Tular perkongsian trailer video filem ‘PULAU’ yang mempamerkan sedikit babak lucah sehingga mencetuskan diskusi di rata-rata sosial media.
Ekoran hal itu, pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun mengutarakan pendapatnya tentang filem tersebut. Tambahan lagi, cara promosi mereka juga kurang sesuai untuk umum.
Filem Seram Atau Sebaliknya?
Ustazah Asma’ Harun membuat hantaran di Instagram dengan menasihati cara mereka promosi dan elemen yang digunakan. TKatanya juga, penerapan budaya asing juga tidak menghormati masyarakat di Malaysia.
“Sungguh, saya runsing memikirkan tentang trailer filem Pulau yang secara terang-terangan mempromosikan babak ‘soft porn’ dan mempamerkan nilai budaya barat dan langsung tidak menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia,
“Ia jelas menunjukkan filem ini berselindung di sebalik genre seram tetapi mempromosikan babak-babak panas yang memualkan.” katanya.
Pendakwah bebas itu juga memberikan nasihat serta beberapa hadis Nabi yang menolak perbuatan sedemikian. Ini juga satu peringatan buat penggiat seni lebih peka apabila berkarya, terutama sekali menjaga sensitiviti budaya dan agama dalam kalangan masyarakat.
“Perlu diketahui menonton atau melakonkan watak yang berunsur lucah adalah haram dan ia tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela, sama ada yang ringan atau berat,
Maksudnya: “Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka berkata-kata keji dan buruk.” (HR Tirmidzi, hadis sahih)
“Bukan semudah itu kita hanya pejam mata, tolong lihat sudut pandang yang lebih luas kerana industri filem ini di tonton oleh semua lapisan masyarakat,
“Buat para penggiat seni, saya nasihatkan jika kalian ingin berjaya dalam industri ini, hidangkan karya yang menjaga sensitiviti budaya dan agama serta sarat dengan mesej yang baik kepada masyarakat,
“Sungguh, kalian bukan sahaja berjaya membawa perubahan ke dalam jiwa orang ramai bahkan turut didoakan dan mendapat pahala yang mengalir sampai bila-bila. SubhanAllah, besarnya ganjaran orang yang mempunyai kesedaran tentang perkara ini.” ujarnya lagi.
Sis mesti pernah tengok drama atau bermain permainan video The Sims yang di mana akan ada situasi seseorang itu bercakap seorang diri di depan cermin. Situasi itu pasti selepas mereka menghadapi kesukaran atau kegagalan.
Pasti sis fikir mereka ini mempunyai masalah dari segi mental bukan? Tetapi hakikatnya tidak, perbuatan mereka ini sebenarnya menunjukkan lagi pendirian mereka yang genius!
Cakap dengan diri sendiri bukan sakit mental
Sumber gambar dari Canva
Menurut pakar psikologi, Gary Lupyan dan Daniel Swingley, satu kajian telah di lakukan ke atas 20 orang yang di pilih secara rambang. Kemudian, mereka di tunjukkan beberapa objek yang ada di pasaraya dan mereka perlu menghafal dan mengingati setiap barang itu agar mudah untuk di cari ketika di pasaraya nanti.
Pada masa yang sama 10 orang wakil daripada 20 orang tadi di minta untuk menyebutkan perkataan objek yang di lihat manakala selebihnya di minta diam dan tidak perlu menyebut nama benda tersebut. Hasil dari kajian itu mendapati 10 orang menyebut nama objek di awal tadi lebih peka dan cekap dalam mendapat barangan yang mereka perlu.
Mengikut logik akal, boleh di simpulkan bahawan perkembangan awal manusia ketika usia kanak-kanak juga penuh dengan imaginasi dan di dapati mereka sering bercakap dengan diri sendiri. Perkembangan otak yang aktif sewaktu di usia kanak-kanak membuatkan diri mereka terpengaruh dengan komunikasi tanpa sedar dan dalam pada masa yang sama peka sekaligus menjadikan mereka bijak.
Meskipun perkara itu hanya mereka dengar terlintas, namun, senang sahaja kanak-kanak untuk mempelajari dan faham situasi yang berlaku. Oleh dengan itu, sememangnya jika kita ada berada dengan kanak-kanak, kita sama sekali dilarang menunjukkan contoh yang tidak baik kerana mereka senang sahaja untuk ‘tangkap’ perilaku tersebut dan mencubanya di lain masa.
Kebaikan bercakap dengan ‘cermin’
Melalui kajian oleh Gary Lupyan dan Daniel Swingley, kesimpulan dari kajian mereka menunjukkan bahawa mereka yang di dapati bercakap dengan diri sendiri atau di hadapan cermin adalah seorang yang genius! Jadi anda tidak perlu membuat andaian sendiri kerana mereka telah senaraikan kebaikan dengan bercakap sendiri, seperti:
#1 Dapat Merangsang Otak
Sumber gambar dari Canva
Becakap dengan diri sendiri sebenarnya secara tidak langsung merangsang deria anda akan menjadi lebih aktif. Keadaan ini akan mempengaruh sel-sel dalam otak untuk berhubung melalui mata–melihat, mulut–menyebut, dan telinga–mendengar. Jadi dengan itu, otak akan proses secara langsung maklumat tersebut dan ia boleh di simpan lebih lama di dalam memori.
#2 Bantu seseorang untuk terus fokus
Sumber gambar dari Canva
Apabila anda menyebut perkataan dengan lantang, ia sebenarnya akan membantu anda untuk terus fokus pada pekerjaan yang anda lakukan. Oleh kerana itu, kebanyakan guru sering menggalakkan pelajar mereka menggunakan kaedah membaca sambil menyebut sekalia ayat-ayat yang di bacanya.
Otak akan lebih senang menghafal dan juga senang untuk menggambarkan perkara tersebut secara langsung. Dengan ini daya ingatan anda sangat bagus dan boleh di gunakan ke tahap yang maksima.
#3 Memperjelaskan pemikiran & keputusan seseorang
Sumber gambar dari Canva
Kita sering mempunyai satu idea atau terfikir tentang sesuatu yang akan memudaratkan diri. Sebagai contoh kita sering untuk berfikir tentang bagaimana dunia tanpa kehadiran kita atau perkara-perkara yang merumitkan buat diri. Dengan bercakap dengan diri sendiri, kita daoat berupaya untuk mengawal emosi dengan lebih kearah positif dari negatif.
Sebagai wanita kita tidak pernah lari dari mengalami masalah keputihan. Kadang-kadang keputihan ini buat kita rasa tidak selesa lebih-lebih lagi jika mahu solat.
Jadi ramai yang tertanya-tanya apakah keputihan ini dianggap najis dan bolehkah ia membatalkan wuduk hingga menjejaskan solat kita.
Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus berhubung permasalahan ini.
Hukum keputihan yang biasa dialami oleh wanita adalah seperti berikut :
1. Apabila cairan tersebut keluar dari mulut faraj yang zahir maka hukumnya suci. Ia tidak membatalkan wuduk.
2. Apabila cairan tersebut keluar dari dalam faraj tetapi dari kawasan yang dikira zahir, maka hukumnya suci menurut pendapat yang paling sahih. Ia juga tidak membatalkan wuduk.
3. Apabila cairan tersebut keluar dari bahagian batin faraj, maka hukumnya najis dan menyebabkan batalnya wuduk.
Antara punca terjadinya keputihan ialah sebab Menopause, ubat penyubur kehamilan, kesan yang berpunca dari rahim, seluar dalam yang ketat, setengah sabun pembersih vagina dan stress.
Dipetik dari Kitab :
Hasyiyah I’anatut Tholibin & Hasyiyah Al-Jamal Ala Syarah Al-Manhaj
Wallahua’lam
Jenis-jenis keputihan
1. Keputihan kering
Juga dikenali sebagai hari kering, keputihan yang dialami akan bertekstur kering, melekit dan menyukarkan penembusan semasa seks.
Vulva anda akan rasa kering dan ini biasanya berlaku semasa tempoh anda tidak subur iaitu 7 hari sebelum dan selepas kitaran haid anda.
