Pelakon jelita Nad Zainal dikhabarkan kini sedang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana disyaki mengalami jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.

Memetik laporan Kosmo, perkara berkenaan dimaklumkan oleh sahabat karibnya, Aina Liza yang memaklumkan pelakon kecil molek itu, dimasukkan ke hospital sejak kelmarin dan kini sedang berada dalam pemantauan doktor di ICU.

Nad Ditidurkan Supaya Paru-Paru Kembali Kering

Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan Di ICU, Mohon Doa Semua!

Sumber: Instagram Aina Liza

“Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.

“Saya baru dapat ‘green light’ untuk berkongsi berita ini. “Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” katanya.

Ads

Tambah Lina lagi, Nad ada memaklumkan bahawa dia menjalani pemeriksaan kesihatan, namun tidak dimaklumkan bila sahabatnya itu mendapat jangkitan tersebut.

Artikel Berkaitan: Tampil Manis Berhijab, Nad Zainal Akui Sedang Berusaha, Mohon Doa Semua

“Sebelum ini, Nad ada berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan. Namun, saya fikirkan ia tidak serius.

“Maklumat daripada pembantu peribadi Nad menyatakan dia baru dimasukkan ke ICU. Namun, doktor beritahu Nad stabil cuma masih ditempatkan di ICU.

Ads

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram (IG) Story, Aina memuat naik hantaran memohon semua mendoakan kesembuhan Nad, agar pulih seperti sediakala.

“Mohon semua doakan Nad yang sedang berada dalam ICU. Semoga beliau diberi kesembuhan sepenuhnya… Amin,” katanya.

Untuk rekod, Nad, 32, dimasukkan ke ICU di hospital swasta, susulan dua hari keadaan kesihatannya merosot barangkali berpunca dari simptom long-Covid.

Namun, punca sebenar kemerosotan kesihatan Nad masih belum dapat dikenalpasti, memandangkan beliau kini masih berada dalam rawatan dan pemantauan doktor di ICU.

Ads

Hijabista mendoakan agar, Nad Zainal kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Sumber: Instagram Nad Zainal, Aina Liza, Berita Harian, Kosmo Online

Artikel berkaitan: Tak Gusar ‘Putus Rezeki’ Nad Zainal Kini Berhijab, Contohi Noorkhiriah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI