Umum sedia maklum, cuaca yang tidak menentu dan musim tengkujuh di beberapa negeri sekarang ini merupakan punca beberapa negara teruk dilanda banjir hingga mengakibatkan puluhan ribu mangsa terkesan dan terpaksa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Malah, cuaca hujan lebat yang berterusan ini turut mengakibatkan beberapa kawasan rumah di penempatan pedalaman turut terjejas dinaiki air, sekaligus menghadkan pergerakkan raja sehari ketika sedang melangsungkan majlis perkahwinan.
Rumah Banjir Separas Buku Lali, Air Bertakung Depan Rumah Bapa Terpaksa Kendong Anak Perempuan Menuju Pelamin
@oohlysa this video that i recorded before the akad nikah really makes me wanna cry 😭😭😭 @• Awin • #banjir ♬ Sempurna – DENII
Terbaharu, sebuah video memaparkan momen dimana seorang pengantin perempuan tular di aplikasi TikTok sebaik sahaja ia dimuatnaik menerusi akauan pengguna milik @oohlysa, telah menjadi sorotan ramai.
Video pendek berdurasi 28 saar itu, memaparkan seorang pengantin perempuan, lengkap berbusana putih diangkat oleh bapanya menuju ke pelaminan bagi meraikan hari bahagia penuh bersejarah miliknya.
Air banjir separas buku lali yang bertakung di hadapan rumah, dan suasana hujan lebat yang berterusan telah menghadkan pergerakkan pengantin. Lebih menambah sebak ketika menyaksikan momen berkenaan adalah apabila si ayah sempat berpatah balik untuk mengambil bunga tangan anaknya yang tertinggal ketika dia mengangkat gadis berkenaan.
Pengantin Perempuan Sebak Lihat Pengorbanan Dan Layanan Ayah!
Menerusi video berkenaan dapat dilihat pengantin perempuan yang sedang menanti bunga tangan di khemah yang memayungi pelaminan menahan sebak dan menitiskan air mata sebaik sahaja kepalanya disentuh bapa tersayang.
Sehingga artikel ini ditulis, video ini telah ditonton oleh 3.8 juta tontonan dengan 612 ribu tanda suka.
Artikel berkaitan: Hijabi Nekad ‘Terbang Dari London’ Demi Kejutan Hari Lahir Buat Ayah! Kisah Gadis Ini Buat Netizen Sebak
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran video itu dan mendapati rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebak sewaktu melihat cinta pertama seorang anak perempuan sanggup mengendong dan meredah hujan dan air bah demi memastikan keselesaan anakya ketika sedang mahu membina masjid.
Justeru, hargailah kedua orang tua kita sekiranya masih ada, kerana mereka menyangi anak-anak dengan begitu tulus dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Sumber: TikTok @oohlysa
Artikel berkaitan: Endang Hyder Turunkan ‘Harga’ Persembahan Violin, Mahu Kumpul Duit Demi Ayah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI