat kanser pada usia semua 4 tahun.
Biarpun reda dengan ketentuan Tuhan, tetapi sebagai hambaNya, kita masih boleh berusaha untuk mencegah/merawat jika terkena penyakit merbahaya.
Perkongsian di laman sosial oleh gadis dari tanah seberang, Singapura Khainis Tahir ini ada benarnya. Dia yang berkongsi pengalaman adiknya yang juga meninggal pada usia masih muda.
Nasihat yang diberikan olehnya untuk elak perkara tidak elok terjadi pada kita boleh diambil berat. Ini kerana ada benarnya perkongsian berdasarkan pengalaman sebenar.
Lately, ramai young girls yang kena cancer.
[su_highlight background=”#a399ff”]Kadang2 aku takleh tidur fikirkan my own death. Tengah2 malam, aku terbangun.. and terflash diri aku dimandikan dan dikafankan. Dikuburkan dan ditinggalkan.[/su_highlight]
Bila aku bebual ngan parents aku, and everytime aku cakap, “life is soo soo short ma..”
Mak aku akan snap back. Its not short. Pada dia memang la tak short. Dia da hidup for 53 years. Pada aku, thats quite long. But aku ni, I think I will not even pass 35.
Sebab Lain Kena Kanser
So I was thinking, besides food and lifestyle, apa yang boleh buat someone kena cancer?
[su_highlight background=”#a399ff”]Cancer ni according to some perawat ruqyah, are caused by Jin. Diorang kacau system badan kita. Nowadays, bila dengar je orang kena cancer, selalunya da stage 4 and its super aggressive. Da tak boleh tolong.[/su_highlight]
Ads
Masa arwah adik aku tengah berubat ruqyah, hijab dia terbukak and she can see so many scary things dalam bilik kita. Macam2 rupa. Sebelum dia sakit, aku antara orang yang tak percaya benda2 gini. Tapi bila dia sendiri yang alami, and nampak dengan mata kepala dia sendiri, aku jadi takut. Aku tidur dengan parents aku for 1 and half months after she passed away. Aku takut duduk bilik ni sorang2.
[su_highlight background=”#a399ff”]Mak aku suruh aku baca Quran dalam bilik. Tapi masa tu, aku cant even solat. Tak larat. Badan rasa berat and terlalu malas. Solat pon chop chop.[/su_highlight]
Masa arwah adik aku nampak these things, muka dia betul2 ketakutan. Ada orang kata, these things dihantar orang2 yang benci dia sebab kawan2 dia, ada parents yang “tukang ubat”. Arwah adik aku ni lawa. And dia selalu jugak reject orang. So orang geram ngan dia agaknya. Bilik tidur kita kat corridor and 2 kali orang pernah bukak tingkap kita and try nak throw benda kat muka arwah adik aku. Lepas tu baru abah tukar tingkap secure skit.
[su_highlight background=”#a399ff”]Aku plak strongly feel yang dia kena mata. Sebab kita ni quite fit. Kita exercise regularly. Makan benda2 sihat. And kita takde history of cancer from both families.[/su_highlight]
So try kurangkan amik gambar/videos and post it online.
Dulu Selalu Post Gambar
Aku pon dulu kaki post gambar.
Ads
Masa aku kena sakit teruk, ada ustazah suruh aku buang semua gambar2 aku from social media. And told me to stop taking pictures sebab badan aku “lemah”. She said, aku senang “kena mata jahat” orang. Kadang2, its not only orang benci kita, yang terlalu suka kita pon boleh cause kita to fall sick.
[su_highlight background=”#a399ff”]Aku da post banyak kali about this. But tiap kali aku post, orang confirm tak happy. Kenapa kita orang2 muda senang sangat sakit sekarang? Every other day, aku dengar orang muda meninggal due to cancer. I cant help but think about the effect of social media dalam life kita.[/su_highlight]
Kita ni takde pendinding. Tak kuat beribadah. And kita expose diri kita to public. We look so good in pictures. And dalam banyak2 yang scroll newsfeed tu, berapa ramai yang suka, and berapa ramai yang benci kita?
“Menyampah la aku! Balik2 muka dekni!!!”
Kita try amik iktibar dari stories orang and reflect, kenapa banyak sangat deaths lately. Apa puncanya?
Sejak aku stop post gambar aku social media, alhamdulillah, aku da tak sickly sgt.
Evil Eye Itu Benar
Ads
[su_highlight background=”#a399ff”]Evil eyes tu benar…Kalau kita da selalu sangat sakit, try adjust certain things dalam life kita. Apa yang kita buat sampai tak habis sakit?[/su_highlight]
Kenapa kita tak boleh jadi macam tokoh2 wanita Islam yang hebat zaman dulu macam Siti Maryam RA, Siti Aisyah RA.. they are very shy ladies.
