Kejelitaan bintang filem Bollywood sememangnya diakui ramai, di samping mempunyai susuk tubuh seksi dan tinggi lampai.
Kecantikan mereka membuatkan kita tercari-cari apakah rahsianya? Mungkinkah disebabkan mewarisi kecantikan sejak turun-temurun atau menerusi kaedah perawatan kosmetik. Kebanyakan wanita India juga memiliki rambut hitam tebal, panjang dan berkilau yang memberi daya tarikan tersendiri.
Bulu mata lentik, tebal dan mata bundar dilihat begitu mengasyikkan. Kecantikan ini menjadi buah mulut kebanyakan wanita Asia yang sering mahu menjadi seperti bintang Bollywood Aishwarya Rai, Shilpa Shetty, Priety Zinta dan Madhuri Dixit. Ini 10 amalan kecantikan wanita di India yang diwarisi mereka dan kekal digunakan sehingga kini sebagai petua kecantikan tradisi.
MINYAK AMLA
Pastinya tertanya-tanya apakah minyak amla. Amla turut dikenali sebagai minyak buah goosebery yang kaya dengan vitamin C. Minyak ini digunakan turun-temurun oleh wanita India untuk rawatan kulit kepala dan kelemumur apabila ia terbukti menguatkan, menebalkan dan melahirkan rambut cantik.
.
TEPUNG BESAN
Sejenis tepung wajib ada dalam dapur masyarakat India dan dijadikan lulur mandian apabila dicampur dengan susu dan krim. Dipercayai membantu menghidrat kulit dan menjadikannya lembut. Malah, campuran madu, susu dan kapur air yang dicampurkan dengan tepung ini turut digunakan untuk rawatan muka.
KUNYIT
Rempah ini adalah simbol budaya masyarakat India. Ia digunakan kerana khasiatnya sebagai antiseptik dalam merawat radang kulit, ruam, jangkitan atau kegatalan. Remaja di India menggunakan kunyit untuk memberi kesempurnaan kepada tona kulit, selain berkesan untuk mengurangkan pigmentasi dan pertumbuhan bulu wajah.
KESAR ATAU KEKUMA (SAFFRON)
Tanaman jenis merah dan oren ini banyak tumbuh di Lembah Kashmir dan mempunyai bahan berkualiti serta ubat paling mujarab memanaskan suhu badan wanita hamil. Ia bertindak menghalus, mencerah dan mengelak kulit kering.
AIR MAWAR
Wanita India kerap memetik helaian mawar untuk menyediakan air mawar segar. Ia digunakan sebagai pewangi semula jadi terutama pada majlis perkahwinan. Ia berfungsi sebagai bahan penenang, penyegar dan menanggalkan garis gelap selain digunakan untuk membuang lebihan minyak dan kotoran wajah.
KAYU CENDANA
Cendana cukup sinonim dengan upacara di India. Kayu ini digunakan untuk tujuan kecantikan dan perubatan sejak zaman berzaman oleh lelaki dan wanita India. ia juga berkesan merawat ruam, jerawat dan bintik hitam.
SHIKAKAI
Ia dikenali juga sebagai buah rambut dan bertindak memelihara rambut daripada kelemumur serta merawat akar rambut yang lemah.
.
DADIH
Produk ini paling meluas digunakan dalam masakan India kerana mempunyai khasiat kesihatan. Ia juga dijadikan topeng muka dan baik untuk sistem penghadaman serta mengubati masalah perut.
.
RONA MERAH DAN MERAH MANGGIS
Antara kesempurnaan wajah wanita terletak pada pembentukan bibir dengan cara menambah sedikit kilauan pada pusat bibir bagi mewujudkan ilusi bibir penuh. Kebanyakan mereka memilih menggunakan gincu berwarna merah dan manggis, sesuai dengan warna kulit.
BINDI
Tidak lengkap penampilan wanita India tanpa bindi. Bindi adalah calitan berwarna merah terang yang diletakkan pada tengah dahi dan ada dalam pelbagai bentuk dan warna. Ia pelengkap terakhir dalam solekan wanita India.
Sumber kredit: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI