Selain suami dan keluarga, orang yang gembira menerima berita kehamilan Datuk Siti Nurhaliza (DCT) hamil adalah pengurusnya yang juga kakak ipar, Rozi. Wanita kecil molek inilah yang selama ini menguruskan kerjaya seni sejak beliau masih anak dara lagi hingga sekarang. Di mana ada Siti pasti kelibat Rozi juga akan ada di sisinya. Cuma setelah Siti berkahwin, Rozi hanya akan menemani jika ada urusan membabitkan kerjaya seninya.
A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Sebelum itu, Rozi ketika hari sama Siti mengumumkan dirinya hamil, dia mengucap rasa lega setelah sebelum ini berfikir cara paling baik berkongsi berita kehamilan Siti dengan semua peminatnya. Malah Rozi turut memohon maaf sekiranya ada yang tak diundang kerana majlis kesyukuran itu hanya kecil sahaja dan sekadar mahu memberitahu perkembangan terkini DCT.
Dan sebagai insan paling rapat dengan Siti, pastinya beliau banyak menyimpan rahsia penyanyi nombor 1 negara ini. Hubungan mereka cukup akrab, tidak hanya sebagai pengurus dengan artis dan juga adik ipar juga kakak ipar, tetapi lebih dari itu.
Semalam juga Rozi telah mendedahkan di laman instgram pengorbanan dan usaha penyanyi tershor ini selama 11 tahun untuk hamil. Ternyata sepanjang tempoh itu seperti wanita lain, Siti tidak pernah berputus asa untuk mencuba menjalani pelbagai rawatan kesuburan.
Bukan senang untuk hamil kerana dalam masa sama Siti juga perlu menjaga penampilan badannya agar kekal menarik setiap kali ada persembahan pentas. Jika ada konsert besar, Siti akan meninggalkan rawatannya dan memberi komitmen dengan kerjanya. Kita melihat Siti aktif melakukan pelbagai kerja dan dalam masa sama sebenarnya dia sedang dalam rawatan. Walaupun jika keputusan diterima negatif, Siti akan kembali bekerja seperti biasa.
A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Begitu besar sekali pengorbanan Siti untuk mendapatkan zuriat. Biarpun dirinya mahukan anak, tetapi dalam masa sama Siti juga tidak mahu menghampakan peminat yang setia menyokongnya dan terus bekerja sebagai penghibur. Berkat kesabaran dan doa, akhirnya Siti disahkan hamil empat bulan dan ia merupakan anugerah ‘agung’ daripada Allah SWT.
A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Ikuti luahan Rozi ini dan sejak berita Siti hamil tersebar ramai wanita yang menghubungi Siti bertanyakan mengenai rawatan yang dilakukan. Ia bagai memberi harapan bagi wanita yang masih belum dikurniakan cahayamata lagi.
Ads
Sebelum @ctdk berkahwin, kami merancang untuk bercuti ‘pantang’ bersama-sama. Maklum saja, kami sering bekerja bersama dan bercadang untuk bercuti pantang juga bersama. Memang agak lucu tetapi begitulah perancangan kami.
Bulan demi bulan, tahun demi tahun, belum ada rezeki beliau untuk dikurniakan cahayamata dan anak bongsu saya juga kini sudah berusia 10 tahun. Saya ringkaskan cerita panjang @ctdk, beritahulah apa saja cara, namakan petua dan rawatan, sebut saja kaedahnya, beliau terus mencuba, ya, tanpa henti.
Bila orang bercakap tentang saiz badannya selepas berkahwin, saya kata, wanita di luar sana mesti faham. Tubuh wanita pasti akan mengalami perubahan saiz kerana inilah proses rawatan kesuburan, mungkin anda boleh ‘google’ jika mahu mengetahui lanjut namun saya tahu, ramai yang faham dan maklum.
Tidak timbul soal tidak diet dan sebagainya, malah beliau aktif beriadah, senaman dan menjaga pemakanan (sesuai saranan doktor) namun dalam masa yang sama rawatan ini juga memungkinkan saiz badan akan bertambah.
Ads
Beliau berkorban jika ada acara besar seperti konsert, mengenepikan rawatan dan kembali melangsingkan badan untuk lebih ‘presentable’ di atas pentas. Kemudian beliau mencuba lagi, lalu kembali fokus kepada acara besar dan meninggalkan sebulan dua rawatan. Begitulah rutin beliau selama 11 tahun ini.
Bukan sekali dua beliau berehat, namun kami bijak mengatur jadual lalu beliau kelihatan selalu aktif, walhal sedang di dalam rawatan. Apabila keputusannya negatif, beliau kembali bekerja seperti biasa.