Tapi nowadays kita, makin tak malu. Bertudung.. tapi terpekik2 buat video. Semua gila nak jadi famous. So what kalau famous? So what kalau postings, videos or gambar tu got so many likes and shares? None of that dapat selamatkan kita kat dalam kubur nanti.
[su_highlight background=”#a399ff”]Aku tak faham kenapa orang amik selfies. Some ladies justify their acts by saying, ni social media pe, biarlah orang nak selfi ke nak post everything about their lives.[/su_highlight]
Yes. Memang terserah korang nak buat apa.
But just be careful of evil eyes. Tu je.
Not everyone loves u.
And its not about, “lantaklah apa orang nak cakap. We cant please everyone..”
Its about.. evil eyes.. it can kill you.
Aku shared a video on evil eyes below. Spend some time to watch it k.
Satu berita baik telah dimaklumkan iaitu jenama hijab sukan pertama di dunia, Capsters kini telah diambil alih oleh syarikat Malaysia.
Pada tahun 1999, pereka Belanda iaitu Cindy van de Bremen telah menghasilkan hijab sukan pertama sewaktu masih di kolej. Ia terjadi apabila terdapat suatu kes murid di Belanda yang tidak dibenarkan bersukan menggunakan hijab yang dikatakan tidak selamat.
Timbulnya perasaan kasihan, Cindy telah mereka satu hijab khas dengan menggunakan fabrik yang sesuai dan tidak berpin bagi menghasilkan thesis akademik beliau di Design Academy Eindhoven.
Pencapaian ini telah mendapat perhatian ramai dan pesanan khas mula masuk dari serata dunia hinggalah pengkomersilan dilakukan pada tahun 2001 dan terciptalah jenama Capsters.
Banyak pencapaian yang telah diraih Capsters antaranya ialah memenangi Good Design Award di Jepun pada tahun 2002 dan dipamerkan sebagai koleksi tetap di Museum of Modern Art (MoMA), New York sejak tahun 2005.
Capsters juga telah berkolaborasi bersama Putera Jordan, Ali bin Al Hussein bagi membatalkan larangan hijab oleh FIFA dan ternyata ia merupakan satu kejayaan buat mereka.
Produk Capsters kini dijual di 16 negara di seluruh dunia termasuklah di Eropah, Asia Tenggara, Amerika Utara, Afrika dan Australia.
Baru sahaja diambil alih oleh Innovacia Sdn Bhd pada penghujung tahun 2019 yang lalu, pasaran hijab ini dijangka akan terus berkembang disamping mempromosikan gaya hidup yang sihat pada masyarakat.
Selain itu, Capsters juga berharap melalui pengambilalihan oleh suatu syarikat berasaskan teknologi ini mereka dapat terus menghasilkan produk inovatif dan menjadikan jenama Malaysia berkembang lagi di taraf antarabangsa.
Makanan Korea kini bukanlah sesuatu yang asing lagi buat masyarakat di Malaysia. Fenomena muzik K-pop, pengaruh drama Korea(K-Drama) yang mula ditayangkan di pelbagai saluran televisyen dan platform media membuatkan orang ramai tertarik dan ingin mencuba pelbagai makanan Korea. Bahkan, pelbagai restoran makanan Korea yang dah ada di Malaysia seperti Kyochon, Sopoong, Dubuyo, Mr. Dakgalbi, dan banyak lagi!
Sebut je pasal makanan Korea, perkara pertama yang terlintas di benak fikiran pastinya makanan seperti Kimchi, Tteokbokki, Bimbimbap, dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya, ada banyak lagi makanan Korea yang hijabi patut tahu. Contohnya seperti pencuci mulut dan kudapan Korea!
Apa itu Hotteok?
Kalau hijabi biasa layan K-Drama, mesti anda pernah melihat babak pelakon sedang menikmati satu pencuci mulut seperti ‘mini pancake’, iaitu Hotteok. Ia adalah makanan ringan dari Korea dan juga merupakan makanan jalanan (street food) yang popular di Korea Selatan. Katanya, ia sedap dimakan ketika panas!
Hotteok atau ‘Sweet Korean Pancake’ ialah sejenis lempeng Korea yang mempunyai isi di dalamnya. Hotteok ini diperbuat dari adunan tepung gandum, air, susu, gula dan yis. Intinya selalu dipenuhi dengan gula merah, madu, kacang dan serbuk kayu manis. Ia menjadi diantara pencuci mulut kegemaran masyarakat di Korea. Bukan itu sahaja, bintang global Korea; BTS juga sangat menggemari Hotteok ni tau!