Peluang untuk hamil semasa tempoh ini juga sangat nipis, walaupun tidak menggunakan perancang. Tujuan keputihan kering ini ialah untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
2. Keputihan bak krim
Apabila tahap estrogen dalam badan bertambah, rahim akan menghasilkan keputihan yang lebih cair dan vulva mungkin akan rasa melekit ataupun basah. Anda juga mungkin akan mendapati keputihan yang semakin melekit dan basah pada bibir faraj semasa tempoh ovulasi dan hari kering.
Tempoh ini biasanya di antara hari ke-7 atau hari ke-11, jika anda mempunyai kitaran 28 hari. Keputihan ini lebih nipis dan hanya boleh menghalang sperma lemah dari memasuki rahim.
3. Keputihan seperti putih telur
Apabila semakin dekat dengan tempoh ovulasi, anda akan mengalami keputihan yang licin dan panjang. Ia sering disamakan dengan putih telur.
Anda mungkin merasakan sensasi basah disebabkan keputihan seperti putih telur dan ada yang mungkin keluar bergumpal-gumpal.
Ini adalah tanda ovulasi yang baik dan berlaku antara 12 dan 16 hari dalam kitaran 28 hari. Jika anda sedang berusaha untuk hamil, ini adalah masa yang baik untuk bersama pasangan! Jenis keputihan ini akan memberi laluan mudah untuk sperma berkualiti memasuk rahim.
4. Keputihan warna putih
Ini adalah antara jenis keputihan wanita yang normal dan boleh dilihat pada awal atau akhir kitaran haid bulanan. Walaubagaimanapun, jika teksturnya seperti lendir tebal seakan keju dan ada rasa gatal-gatal, ada kemungkinan ia adalah jangkitan yis. Tanda-tanda jangkitan yang lain termasuklah bau busuk, sakit punggung dan gatal-gatal yang teruk atau tidak selesa.
5. Keputihan yang licin
Beberapa hari sebelum ovulasi, keputihan anda akan berubah menjadi licin. Mukus serviks akan menjadi kurang pekat dan menjadi lebih licin.
Fakta menarik: hari terakhir keputihan normal ini sebenarnya hari anda paling subur dalam bulan itu.
Itu kerana hari terakhir sebelum telur dilepaskan dan keputihan yang dikeluarkan semasa tempoh subur ini sangat kaya dengan kalium.
6. Keputihan jernih dan sangat cair
Antara semua jenis keputihan wanita yang dialami, jenis ini boleh berlaku pada bila-bila masa. Keputihan ini adalah normal dan sering kelihatan selepas anda melakukan senaman yang berat.
7. Keputihan warna perang atau sedikit berdarah
Sebaik saja haid anda berakhir, anda mungkin mengalami keputihan yang berwarna perang. Jangan risau, ia juga antara jenis keputihan wanita yang biasa. Ini adalah cara faraj membersihkan diri selepas datang haid.
Jika anda telah melakukan hubungan seks tanpa perancang dan mengalami keputihan berwarna perang, ini mungkin tanda kehamilan.
Pendarahan yang bukan haid pula maksudnya keguguran. Jika kurang pasti, jumpa pakar wanita anda dengan segera dan dapatkan pemeriksaan lengkap. Tapi untuk wanita yang sudah putus haid ini mungkin tanda kanser serviks. Jadi rajinlah melakukan ujian Pap Smear tahunan untuk mengelak keraguan itu.
8. Keputihan warna kuning
Keputihan yang berwarna kuning mungkin tanda jangkitan. Keputihan kuning ini biasanya tebal dan berbau busuk. Ia juga tanda trichomoniasis, iaitu sejenis penyakit kelamin.
Kebanyakan wanita yang sedang mengalami jangkitan klamidia atau gonorrhea tidak akan menunjukkan tanda-tanda kecuali keputihan berwarna kuning. Jadi dapatkan perhatian pakar jika anda mengalami ini.
