Sudah tibalah waktu pelajar universiti pulang ke kampus atau asrama masing-masing untuk menghadiri kelas secara berdepan. Bila dah pulang, kenalah pandai berdikari dan berjimat cermat. Selalunya, pelajar rasa terbeban untuk mengisi perut dek kerana harga makanan yang mahal. Namun, bagi pelajar berdekatan dengan lokasi perniagaan satu ini, anda sangat berutung kerana masakan yang dijual sangatlah murah!
Mengimbas kembali satu video yang pernah tular di TikTok, mengenai ‘Warung Ibu’ yang menjual makanan dengan harga yang sangat murah. Sehingga ada yang menyatakan harga tersebut tidak masuk akal dan meminta pemiliknya menaikkan harga.
Menurut Haizum Hasan yang telah memuat naik video berkenaan di aplikasi TikTok, warung tersebut adalah milik ibunya iaitu Noorasiah Che Yusoff berusia 52 tahun. Warung yang diberi nama ‘Warung Ibu’ itu telah diusahakan sejak empat tahun lalu. Video itu telah mendapat 25.1K kesukaan serta 533 komen daripada warganet.
Melalui video yang telah dikongsikan tersebut, warung milik ibunya itu telah menjual menu seperti mi goreng, nasi goreng, kuey teow goreng dan sup dengan berharga hanya RM3 setiap hidangan. Mustahil kan nak dapat harga serendah itu di zaman sekarang ini? Memang ‘heaven’ lah pelajar yang tinggal berdekatan situ.
“Warung kami terletak berdekatan dengan Maahad Amir, jadi pelajar adalah antara pelanggan tetap. Ibu kata biar berniaga dengan harga macam ni, asalkan ramai orang datang, daripada berniaga mahal dan tak ada orang datang.” ujar Haizum melalui temubualnya bersama mstar.
Tambahan itu, Haizum juga menyatakan bahawaibunya pernah mengalami kesukaran kerana kenaikan harga barang, namun masih memilih untuk mengekalkan harga demi meringankan beban pelanggan.
“Ibu pernah juga mengadu harga barang banyak naik. Tapi apabila ditanya kenapa tak mahu naikkan harga makanan di warung, ibu kata dia kesian pelanggan yang terdiri daripada orang kampung dan pelajar.”
“Pernah je pelanggan tak cukup nak bayar tapi ibu halalkan. Secara tak langsung, berniaga sambil beramal”. tambahnya lagi.
Mendapat respon positif daripada warganet
Haizum menyatakan bahawa dia sekadar ‘suka-suka’ untuk memuat naik video itu di aplikasi Tiktok, dan tidak menyangka perkongsian tersebut berjaya meraih perhatian warganet.
Ads
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT”
“Semoga makcik nie. kaya raya. amin..”
“Harga-harga masakan panas macam tahun 2010 dulu”
“Ya Allah kak, boleh untung ke niaga mcm ni. Murah rezeki akak..”
Murah rezeki makcik kerana ramai yang turut mendoakan. Buat anda yang tinggal berdekatan dengan Warung Ibu, anda boleh lah singgah ke warung ini. Warung Ibu by Kak Yah ini bertempat di Jalan Pondok, Kg Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan dan beroperasi setiap hari seawal 6.30 pagi hingga 12 malam.
Umum sedia maklum bahawa kejayaan seorang anak itu adalah kerana hasil usaha keras kedua ibu bapanya. Selain bapa, ibu adalah insan yang paling banyak pengorbananya dalam kehidupan seorang anak bermula dari saat melahirkan lagi.
Sehubungan itu, Allah mengangkat setingginya martabat seorang wanita yang digelar ibu. Malah, Islam melarang sama sekali untuk menyakiti hati ibu dan derhakalah seorang anak yang tidak menyantuni ibu dan bapanya.
Justeru, di sini Hijabista berkongsikan satu kisah inspirasi yang berlaku di India dan wajar dijadikan contoh serta pengajaran kepada hijabi yang juga anak di luar sana.
Replika ‘Taj Mahal’ Simbolik Penghargaan Kepada Jasa Dan Pengorbanan Ibu
Baru-baru ini, dunia digemparkan oleh seorang lelaki India berusia 49 tahun yang dikenali sebagai, Amrudeen Sheik Dawood yang telah membina replika Taj Mahal sebagai simbolik penghormatan kepada arwah ibunya, Jailani Bibi.
Dawood telah membina sebuah makam dari batuan marmar, seluas 743-meter persegi, di atas sebidang tanah seluas satu ekar di Tiruvarur, Tamil Nadu India.
Memetik laporan media antarabangsa, replika gah setinggi 12-meter pada platform 1.2 meter, dengan setiap empat menaranya mencapai ketinggian 14 meter. Lebar makam adalah lebih kurang 33 meter.
“Saya mendapat inspirasi dan ilham untuk membina replika ini daripada mercu tanda tapak warisan dunia UNESCO yang tersegam indah iaitu Taj Mahal.
“Tujuan saya mencipta makam yang diilhamkan oleh Mughal, adalah sebagai tanda penghormatan diatas segala pengorbanan ibu yang melahirkan dan membesarkan kami enam beradik seorang diri.
Jelas Dawood lagi, ini berikutan kematian mengejut ibunya itu pada 2020 akibat serangan jantung. Dawood memutuskan untuk membina sebuah tugu peringatan untuknya daripada mengebumikannya di tanah perkuburan konvensional.
Hasrat Dawood di sebalik membina replika Taj Mahal adalah untuk menyatakan cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap ibunya, mencerminkan pengorbanan yang dilakukannya untuk keluarga mereka.
Sekadar info, Jailani Bibi telah kehilangan suami ketika berusia 36 tahun, membesarkan enam anaknya, termasuk Dawood dan anak angkatnya Mohammed Abdul Khadar, sebagai ibu tunggal.
Dia mendedikasikan hidupnya untuk membesarkan keluarga dan menguruskan perniagaan arwah suaminya tanpa berkahwin lagi.
Untuk rekod, Taj Mahal asal merupakan sebuah monumen bersejarah, jauh lebih besar, dengan ketinggian hampir 60-meter pada platform 6.7 meter. Menaranya berukuran kira-kira 42-meter tinggi.
Tomato sarat dengan vitamin A dan C, malah semakin matang buah tomato itu, kandungan vitaminnya juga semakin banyak. Selain dijadikan ramuan masakan, tomato juga digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan.
Walaupun dikategorikan sebagai makanan, tomato juga kaya dengan pelbagai manfaat untuk menjaga kecantikan kulit dan rambut. Sebagai sayur yang memiliki kandungan air yang tinggi, tomato boleh membantu melembapkan kulit dan membuatkannya lebih sihat.
Tomato bukan sahaja mudah untuk didapati tetapi juga boleh dibeli dengan harga yang murah. Banyak kegunaan tomato untuk tujuan kecantikan.
Kecilkan Liang Pori
Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur. Sapu pada wajah dan biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Kemudian, barulah bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.
Atasi Kulit Kering
Untuk atasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt original. Jadikan bahan ini sebagai masker, sapu pada keseluruhan wajah. Biarkan ia kering, kira-kira 30 minit. Bilas dengan air suam, kulit bukan sahaja lembap malah berseri.
Kulit Cerah Sekata
Campuran jus tomato dan madu amat mujarab untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Sapu bahan tersebut pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan air perahan limau nipis. Hasilnya kulit akan cerah sekata.
Singkir Lemak
Amalkan makan tomato pada waktu pagi, ia dikatakan mampu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus ini juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan kita berasa kenyang.
Kulit Badan Mulus
Mudah saja untuk kembalikan kelembapan kulit, lenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali, pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bantu Atasi Kelemumur
Bagi yang ada masalah kelemumur, lenyek tomato, sapukan di bahagian kulit kepala. Lakukan selama 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Buat dua kali seminggu, kulit kepala akan bersih dan bebas kelemumur.
Rawat Rambut Kering
Ia juga boleh digunakan untuk merawat rambut yang kering dan bercabang. Lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Insya-Allah rambut akan sihat dan bersinar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sejarah sandal jenama terkenal, Teva, tercipta di pinggir sungai berbatu di Grand Canyon Amerika Syarikat pada tahun 1984. Kisahnya terjadi apabila seorang pemandu sungai yang bijak mengikat dua tali jam Velcro kepada seliparnya bagi memastikan sandalnya tidak terapung di hilir sungai.
Bagi meraikan peristiwa penting tempat kelahirannya dan menggalakkan peminat penerokaan dan pengikut setia untuk memahami asal usulnya, Teva telah melancarkan peraduan global di mana pelanggan Teva berpeluang untuk memenangi percutian ke Grand Canyon. Menariknya tahun 2019 juga merupakan ulang tahun Taman Negara Grand Canyon yang diasaskan 100 tahun lalu.
Prestige Sports Sdn Bhd, pengedar eksklusif Teva di Malaysia, turut meraikan ulang tahun ini dengan mengumumkan peraduan cabutan bertuah untuk pelanggan baru dan sedia ada di Malaysia untuk memenangi percutian percuma ke Taman Negara Grand Canyon selama 10 hari.
Dengan hanya berbelanja RM250 ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai Teva, (Mid-Valley, One Utama atau Sunway Velocity Mall) pelanggan layak menyertai cabutan bertuah ini. Tempoh kelayakan bagi peraduan ini adalah dari sekarang sehingga 16 Jun 2019. Keputusan rasmi akan diumumkan dari 8 Julai 2019 dan seterusnya.
Sertai Peraduan Foto ‘My Teva Moments’
Peminat setia Teva juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah melalui laman Facebook Teva Malaysia dengan memuat naik gambar mereka sedang memakai sandal Teva yang menjadi kegemaran mereka berserta dengan kapsyen yang berinspirasi. 20 penyertaan yang menerima paling banyak ‘likes & shares’ dalam tempoh peraduan layak untuk menyertai cabutan bertuah ke percutian Grand Canyon. Sejumlah 4 pemenang juga akan dipilih untuk memenangi sebanyak dua pasang sandal siri Teva GC100 masing-masing. Peraduan ‘My Teva Moments’ berakhir pada 30 Jun 2019.
“Kami ingin memupuk semangat perintis dan kebebasan Teva di kalangan generasi baru rakyat Malaysia. Peraduan ini akan menggalakkan lebih banyak orang untuk mengalami keindahan megah Grand Canyon yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia dan tapak Warisan Dunia UNESCO,” kata Puan Norita Mohd Noor, Pengurus Besar Prestige Sports Sdn Bhd.
Untuk hijabi yang berminat, bolehlah mendapatkan maklumat lanjut tentang peraduan cabutan bertuah serta terma dan syarat, sila lawati https://www.facebook.com/TevaMalaysia. Rugi jika tidak sertainya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...