Kini, ada banyak variasi hotteok yang dijual, seperti hotteok teh hijau, hotteok jagung dan sebagainya. Namun, isi tradisionalnya iaitu kayu manis bersama kacang masih menjadi kegemaran ramai. Buat hijabi yang ingin mencuba resepi Hotteok ini, bolehlah ikuti resepi yang dikongsikan orang seorang pengguna di laman Facebook.
Resepi Hotteok Atau ‘Sweet Korean Pancake’
Bahan-Bahan
1 cawan air suam
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk yis
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan tepung pulut (diayak)
Bahan Inti
1 sudu kecil serbuk kayu manis
2 hingga 3 sudu besar gula perang
1 hingga 2 sudu besar kacang yang dicincang (boleh guna apa sahaja jenis kacang yang anda suka)
Cara Penyediaan
Masukkan air suam, garam, gula, dan yis ke dalam mangkuk besar.
Masukkan tepung gandum dan tepung pulut ke dalam mangkuk tadi dan gaul rata menggunakan senduk. Adunan memang lembik, jangan tambah tepung. Tutup mangkuk menggunakan plastic wrap atau apa sahaja, dan biarkan selama sejam. Tutup dengan penutup periuk pun boleh.
Selepas sejam dan doh dah naik 2 kali ganda, gaul rata sekali lagi sambil buang angin dia. Kemudian tutup dan tunggu sepuluh minit lagi.
Sambil itu, boleh sediakan inti. Campurkan sahaja semua bahan inti. Saya ada juga letak nutella sebagai inti. Sedap!
Tabur tepung gandum di atas dulang/ pinggan yang anda akan guna selepas bahagikan doh. Bahagikan doh kepada 8 bahagian. Jangan lupa untuk salut tangan anda dengan tepung gandum sebelum anda pegang doh, supaya doh tak melekat pada tangan. Masukkan inti ke dalam setiap bahagian doh.
Goreng doh atas kuali leper yang sudah panas dan diletak minyak. Tak perlu goreng deep-fry tapi minyak kena letak sikit-sikit setiap kali doh diterbalikkan. Tekan-tekan doh bagi leper dan terbalikkan 2-3 kali supaya masak sekata.
Dah boleh makan macam tu je atau makan dengan aiskrim vanilla dan drizzle madu/ mapple syrup. Sedap! Selamat mencuba!
Ha…buat peminat K-Drama atau peminat makanan Korea, anda harus cuba resepi ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup tau. Yang paling penting, jangan lupa nikmati ketika ianya masih lagi panas, baru terasa kemanisan inti di dalamnya!
Pelakon terkenal Saharul Ridzwan mendedahkan kisah menarik sebelum menikahi isterinya, Qaabila Deena Emir atau lebih mesra disapa Deena. Mengimbas kembali kisah empat tahun lalu, Saharul terus melamar isterinya itu selepas memberikan ucapan sempena hari kelahirannya melalui mesej di telefon bimbit.
.
12 Januari 2016 : Time tu pagi birthday dia, sy dengan nekadnya text dia nak wish bday, nervous sbb dah tak lama betul tak contact dia. Takut2 la dia block no sy kan. LEPAS sy wish “Selamat Hari Lahir Deena”, dia terus reply!
.
So saya terus call dia : “Awak dah kahwin?”
“Belum”
“Ada boyfriend?”
“Tak ada”
“Sy nak kahwin dengan awak”
.
Tapi ni lagi best. Lepas kahwin, dia baru cerita dekat saya, pada pagi yang sy call dia tu, dia dengan kawan2 dia, tengah celebrate, then kawan2 baik dia suruh dia doa something sebab birthday dia. Jadi doa dia adalah; “Ya Allah, tahun ni aku nak kahwin, temukanlah jodoh aku”. Lepas dia aminkan doa, sy yang call dia. Jodoh kan?
.
Selamat Hari Lahir sayang. Terima kasih sudi hidup dengan saya di dunia. InShaaAllah, kita sama2 usaha supaya kita sekeluarga sama2 jugak di akhirat nanti. Amin Ya Rabb. Semoga doa ini di makbulkan juga pada hari kelahiran awak. @deenaemir
Sweetnya! Rata -rata pengikut laman sosialnya berasa seronok apabila membaca perkongsian daripadanya itu malah ada di antara mereka yang sudah mengikuti perkembangan pasangan ini sejak dari dahulu lagi.
Terdahulu, Saharul mendirikan rumah tangga bersama Deena pada 16 September 2016. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Luth Ali,3, dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...