Inilah pengorbanan wanita, demi mendapatkan cahayamata dan zuriat. Berita beliau hamil telah menggerakkan ramai wanita di luar sana menghubungi dan bertanyakan tentang rawatan yang @ctdk lakukan. Berita ini memberikan semangat dan harapan kepada wanita-wanita yang belum dikurniakan cahayamata. Nikmat sabar itu indah. Teruslah berusaha, setiap apa yang Allah uji kita ada hikmahnya.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, pelakon dan pengacara pujaan ramai iaitu Mira Filzah mengumumkan bakal bergelar isteri pada minggu ini kepada Malaysia Hari Ini.
Dikatakan bakal menjadi ‘Wedding of The Year’, perkahwinan Mira ini juga mendapat liputan daripada TV3 yang menjadi penyiar rasmi majlis perkahwinannya di mana rakyat Malaysia boleh menyaksikannya secara langsung di kaca televisyen nanti.
Ketika ditanya oleh wartawan mengenai perkara yang membuatkannya tertarik pada pasangannya, Wan Emir Astar, Mira menjelaskan bahawa karakter yang dimiliki lelaki tersebut yang menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung selepas kematian arwah bapanya yang telah menawan hatinya.
“I see him as my future husband and future father to my kids”
Mira juga menjelaskan bahawa Emir sudah mengenali dirinya ketika sudah berada dalam industri seni jadi dia sangat memahami dan tiada halangan untuk Mira meneruskan karier lakonan dan juga pengacaraan.
“InsyaAllah kita dapat tepis gosip-gosip itu bersama”
Pastinya seluruh rakyat Malaysia tidak sabar menantikan detik pasangan ini disatukan tidak lama lagi. Moga majlis nanti berjalan dengan lancar dan ikatan yang bakal dibina ini kekal sampai ke syurga. Amin.
Baru-baru ini, aktres jelita iaitu Oktovia Manrose,30, telah selamat bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa,31, pada hari Selasa lalu dengan sekali lafaz.
Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman telah dinikahkan sendiri oleh bapanya yang juga bekas penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman sambil disaksikan jurunikah Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.
Menyingkap kembali detik perkenalan, Oktovia sebenarnya telah berkenalan dengan suaminya sejak tujuh tahun lalu menerusi ahli keluarga sebagai kenalan biasa.
Namun, perasaan terhadap satu sama lain itu mulai timbul selepas dipertemukan semula beberapa tahun yang lalu.
Jelas Oktovia, keinginan bekas pemain bola sepak Melaka United itu untuk sama-sama berhijrah mendekati Allah SWT menguatkan lagi hatinya untuk bergelar isteri kepada Khairul kerana dia juga mempunyai matlamat yang sama.
Di majlis yang bertemakan taman itu, hari bahagia mereka turut diserikan lagi dengan persembahan istimewa daripada Iwan sendiri dan juga Datuk Nash.
Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan acara pada hari itu termasuklah sepupu Oktovia iaitu Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Raysha Rizrose, Emma Maembong, Lufya Alana dan ramai lagi.
Seorang penghantar makanan Foodpanda telah menemui ajal pada 6 Ramadhan lalu selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam sebuah kemalangan dengan sebuah kereta di Meru, Klang pada pagi semalam.
Ramai yang meluahkan rasa sedih di atas pemergiannya termasuklah kakak iparnya, Syazwani Abdul Rahim. Berkongsi di laman Facebook, arwah sentiasa bawa sejadah dan kain pelikat supaya mudah beribadat ketika bekerja.
Alhamdulillah😭😭😭 sayu Kak Wani tengok beg kau Zaim…ada sejadah dan kain pelikat kau bawa setiap masa pergi kerja…semoga syurga tempatmu adikku...
😔😔😔😔😔 Allahuakbar…ramai kawan-kawan Panda dia datang mengiringi Zaim
Ibu ada cerita suruh Zaim tak perlu kerja PKP ini… Dia kata “Kalau abang tak kerja siapa nak kerja hantar makanan orang tengah susah nak keluar PKP ini, kalau nak mati kat rumah pun boleh mati”😭😭😭😭😭
Zaim anak yang baik…kawan yang baik…adik yang baik…abg yang ballik…Paklang yang baik….
Syazia pon nangis teresak-esak tadi tengok Paklang seolah-olah faham…Umi peluk untuk tenangkan die…Sekarang pun asyik sebut tak boleh jumpa Paklang dah lepas ini…Kakak sayang Paklang😭😭😭
Biarlah simpan kenangan disini
Benarlah, orang yang baik itu pastinya akan sentiasa dirindui dan disayangi oleh semua. Salam takziah untuk keluarga arwah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Kredit: Syazwani Abd Rahim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...