Sebelum ini Hijabista ada memaklumkan bahawa usahawan yang juga pelakon jelita, Syifa Melvin bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan pemain bola sepak JDT Safawi Rasid pada 3 disember ini.
Lebih memeranjatkan lagi apabila sejak semalam tular pula kad undangan perkahwinan majlis bertandang sebelah lelaki memaparkan nama kedua pasangan itu di laman sosial.
Dalam kad yang tular berkenaan, difahamkan majls bertandang itu akan berlangsung di sebuah lokasi di Dungun Terengganu.
Syifa Akui Penat Simpan Rahsia
Bagaimanapun, empunya badan mengambil langkah mengunci mulut dan enggan mengulas perkara itu. Syifa turut menzahirkan rasa terkejut bagaimana warga maya mengetahui perkara itu sedangkan dia tidak menuar-uarkan kepada umum.
“Penat kami simpan rahsia tetapi kantoi juga. Tidak mengapa, biarkan sahaja sebab itu kami pun diamkan diri.
“Kalau tarikh tu, anda nak percaya, percayalah. Hampa tunggulah 3 Disember ini, ada ke tidak,” ujarnya.
Artikel Berkaitan: Akhiri Zaman Bujang, Safawi Dan Syifa Melvin Nikah 3 Disember Ini?
Tambah Syifa lagi, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia mahu ‘merahsiakan’ mengenai berita perkahwinan itu.
“Masih terlalu awal menguar-uarkan, berita tentang perkahwinan mereka kerana masih belum ada ikatan sah selain bimbang dengan penyakit hasad dengki ‘ain’ manusia.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Rasa Diri Tu Baik Lepastu Cakap Ujian!’- Syifa Melvin Sedih Lihat Influencer ‘Sound’ Pak Cik Tua
Sumber: Instagram Syifa Melvin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Covid-19: Tak Perlu Henti Solat Jumaat- Datuk Seri Dr Zulkifli
Solat Jumaat akan diteruskan di masjid seluruh negara meskipun terdapat penularan wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia. Situasi semasa penularan virus COVID-19 yang masih terkawal di negara ini tidak memerlukan solat Jumaat dihentikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata solat yang diwajibkan kepada lelaki Muslim itu hendaklah diteruskan dengan beberapa perubahan dilakukan, antaranya memendekkan khutbah Jumaat.
“Mereka yang ada simptom COVID-19 bagaimanapun tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit,” katanya.
Ia selaras dengan Firman ALLAH SWT dan hukum asal solat Jumaat iaitu wajib.
“Berdasarkan situasi semasa, setakat ini tiada keperluan untuk tiadakan solat Jumaat di masjid,” katanya.
Bagaimanapun katanya, setiap masjid perlu mengambil langkah bagi mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.
“Orang ramai disarankan mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid dan khutbah perlu dipendekkan bagi mengurangkan jemaah terdedah dengan persekitaran,” katanya yang turut menyarankan pihak masjid menyediakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman.
Beliau berkata, sekiranya Covid-19 merebak dan tidak terkawal, dibolehkan solat Jumaat tidak dilakukan dan digantikan solat Zuhur di rumah masing-masing.
LELAKI WAJIB SOLAT JUMAAT
Syariat Islam mewajibkan bagi umat Islam dalam kalangan lelaki, baligh, berakal, orang yang bermukim di sesuatu tempat dan tidak mempunyai keuzuran, untuk mendirikan solat Jumaat secara berjemaah. Ini berdasarkan dalil daripada al-Quran, hadith dan Ijma’. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Surah al-Jumu’ah: 9)
Imam al-Sarkhasi dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa arahan untuk bersegera tersebut tidak memberi makna lain kecuali makna wajib, serta arahan untuk meninggalkan jual-beli yang pada asal hukumnya adalah harus kerana solat Jumaat menunjukkan kewajipan solat tersebut. (Rujuk al-Mabsuth lil Sarkhasi, 2:21)
Begitu juga, sabda Rasulullah SAW:
الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِيٌّ أَوْ مَرِيضٌ
Maksudnya: Solat Jumaat merupakan satu hak kewajipan ke atas setiap orang muslim untuk mendirikannya secara berjemaah, kecuali hamba yang dimiliki oleh tuannya, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit. Hadith riwayat Abu Daud, (1:644)
Disamping itu, telah berlaku ijma’ dalam kalangan ulama’ berkenaan kewajipan solat Jumaat ke atas orang lelaki, muslim, baligh, yang bermukim di sesuatu tempat dan tiada keuzuran baginya yang membolehkan dia meninggalkan solat Jumaat secara berjemaah. (Rujuk Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27:193).
Berdasarkan dalil dan hujah di atas, jelaslah kepada kita tentang kewajipan solat Jumaat yang dilaksanakan secara berjemaah.
Sumber kredit: muftiwp.gov.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Inspirasi! Fazura Tak Hanya Cantik Luaran, Tapi Berhati Mulia Santuni Pesakit Kanser
Cantik luar dan dalam, itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan selebriti ini. Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura memang dikenali dengan perwatakannya yang sangat lembut serta sering merendah diri.
Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan gelagat mesra Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin bersama suaminya, Fattah Amin yang tampak sangat penyayang melayan pesakit-pesakit kanser di Institut Kanser Negara.
Menerusi video pendek berdurasi 12 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna @fazuralovers di laman TikToknya itu; aktres itu tidak dapat menahan sebak ketika sedang melawat seorang pesakit dan terlihat mesra melayani staf di institut berkenaan.
@n4dia.hassan Inspirasi sangat tengok Fazura 💖 semoga Allah terus jaga Faz 🌹#fazura #fattzura #fattahamin #kanserfighter #loveyourself #fyp ♬ original sound – Dani Sylvia
Video ini telah berjaya menarik perhatian netizen. Ramai berpendapat bahawa Fazura seakan tidak kekok dan begitu merendah diri dalam melayan pesakit kanser meskipun dirinya merupakan seorang selebriti berpengaruh besar dalam industri hiburan.
Disamping itu, Fazura turut dilihat selesa melayan staf-staf Institut berkenaan yang mahu mengambil gambar dengannya.
‘Queen’ Di Hati Semua..
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat Fazura kagum melihat sikap aktres Gol dan Gincu yang cuba membahagiakan setiap pesakit kanser ini.
Bukan itu sahaja, ramai netizen berharap untuk berjumpanya lagi dan mendoakan agar urusan Fazura sentiasa dipermudahkan. Video tersebut telah mendapat 8404 kesukaan dan 316 komen daripada netizen.
Artikel berkaitan: “Jenama Tudung Fazura Untuk Semua. Setiap Rekaannya Memiliki Kisah Tersendiri…” – Fazura
Selain itu, sebelum ini juga pernah tular dimana Fazura telah berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah, Coach untuk dihadiahkan buat staf dibawah seliaanya.
Wah, memang sememangnya queen di hati semua orang. Personaliti Faz yang baik ini sememangnya wajar untuk dipuji serta dijadikan sumber inspirasi.
Sumber: Tiktok n4dia.hassan & Instagram Fazura
Artikel berkaitan: ‘Macam Mana Nak Kerja Sekali?’- Habis Puluhan Ribu Ringgit, Fazura Belanja Staf Beg Mewah Coach
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
11 Helah Luar Biasa Menurunkan Berat Badan Dengan Pantas Walaupun Anda Malas
Isi Kandungan
ToggleBerapa kerapkah anda mengatakan bahawa anda akan menjalani diet “Isnin depan”? Dan sentiasa tebantut, kerana tidak bersedia untuk melakukan banyak usaha. Tetapi langkah ini tidak begitu susah sehingga kelihatan mustahil, kami percaya bahawa anda boleh mencapai matlamat dengan langkah kecil ini namun berkesan.
Jadi bagaimana anda boleh menurunkan berat badan dengan mengikuti beberapa peraturan mudah dan mengubah hidup anda sedikit demi sedikit? Jom lihat! Beberapa helah yang membantu ramai orang menghilangkan berat badan berlebihan tanpa menggunakan jumlah usaha yang luar biasa.
1. Aktiviti yang tidak dapat dilihat
Peraturan penurunan berat badan utama adalah mudah, anda perlu membakar lebih banyak kalori daripada yang anda makan. Senaman fizikal boleh membantu, tetapi anda sering memutuskan untuk tinggal di rumah kerana anda agak malas. Aktif pada siang hari dan antara tugas harian. Adakah anda menonton siri TV? Lakukan beberapa tekan tubi atau squat! Adakah anda menggosok gigi anda? Lakukan beberapa lunges.
Jurulatih kecergasan mengesyorkan agar kita menjadi aktif selepas setiap hidangan: ia meningkatkan proses penghadaman dan membakar kalori yang berlebihan. Jangan duduk sejurus selepas makan tengah hari dan jangan tidur selepas makan malam. Berjalan kaki selama 10 minit dan selepas 20-30 minit, anda boleh melakukan beberapa senaman.
2. Guna umami
Tukang masak membezakan antara 5 rasa: manis, masam, pahit, masin, dan umami. Umami adalah rasa ringan yang terdapat dalam kicap, brokoli, cendawan dan walnut. Dikatakan bahawa ia mempunyai pengaruh tertentu pada reseptor otak kita dan membantu kita berasa kenyang lebih cepat. Tambah sedikit kicap ke dalam hidangan anda, tetapi jangan lupa terdapat sejumlah besar garam di dalamnya, jadi jangan terlalu jauh.
3. Masukkan rempah ratus
Sesetengah rempah mempunyai kesan positif pada metabolisme kita. Kayu manis, kunyit, lada merah dan halia adalah yang paling popular. Jika anda mengurangkan jumlah garam yang anda makan dan menambah sedikit rempah pada diet anda, anda boleh meningkatkan metabolisme anda. Lebih-lebih lagi, rempah mempunyai ciri berguna yang lain:
- Kayu manis merendahkan gula dalam darah.