9. Keputihan warna hijau
Ini juga antara jenis-jenis keputihan wanita yang tidak normal dan biasanya tanda jangkitan dalaman yang serius. Sekiranya ia disertai dengan bau busuk, ia juga tanda penyakit trichomoniasis.
Anda perlu berjumpa pakar wanita dengan segera jika anda mengalaminya.
Setelah melihat jenis-jenis keputihan wanita yang disenaraikan di sini, kini anda lebih berpengetahuan tentang keputihan yang normal dan yang tidak normal. Jika anda sedang mengalami keputihan yang tidak normal jangan segan untuk berjumpa pakar wanita anda untuk mendapat rawatan,
Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?
Faktor Kebersihan
Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
2. Faktor Hormon
Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
3. Faktor Gaya Hidup
Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
4. Faktor Kesihatan
Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Dahulu nama YouTuber popular Korea Selatan, Jay Kim atau nama Islamnya, Daud Kim pernah viral berikutan pernah terpalit beberapa kontroversi kurang enak dimana pengakuan berani matinya, bahawa dia hanya mempergunakan Islam demi kandungan media sosial dan meraih populariti.
Lebih buruk lagi, dia acapkali dilihat mengunjung kelab-kelab malam sehingga mabuk dan pernah didakwa atas cubaan merogol.
Tak Akan Berputus Asa Bertaubat Dan Mohon Keampunan Allah
Menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukanya, Daud Kim nekad memperbaiki dirinya dengan berusaha memohon keampunan dari Allah Swt.
Jelas Daud lagi, dia tidak akan berputus asa untuk menjadi lebih baik sebagai seorang muslim dan mahu sentiasa kembali ke jalan Allah, serta memohon ketetapan dikurniakan kekuatan dan ketetapan iman.
“Saya tidak akan berputus asa memohon keampunan daripada Allah SWT. Saya harap iman saya tidak akan pernah berubah, insya-Allah. Semoga Allah ampunkan segala dosa saya dan bimbing saya ke jalan yang benar.
“Doa saya buat mereka yang memerlukan bantuan. Moga Allah SWT berkati hidup semua umat Islam. Sehingga kita berjumpa nanti di Jannah,” ujarnya.
Terbaharu kelibat Daud yang sedang berada di Tanah Suci Mekah, bertujuan menjalani ibadah umrah telah berjaya mencuri perhatian wargamaya.
Menurut Daud, ini bukanlah kali pertama dia menjejakkan kaki di Tanah Suci, menurutnya lagi, dia benar-benar mahu mendekatkan diri kepada Allah kerana agama Islam merupakan agama yang dicarinya selama ini.
Mengulas berkenaan keputusan dirinya memeluk Islam sebelum ini, Daud menegaskan bahawa dia berasa bersyukur kerana telah dibukakan hati dan diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam.
“Saya jejakkan kaki ke Mekah sekali lagi. Tempat ini umpama ‘rumah’ saya, sangat menenangkan jiwa dan terasa suci. Sebelum ini, kehidupan saya sangat teruk, sehingga saya rasa diri ini adalah manusia yang paling tidak bertuah dalam dunia.
Tambah Daud lagi, dia mersakan dirinya seperti sedang ‘tersesat’ dan tercari-cari jalan kebenaran dan jawapan kepada setiap persoalan mengapa dia dipilih Allah memeluk agama Islam.
“Akhirnya saya sedar, saya tidak keseorangan. Allah berada di samping saya dan Islam akan membawa saya ke jalan yang benar. Saya sedar kewujudan Allah SWT. Islam adalah jawapan kepada segala persoalan yang bermain di minda saya selama ini.
“Jawapan mengapa saya dicipta, mengapa saya hidup. Dan akhirnya nanti, ke mana saya akan pergi selepas mati. Saya masih buat dosa (silap) sekarang, tetapi saya seorang sudah menjadi seorang Muslim dan saya perlu bertanggungjawab memperbaiki diri sendiri,” jelasnya.
Sekadar Info, Daud kini mulai kembali aktif berkongsi perjalanan rohaninya menerusi platform media sosial seperti Instagram sebaik kembali daripada menunaikan umrah kali pertama, pada April 2022.