- Halia memperbaiki kulit dan mempunyai pengaruh yang besar pada penghadaman kita.
- Lada merah meningkatkan kerja saluran darah dan mengurangkan pengekalan air.
- Kunyit mengurangkan keradangan dan meningkatkan kerja pundi hempedu.
4. Minum air sejuk
Dikatakan bahawa rasa air bergantung pada suhunya. Memang benar: majoriti orang tidak suka minum air suam tetapi mereka suka meminumnya dengan ais. Jika tiada sebarang kontraindikasi, minum air sejuk. Ia akan membuatkan badan anda membakar lebih banyak kalori untuk memanaskannya untuk penyerapan yang lebih baik.
Malangnya, aktiviti ini tidak begitu sukar untuk badan anda (anda akan kehilangan sekitar 8-15 kalori jika anda minum segelas air), tetapi ia bertambah dan jumlah kalori yang hilang pada siang hari akan menjadi agak ketara. Malah terdapat apa yang dipanggil “diet ais” yang mencadangkan anda makan makanan sejuk supaya badan anda perlu memanaskannya dan menghabiskan lebih banyak kalori.
5. Jalan-jalan singkat
Ia tidak begitu sukar untuk menjadikan diri anda lebih banyak berjalan. Letakkan kereta anda beberapa blok dari tempat kerja atau berjalan-jalan selepas makan tengah hari pada hari yang cerah. Tindakan ini membakar kalori dan meningkatkan kerja saluran darah anda. Jadikan aktiviti ini sebagai ritual setiap hari dan anda akan melihat bahawa anda mula berasa lebih baik.
6. Memperdayakan pandangan mata.
Salah satu cara paling berkesan untuk menurunkan berat badan ialah mengurangkan saiz hidangan anda. Anda boleh memperdayakan mata dan perut anda dengan mudah. Potong kepingan besar menjadi kecil dan sajikan makanan anda di atas pinggan yang lebih kecil supaya hidangan anda kelihatan lebih besar daripada hidangan itu.
7. Kurangkan jumlah kalori dengan bantuan epal.
Epal, terutamanya yang masam, merangsang pengeluaran asid gastrik dan meningkatkan selera makan. Tetapi ia mempunyai kesan yang luar biasa, jika anda makan sebiji epal 15 minit sebelum makan, jumlah kalori setiap hari berkurangan sebanyak 150-200 kalori.
Sesetengah pakar pemakanan mengatakan bahawa kita kurang makan kerana perut kita sudah separa penuh, yang lain mengatakan bahawa ini semua tentang jumlah serat yang tinggi yang mempercepatkan metabolisme.
8. Keluarkan makanan yang mudah anda lupakan.
Kebanyakan orang mula mematuhi diet dan kemudian mudah melupakannya. Itulah sebabnya penting untuk mendekati diet yang sihat dengan langkah perlahan-lahan. Keluarkan makanan yang anda boleh hidup tanpanya, tetapi akhirnya makan cuba untuk mengatasi kebosanan atau tekanan. Jika anda tidak dapat membayangkan hidup anda tanpa coklat, jangan berhenti memakannya. Kurangkan jumlahnya perlahan-lahan. Ingatlah bahawa pencapaian kecil membantu kita untuk maju ke hadapan.
9. Gunakan ciri warna
Ternyata warna itu memberi kesan kepada selera makan kita dan warna yang paling tidak menyenangkan ialah biru tua. Dikatakan bahawa makanan kelihatan kurang enak di atas pinggan biru dan oleh itu membuatkan kita makan lebih sedikit. Warna lain juga mempunyai ciri tersendiri. Merah jambu dianggap paling wangi dan ia boleh meningkatkan bau pencuci mulut. Plat putih dianggap neutral dan oren dan kuning boleh meningkatkan selera makan.
10. Makan vitamin yang meningkatkan metabolisme
Mengapa anda fikir lebih mudah untuk menurunkan berat badan pada cuaca panas? Ia berlaku kerana pada cuaca panas, badan kita diperkaya dengan vitamin D yang mempercepatkan metabolisme andaa. Jika hari hujan, masukkan vitamin D dalam diet anda dengan makan lebih banyak ikan, mentega, hati ikan kod dan telur.
Dengan cara ini, jangan lupa tentang kromium: ia menurunkan tahap insulin dan mengurangkan selera makan. Ikan, daun bawang, makanan laut, lentil dan kekacang adalah sumber kromium yang hebat.
11. Bau yang membantu kita menurunkan berat badan
Sesetengah bau memberi kesan kepada selera makan kita. Malah terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa teori ini berkesan. Kajian ini telah membuktikan bahawa orang yang pernah menghidu bau pudina, epal, pisang dan limau gedang mahu makan lebih sedikit.
Lebih-lebih lagi, beberapa bau bunga juga mempengaruhi selera makan kita. Ia termasuk bau lavender, mawar, dan melati. Dikatakan bahawa ia boleh mengawal selera makan kita dan membuatkan kita berasa gembira dan tenang.
SUMBER GAMBAR: PEXEL.COM
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI